Koran By Heart.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Sejadah biru yang digunakan Amzar untuk menunaikan Solat Dhuha tadi dilipat kemas lalu diletakkan di rak kayu di sebelah kanannya. Langsung mushaf hijau yang juga terletak di atas rak tersebut dicapainya. 

Dia melabuhkan sila di birai katil lalu mushaf tersebut dibukanya. Dah nak khatam dah ni. Alhamdulillah, sempat khatam satu Quran Ramadhan ni. Dia tersenyum sendiri dan menyambung bacaan pada muka surat terakhir dia berhenti. 

Selang beberapa minit kemudian, Samsung Champ hitam miliknya berbunyi. Menandakan masuknya mesej. Dia menghabiskan bacaan sehingga ayat yang terakhir lalu mushaf hijau itu ditanda dan ditutupnya. 

Tangan kanan Amzar mencapai Champ hitam yang terletak tidak jauh dari sisinya. Melihat kepada nama pengirim di skrin telefon bimbit, dia mengukir senyuman. 

|Nanti kalau ada masa tengok dokumentari 'koran by heart' kat youtube. Cool.|

Perkataan terakhir tu membuatkan Amzar mencebik muka. Tak habis-habis dengan cool dia nih. Mesej yang ringkas. Namun cukup untuk membuatkan dia rasa ingin tahu.

Dia bangkit daripada katil. Menuju ke meja kecil yang terletak di hujung katil. Mushaf hijau yang masih di tangannya diletakkan di atas katil di sisinya. 

Dell di atas meja kecil itu dihidupkan. Setelah disambungkan ke Internet, jejarinya pantas berlari di atas papan kekunci. 

Koran By Heart. 

Uih. Sejam lebih. Boleh tengok ke ni? Dah la internet ni tak berapa nak laju. Huhu. 


Dia menekan butang play. Suprisingly, dokumentari tersebut tak tersekat-sekat pun. Tidak seperti kebiasaan. Ajaib nih. Thank you, Allah. Dia senyum. 

Dengan penuh khusyuk, dokumentari tersebut ditontonnya. Ada ketika dia berkerut dahi. Ada ketika dia tersenyum sendiri. Dan ada ketikanya air matanya bergenang tanpa dia sedari. Masha Allah. 

Koran By Heart. [Kredit]
Selesai menonton, dia termenung sendiri. Masha Allah, dokumentari yang sangat menyentuh hati. 

Rifdha, Nabiollah dan Djamil.

Antara watak penting dokumentari tersebut. Merantau jauh daripada kampung halaman menuju ke sebuah negara asing, Mesir untuk menyertai pertandingan menghafaz Al Quran. Bersaing dengan peserta yang jauh lebih berusia daripada mereka. Berdepan dengan kekangan bahasa sehingga ada yang membawa kepada linangan air mata. Allah. Kasihan. Setiap seorang punya kisah yang tersendiri. 

Sungguhlah. Kanak-kanak kecil ini. Sangat ohsem~!

Amzar teringat akan pengirim mesej itu tadi. Fathan Mubin. Yang tak habis-habis dengan cool dia tu. Itu memang dah jadi perkataan wajib bagi Mubin.

Tapi kali ni, dia setuju. Sememangnya dokumentari ini memang sangat cool. Sungguh, tak tipu.

Mubin itu merupakan naqibnya. Yang juga merupakan seorang hafiz Al Quran. Okay, jeles. Nak hafal Quran jugak.

Nikmat.

Nikmat yang cukup besar apabila berhasil menghafal keseluruhan Al Quran.

Sungguh.

Dia teringin. Teringat kata-kata Ustaz di surau tempoh hari, kedudukan ibu bapa kita di Syurga nanti ditentukan dengan berapa banyak hafalan Quran kita. Semakin banyak yang dihafal, semakin tinggi kedudukan mereka di Syurga.

Allah.

Teringat akan Mama dan Ayah yang jauh di sana. Air matanya yang bergenang terus disekanya.

Dia mencapai telefon bimbit, mesej ditaipnya laju lalu dihantar kepada si pengirim itu tadi. Mengucapkan terima kasih atas perkongsian dokumentari tersebut.

Selesai mesej dihantar, dia menaip di atas papan kekunci.

Quran Tracker. 

Jangan hanya berharap, kenalah usaha. 

***
Nabiollah. [Kredit.]

"At first, I don't think I could do it. But after working really hard with my teacher, and practicing over and over. Now, I've memorized the entire Quran." -Nabiollah.

"You know, there's a verse in the Quran says, if you memorize the Quran and teach it to others, you will be successful in this life and the next life. So I really hope, I can keep learning the Quran and insha Allah.."-Nabiollah.

"And you know the Quran, you've studied it, memorized it. Now, as you go to Egypt, the world is a mess. People are bombing and killing each other. But if all Muslim understood the Quran, there would be peace on Earth. So by not using the Quran as Allah intended, what is the result? All these problems in the world. And what is the solution? Return to the Quran, learn it, apply it." -Djamil's teacher.

"A man is a single person, but a woman is a nation."-Rifhda's father.

Rifdha. [Kredit]
Wallahu'alam. 

Leave a Reply

Powered by Blogger.
Super Kawaii Cute Cat Kaoani