Rumah.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Semalam bertamu ke rumah Nenek atau kebiasaannya dipanggil Tok. Hehe. Pergi rumah Tok dengan harapan nak menjenguk si bayi kecil Nur Nuha dan juga baby tua Nur Hanan :P. Tapi, ditakdirkan mereka tiada. Tinggallah saya menemani Tok dari pagi sampai ke petang. Berceloteh tentang UIA, tetang PBQWF, tentang classmates, tentang pengalaman naik train dsb. Tetapi perbualan tentang pondok lebih mendominasi perbualan kami. Tok senang sekali mendengar cerita-cerita saya di PBQWF.:)

Cerita saya berpeluang menolong menyediakan persiapan memasak untuk Baba Li menarik perhatian Tok. Mungkin saja saya agak hyperbola dalam keterujaan menceritakan kegembiraan dapat menolong menyediakan makanan buat Tuan Syeikh yang mulia itu. Walaupun sekadar potong-memotong cuma, tapi tetap saja termasuk dalam hidangannya Tuan Syeikh bukan. Jadi, ya, saya senang jiddan.^^

Tok juga pernah menghadiri pengajian di pondok. Kebiasaannya, pada bulan Ramadhan, Tok akan ke Yayasan An-Nandhoh di Bukit Mertajam dan menetap di situ sepanjang bulan Ramadhan. Tok juga pernah menghadiri kuliah di pondok milik Tuan Haji Salleh di Sik, Kedah. Tok memang gemar dan cenderung hatinya kepada pengajian pondok. Hanya sahaja sekarang tempat pengajian yang ada semuanya jauh-jauh dan susah juga untuk mendapatkan pengajian yang khas untuk warga emas seperti Tok. Semoga Allah SWT membuka peluang dan ruang untuk Tok terus hadir ke pengajian pondok seperti yang diingini Tok. Allahumma amin. 

Sementara menanti si kecil Hanan dan Nuha, saya menghabiskan masa di hadapan TV. Di CFS, memang tak sentuh dah remote nak menghadap TV di TV Area nuh. Walaupun hakikatnya saya suatu ketika dahulu adalah hantu TV. Terubat juga hati dapat menonton NCIS di rumahnya Tok. Krik krik. Tiba-tiba, teringat kata-kata Ustaz Zulkifli di PBQWF yang membuatkan saya mengalir air mata kerana kata-katanya Ustaz menusuk terus ke jantung hati saya. Sentap. Seperti ditujukan khas untuk saya. 

Ustaz Zulkifli menegur tentang cerita-cerita yang ditonton di televisyen. Ada yang mempersendakan syariat Allah, ada yang tidak sensitif dengan agama Allah, namun tetap sahaja kita menonton seolah-olah tiada apa. Misalnya, saya gemar sekali menonton cerita-cerita English seperti NCIS, tetapi kalau diperhati salah seorang agen bertugas di bawah Gibbs adalah warganegara Israel, yang mana ayahnya merupakan ketua MOSSAD. Dan cerita itu senang sahaja mentargetkan Muslim as terrorist. Ya, mungkin sahaja terbit perasaan marah itu tatlaka menonton episod-episod seperti itu, namun saya masih tetap saja menonton. Dush3. Teruk betul. 

Dan tentu sahaja cerita-cerita Melayu sekarang yang memperkecilkan syariat Allah. Banyak sekali. Zina dianggap perkara biasa. Berpegang tangan dan berpelukkan itu tiada apa. Nah, ini benar-benar racun kepada minda-minda anak-anak kecil kita yang naif dan polos. Sungguh, semua itu ada apa. Jauh sekali tiada apa. Jangan dibiasakan perkara yang salah sehingga kelabu jadinya dek kerana hitam putihnya makin tercampur dan sebati sehingga tidak kelihatan lagi yang mana hitam dan yang mana putihnya. 

Ustaz juga bahkan menegur mereka yang mengagungkan artis-artis korea yang terang-terangan melakukan pembedahan kosmetik bagi mencantikkan muka. Bukankan perkara itu dilarang keras di dalam agamanya Allah SWT. Merubah ciptaan-Nya itu dilarang sama sekali tanpa sebab dan musabab yang sah menurut syariat Allah SWT. Namun, tetap sahaja kita menonton dan memuja kecantikkannya mereka seolah-olah itu perkara biasa. Tidak, bahkan tidaklah itu perkara biasa. 

Aduh, sentap sekali rasanya. Ya, saya gemar menonton televisyen namun tidak pula berfikir sejauh itu. Ya, pernah saja saya menonton Supernatural yang dahulunya menjadi salah satu kegemaran saya namun dek kerana cerita itu makin merapu dan mempersendakan Tuhan serta para malaikat, langsung saja saya mematikan televisyen kerana panas hati. Namun itu yang terang-terangan dapat dibaca dan diperhati. Tidak pula saya memikirkan sejauh seperti mana yang ditegur oleh Ustaz Zulkifli. Subhanallah, kena lebih berhati-hati dalam memilih rancangan televisyen yang hendak ditonton. Lagi senang tak payah tengok terus. Krik krik. Bolehkah? Dush3. T.T

Dahulunya saya gemar kepada rancangan English kerana hampa dan bosan dengan cerita Melayu.  Namun, kini tetap saja kena berhati-hati dengan cerita English.T.T Bila menonton cerita Islam KTP, Para Pencari Tuhan, saya termenung sendiri, bila lah Malaysia nak ada cerita-cerita macam ni? Teringin sekali terlibat dalam dunia penerbitan, biar saja saya dapat menapis semua cerita-cerita yang tidak sensitif dengan Islam. Ya, itu pernah menjadi cita-cita saya suatu masa dahulu. Itu dahulu, kini? Em.....krik krik. Doakan.

Saya tertarik sekali dengan rancangan Islam KTP di TV Al Hijrah. Pertama kali menonton di rumah Tok semalam. Sejuk hati menonton. Hee.


Selepas Asar, Hanan dan Nuha balik. Pertama kali menatap Nuha sejak masuk CFS, wahhhh comelnya! Huhu. Kemudian, jalan-jalan depan rumah Tok dengan Hanan. Merengek-rengek dia minta nak keluaq. Nampak Kak Atin capai tudung dan pakai, dia pun "Hanan nak pakai tudung jugak". Hehe. Berjalan-jalan ke rumah Tok Lang, pergi rumah Damia juga. Damia dan Hanan dah berkawan baik dah sekarang. Comel.^^


Hanan dan Damia.:)

Habis berjalan, makan malam bersama Hanan. Banyak betul dia makan. Lepas tu, akak nak solat Maghrib, dia pun sibuk mengikut. Ikut masuk bilik air, berwudhuk sekali. Saya ikutkan sahaja. Hehe. Masuk bilik solat, dia capai kain telekung dari rak. Hanan. Hanan. 

Teringat kata-kata Ustaz Muhadir yang entah sudah berapa kali saya quote di dalam blog azraq ini, "Sesungguhnya anak-anak kecil itu adalah ahli-ahli syurga". Comel.:)

Leave a Reply

Powered by Blogger.
Super Kawaii Cute Cat Kaoani