Khamis, 26 April 2012, LY012.
Kelas BTQ bersama Ustaz Muhadir. Sebelum kaki ini melangkah masuk, mata ini terlebih dahulu sekilas memandang wajah Ustaz yang duduk di belakang kelas. Subhanallah. Tenang dan menenangkan.
Seperti biasa, kelas diisi dengan pembentangan tentang tajuk BTQ daripada kumpulan yang masih tertangguh pembentangan mereka tempoh hari. Sebelum pembentangan bermula, Ustaz bangkit dari kerusi yang diduduki beliau lantas bergerak ke hadapan. Beliau kemudiannya meminta kebenaran untuk meminjam sebatang pensil milik saya bagi digunakan untuk mengambil kedatangan. Subhanallah, khair Ustaz, silakan saja. Beruntung rasanya diri ini kerana Ustaz sudi menggunakan pensil kesayangan saya ini. (^-^)
Selesai pembentangan, kuiz dimulakan. Kuiz! Sungguh saya belum habis mengkhatamkan tajuk yang bakal disoal dalam kuiz tersebut. Sungguh belum. Silap saya juga. Tak mengapa, Insha Allah baik-baik saja. Sementara kami tekun menjawab, Ustaz setia menanti di hadapan kelas. Subhanallah, andai saja dapat saya hentikan putaran waktu, ingin saja saya abadikan saat-saat berguru daripada Ustaz ini agar saat-saat indah ini tidak akan berakhir dan terhenti begitu saja.
Sungguh, hati ini sedih. Ya. Tentu saja hati ini sedih untuk berpisah dengan Ustaz. Minggu ini adalah minggu terakhir bersama Ustaz. Minggu terakhir menuntut ilmu di kelas BTQ Ustaz Muhadir yang sangat dikasihi lagi disayangi. Minggu hadapan peperiksaan akhir semester bakal bermula dan kemudian cuti semester pula menyusul. Selepas ini tiada lagi waktu-waktu istimewa bersama Ustaz di dalam kelas melainkan hanya di pengajian talaqqi Majlis Ta'alim An-Nur di CFSIIUM ini. Berat rasanya hati ini. Namun, lumrah kehidupan, setiap pertemuan ada perpisahan. Bersyukurlah Fatin, sekurang-kurangnya masih ada lagi Majlis Ta'alim tersebut untuk bersama-sama menadah ilmu yang dicurahkan oleh Ustaz. Ya, seharusnya diri ini bersyukur, Alhamdulillah ya Allah. (^-^)
Seusai kuiz, Ustaz mengedarkan kertas kuiz tersebut untuk disemak bersama kelas. Kertas milik sisters disemak oleh brothers dan begitulah sebaliknya. Fair and square. Setelah selesai menanda, Ustaz meminta si penanda kertas mengangkat tangan sekiranya pemilik kertas yang ditanda olehnya berjaya memperoleh markah penuh bagi soalan-soalan yang telah ditanda sebentar tadi.
Pada mulanya tiada tangan yang diangkat. Hati ini mula gusar. Kemudian seorang brother mengangkat tangannya lantas Ustaz menanyakan pemilik kertas yang ditandanya. Ternyata kertas tersebut milik Hasinah Begam. Ah, hati makin gelisah. Kemudian, dua tangan menyusul. Kertas milik Siti Aisyah Md Halim dan Siti Aisyah Kamaruzzain. Subhanallah, ahsantuma ya Aisyatani. (^-^)
Tapi, apakah diri ini tak tergolong bersama mereka? Hati makin resah. Ya Allah, tidak sanggup rasanya diri ini mengecilkan hati Ustaz dengan markah yang tidak seberapa bagi kuiz ini. Fatin, di manakah silapnya? Soalan manakah yang salah? Tak sanggup rasanya memandang wajah Ustaz tika itu. Malu rasanya. Maafkan saya Ustaz.
Dan kemudian nama saya disebut. Pandangan diangkat mencari pemilik suara tersebut. Milik seorang brother di hadapan kelas. Tangannya diangkat sambil menyebut nama saya. Alhamdulillah! Syukur rasanya kerana tidak mengecewakan Ustaz yang telah mengajar kami. Sungguh brother tersebut berjaya mensuspenkan saya dalam tidak disedarinya. Kebetulan, sayalah juga yang menanda kertas milik brother tersebut.
Waktu yang singkat ini ternyata mencemburui keberadaan Ustaz bersama kami. Ustaz kemudiannya mengakhiri kelas dengan mengucapkan terima kasih kepada kami dan mendoakan yang terbaik untuk peperiksaan akhir yang bakal menjelang. Saya masih ingat sepotong ayat Ustaz;
"Thank you to my Syafiq, my Adilah for assisting me in this class."
You are most welcome Ustaz.(^-^)
Saya dan brother yang disebutkan itu merupakan wakil kelas BTQ tersebut. Sebarang perubahan dan maklumat Ustaz akan mesejkan kepada kami dan kami bertanggungjawab memaklumkan kepada rakan sekelas yang lain. Ala-ala ketua dan penolong kelas gitu. Ustaz, tiada yang lebih menggembirakan saya apabila dapat bersama menuntut ilmu daripada Ustaz dan membantu Ustaz. (^-^)
Kemudian kelas ditamatkan dengan bacaan Surah Al-Asr dan Tasbih Kafarah. Tapi, hati ini tidak tenang. Esok kan masih ada dua jam kelas bersama Ustaz, kenapa kelas hari ini seperti kelas terakhir bersama Ustaz. Jangan. Saya masih mahu belajar dengan Ustaz untuk kelas esok. Semua sisters sudah pulang ke mahallah masing-masing, hanya tinggal saya dan Fatimah serta beberapa orang brothers yang sedang berbicara dengan Ustaz. Entah. Kaki ini belum mahu keluar. Persoalan di hati harus segera dijawab. Saya meminta seorang brother untuk menanyakan Ustaz tentang kelas pada esok hari.
"There will be no class for tomorrow. This is our last class." Jawab Ustaz ringkas.
Air mata mula bergenang. Tidak. Bukan itu jawapan yang saya mahukan. Bukan itu. Saya melihat ke wajah Ustaz sebelum langkah diatur ke luar kelas. Tenanglah duhai hati. Setiap pertemuan ada perpisahan. Bersyukurlah masih ada pengajian talaqqi untuk bersama menuntut ilmu dari Ustaz. Bersyukurlah duhai hati. Kaki melangkah keluar dari LY dengan satu persoalan di hati.
Will you forget me Ustaz?
