Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Semasa dahi berkerut dan air mata mula bergenang meneliti post-post sahabat di FB berkaitan isu di Mesir yang kian meruncing, saya jadi tersenyum melihat satu post oleh salah seorang kenalan.
Sungguh. Kagum. Dengan akhlak dua hamba Allah ini.
Murabbi yang dimaksudkan beliau rupanya adalah sahabatnya. Kagum dengan beliau yang sangat merendah diri di hadapan sahabatnya. Dan kemudian ini pula balasan daripada sahabatnya itu.
Masha Allah. Mendalam sekali. Dan sekali lagi, diri ini kagum.
Inilah dia, refleksi akhlak yang diajar oleh Rasulina Muhammad SAW. Mereka tidak perlu bersyarah sekian panjang membincangkan tentang akhlak Nabi Muhammad SAW, kerana tingkah mereka sendiri telah menunjukkan mereka berakhlak dengan akhlaknya Baginda Rasulillah. Dan cukup sekadar itu, diri ini jadi terdidik.
Benarlah, jika ingin melihat kepada seseorang itu, lihatlah kepada sahabatnya. Hari ini, aku belajar sesuatu dari mereka. Semoga Allah SWT memberkati mereka berdua dan melimpahkan ilmu, kelembutan dan adab buat keduanya. Allahumma amin.
Wallahu'alam.
Wallahu'alam.
