Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Amzar melabuhkan sila di atas pangkin. Sejak dua menjak ni, pangkin ni memang dah rasmi jadi port dia. Best kat sini. Sejuk pun sejuk, angin selalu dok mai. Teduh pun teduh, pokok pelam sikit punya besaq dok ada.
Dia kemudiannya menyandarkan badan pada batang pokok di sudut kanan pangkin tersebut. Mushaf kecil berwarna hijau di tangan dibuka. Mencari muka surat terakhir dia berhenti.
Setelah membaca Al Fatihah, Amzar menyambung bacaannya. Sampai di satu ayat, dia terhenti. Terdiam seketika. Allah.
Adakah manusia tetap akan dapat mencapai segala yang dicita-citakannya? (Tidak!). 53:24
Dia menyambung bacaan pada ayat seterusnya.
Kerana Allah jualah yang menguasai segala urusan akhirat dan urusan dunia. 53:25
Senyap lagi. Tiba-tiba rasa down. Hah-ha. Hang ingat semua yang hang nak hang boleh dapat ka, Amzar? Ambik hang, Allah bagi sebijik tepat kena batang hidung.
Tapi, dalam hati ada rasa.
Rasa sedih mungkin. Ramadhan ini, tidak putus dia berdoa. Macam-macam. Mana tak nya, bulan ni bulan penuh barakah - bulan mustajab doa, bulan ni bulan puasa - doa orang berpuasa tak ditolak. Tapi, ayat ni.
Astaghfirullah.
Dia beristighfar. Dan kemudian, menyambung bacaannya. Bersambung pula ke muka surat seterusnya.
Dan bacaannya terhenti lagi.
Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya; 53:39
Eh. Kan dah kena. Free ja Allah tegur hang, Amzar.
Terang lagi bersuluh, dalam ayat ni - hang usaha, hang dapat. Tak ada benda yang jatuh bergolek dari atas langit. Jangan hanya berdoa Amzar, usaha sama. Baru jalan.
Allah.
Kemudian dia menyambung bacaannya lagi.
Dan bahawa sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan (kepadanya, pada hari kiamat kelak);
Kemudian usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna;
Dan bahawa sesungguhnya kepada hukum Tuhanmu lah kesudahan (segala perkara); 53:40-42
Sungguhlah.
Jangan hanya berharap. Kenalah usaha.
Tapi kena ingat jugak. 2:216.
Tapi kena ingat jugak. 2:216.
Kena selalu ingat yang Dia lebih tahu. Sedangkan kita tidak.
Wallahu'alam.
![]() |
| Kredit. |

