Kesan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, selesai sudah tiga paper. Khalas. 

Computer dan Chemistry, Insha Allah khair. 
Biology, Subhanallah kena ambil pengajaran sangat-sangat-sangat. 

Tamat sahaja Bio. Teman sahabiah, Farha ke Pasar Seni, membeli Token of Appreciation untuk MGW. Ironi, tahun lepas, saya yang mengendalikan soal pembelian token untuk MGW di bawah PRESSS, tapi tahun ini dikendalikan pula oleh Farha di bawah FRC. 

Sewaktu dalam bas, Farha bercerita tentang Madam RIM beliau, dan lantas saya terperasankan sesuatu. Tahun lepas, Madam yang mengajar subjek UI bagi kelas saya ialah Madam Farhah, mirip sekali nama sahabat sayang saya itu. Dan tahun ini, Madam yang mengajar RIM Farha ialah Madam Adilah. Allah, indahnya susunanMu. 

***

"Nak jual berapa buku ni?"

"Tak ingatlah harga buku ni berapa masa beli dulu. Dah lama sangat dah."

"Em, saya bagi RM 30 boleh? Kalau tak silap harga buku ni dalam RM 30 atau RM 40 macam tu. Adik tu tak kisah pun berapa ringgit."

"Nama dia apa?"

"Amira."

"Macam ni, tak apalah, saya bagi buku ni. Tapi, dengan syarat."

"Syarat?"

"Dengan syarat nanti dia pun akan passkan buku ni untuk junior lepas dia guna."

Terdiam. Terharu. Terkesan. 

Dan akhirnya. Tersenyum. 

***

"Awak.....nanti lepas solat kita baca tahlil nak?" Hati mula sebak.

"Boleh. Boleh."

"Kita baca tahlil untuk Syeikh Ramadhan Al Buthi yang syahid kena bom kat Syria." Air mata bergenang, ditahan daripada mengalir.

Usai solat, sewaktu membacakan qunut Nazilah, gagal untuk ditahan lagi, teresak-esak dia menahan tangis. Air mata bercucuran laju, mucus banyak dirembes keluar, suara tersekat-sekat menyambung bacaan doa. Allahu Allah. Sayunya hati. 

***

Penuh debaran menanti masa untuk masuk ke dalam dewan peperiksaan. Pintu utama dibuka. Ramai meluru masuk. Terlihat sepasang sahabat bersalaman dan berpelukkan sambil salah seorang di antara mereka berkata;

"Semoga apa yang saya baca dapat kat awak jugak."

Allah. Terkesan. Terdiam. 

Indahnya ukhuwah. 

***


Allahummarzuqna mahabbatun Nabi Sallahu 'Alaihi Wassalam fi qulubina. 

p/s: Mabruk buat Adik yang berjaya mendapat 7A dalam peperiksaan SPM yang lepas. Alhamdulillah syukur. Best tengok Ayah happy.:)

2 responses to “Kesan.

  1. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
    Mabruk untuk Adikmu :)
    BismiLLAHi masyaALLAH~

  2. Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.^^
    Syukran kathiran ya Umayr.
    Doakan Adik saya. Semoga Allah bimbingi dia dan juga kakaknya ini.:)

Leave a Reply

Powered by Blogger.
Super Kawaii Cute Cat Kaoani