Pulang.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Setelah lama tidak keluar travel dek kerana hujung minggu yang sentiasa terisi dengan program dan program, Alhamdulillah akhirnya Allah SWT izinkan jua langkah kaki ini bergerak keluar bersama sahabiah terchenta, Cik Khadijah At Thaharah dalam perjalanan pulang menuju ke Pulau Pinang untuk cuti mid semester. 

Habis sahaja paper Chemistry 2, sempat lunch dengan Cik Syarihin Johari dan sempat juga bertaaruf dengan Cik Izzah, sahabat sekolah Cik Syarihin. Hebat benar Izzah, tepat dia mengagak bahawa saya berasal daripada Pulau Pinang. Itu pun selepas percubaan pertamanya meneka saya daripada Kelantan terbukti salah. Tak tahu kenapa, ramai yang mengagak bahawa saya ini Kelantanese. Oh tidak  dan bahkan tidak, I am a Penangite. Borned in Sarawak. Raised in Wangsa Maju. Krik krik. 

Seusai Solat Asar, Cik Dijah dan saya bergerak keluar. Setelah lama menunggu bas yang tidak kunjung tiba, kami merancang untuk menaiki teksi bersama seorang lagi sister yang turut sama menunggu bersama kami. Tiba sahaja di Stesen LRT, Cik Dijah meminta kad pengenalan baru saya dan mengisi topup Touch n Go supaya tidak perlu beratur panjang membeli koin biru tu. Wah, excited sebentar. Guna IC je. Huhu. Baru tahu.

Tiba sahaja di KL Sentral dengan beg anak gajah yang saya bawa bersama, kami langsung ke  kaunter KTM di tingkat atas. Ok. Ini pertama kali juga ni. Tak pernah naik sini. Rasa macam kena mengekor je belakang Khadijah, takut tersesat atau terhilang. Krik. Selesaikan urusan beli tiket. Selesaikan urusan penyimpanan sementara bagasi. Kami langsung bergerak ke Masjid Jamek. Sekali lagi excited guna IC untuk sentuh dan pergi. (baca touch N go :P)

Di Masjid Jamek. Menemani Dijah membeli barang-barang yang dipesan oleh kakaknya Dijah. Cik Ainaa pun ada pesan nak beli casing phone tapi lepas pusing-pusing, tak ada yang macam Cik Ainaa inginkan. Walaupun entah kali ke berapa datang ke Masjid Jamek nih, tapi tempat-tempat yang Dijah bawa semuanya saya belum pernah teroka dan tak tahu ada. Krik. Pertama kali tahu wujudnya kedai menjual tudung labuh, handsocks yang pelbagai warna. Krik krik. Ok kalau Cik Magnet ada, mesti dah mengugut nak lempang saya bila dengar banyak sangat bunyi cengkerik nih. Hee. 

Dengar sahaja bunyi azan. langsung gerak ke Masjid India. Jamak Taqdim bersama Khadijah. Rasa dah lewat, cepat-cepat bergerak semula ke KL Sentral. Mak pun dah mesej tegur asyik dok melilau, sat lagi ralit tertinggai kereta api baru tau. Ok Mak. Pertama kali juga, di KL Sentral naik sampai ke Food Court. Tak tahu pun wujud Food Court di situ. Ok. Mengekor Dijah lagi. Order nasi. Pertama kali juga makan dengan purdah. Itupun selepas melilau pusing cari tempat yang strategik. Kenyang jiddan. Kena habis makan cepat sebab train dah nak sampai. "Fatin, chaiyok!" Dijah bagi semangat. Huhu. Ya Dijah, ya. Nak muntah dah ni. Huhu. 

Bersama beg anak gajah, kami bergerak ke gerabak kereta api. Pertama kali ni. Excited. Seat 11 C dan 11 D di hadapan kami menjadi saksi Dijah dan saya. Tempat duduk kelas Ekonomi 12 C dan 12 D yang kami duduki kata Dijah tiada banyak beza dengan kelas Superior yang sering dinaiki Dijah. Ok. Kami tak tau apa-apa. Dijah spill ja semuanya tentang train nih. 

Ironi sungguh, saya pernah menulis esei Bahasa Inggeris berkenaan kisah di dalam coach sebuah kereta api. Kisah yang saya adaptasi daripada esei milik Sir Zahanis cuma saya ubah watak dan jalan ceritanya sedikit. Sir juga gembira dengan esei yang saya tulis itu. Masa tu main tulis je, dalam coach, seat berdepan, kafe ect. Tapi tak pernah pun alami dan tahu realiti sebenar keadaan di dalam koc. Sungguh, saya teringatkan esei itu. Buku Bahasa Inggeris saya waktu zaman sekolah dahulu semuanya pada Sir Zahanis. Krik krik.

9.20 malam, kereta api mulai bergerak pergi. Excited lagi. Tidak lama kemudian, pekerja KTM datang memeriksa tiket. Sampai sahaja pada kami, "Em, ustazah nih, percaya, percaya". Dengar je, pandang Dijah. Krik krik. 

Dalam perjalanan, terima mesej daripada sahabiah 226B, Farha. Katanya ada tanyangan filem Negeri 5 Menara di TV Al Hijrah. Ok, saya jeles tak dapat tengok. Tak lama kemudian, mesej daripada ukhti habibati, Amira Azhar. "Fatin sayangku, cuba buka tv Al Hijrah sekarang. Suprise!" Hehe. Amira, saya tahu, saya tahu. Tapi saya tak dapat nak menonton. Jeles lagi. Krik. Kemudian, ukhti mengingatkan tentang Maulid IKIM bersama Ustaz Muhadir di Johor. Terus buka radio di telefon. Suara Ustazuna kedengaran. Masya Allah Tabarakallah. Excited lagi. Bagi Dijah dengar. Hehe. Walaupun bunyi kejap ok, kejap ko, barangkali signal pun kejap ok, kejap ko tapi rasa bahagia je sebab setiap kali tiba giliran Ustaz memberikan tausiah, line jadi ok. Syukur. Syukur. 

Tamat Maulid. Selesai Dijah baca Di Hamparan Shamrock. Kami mula membuka cerita. Bersama teman yang sefikrah, bahagia itu jelas terasa. Tak henti-henti berkongsi ilmu-ilmu baru dan kisah untuk diambil ibrah. Tidak terasa masa itu berlalu. Sempat juga mentadabbur ayat 30-31 Surah an-Najm. Langsung diforwardkan mesej perkongsian kepada semua K22 yang lainnya. Ukhuwah kita kerana-Nya. Senyum.:)

Jam menginjak pukul 1.47 pagi, mata mulai rasa berat. Kami tertidur. Pukul 4.30 pagi saya terjaga. Gelagat anak kecil di kerusi hadapan menarik perhatian. Di hadapan kami juga sudah mula ramai brothers. Mereka nampak garang. Krik. Takut. Kasihan Ibu anak kecil tersebut. Beliau tidak dapat melelapkan mata dek kerana harus menjaga dan melayan si kecil comel itu. Sangat comel. Mereka barangkali daripada Kelantan berdasarkan pelat si Ibu. Comel sekali anak kecil itu kecek kelate. Saya perasan, brothers yang nampak garang di hadapan juga sibuk memerhatikan anak kecik tersebut. Kerusi mereka bersebelahan. Senyuman segaris ditarik. Mereka terhibur dengan gelagat anak kecil itu. Saya turut tersenyum. 

Dijah terjaga. Perhati ke luar. Sudah tiba di Nibong Tebal. Dalam hati dah takut kalau-kalau terlepas stesen. Mesej pada Iwwana yang berada bersama Fairus di koc depan. Hentian seterusnya Bukit Mertajam, destinasi kami. Fuhh, lega belum terlepas. Alhamdulillah. Allah SWT kejutkan Dijah dan saya betul-betul sebelum kami tiba supaya kami sempat bersedia. Syukur. 

Dalam pukul 5.00 pagi, kami selamat tiba. Ayah juga sudah ada di stesen. Begitu juga ayah Dijah. Pertama kali menaiki kereta api. Harapnya ini bukan yang terakhir kali. Dah berazam dengan Dijah, nak cuba setiap koc yang ada termasuk yang berkatil tuh. Insha Allah. Bestnya bermusafir. Bersama sahabiah terchenta. Ukhuwah in progress. Kata orang, apabila mahu kenal sahabat, bermusafirlah bersamanya. Em, Dijah kenai dak g kami macam mana? Krik krik. Hehe. 

Semoga ukhuwah terus berkekalan sampai syurga. Sayang kamu kerana-Nya.<3

Leave a Reply

Powered by Blogger.
Super Kawaii Cute Cat Kaoani