.:PUTERIKU SAYANG:.


Album : Keizinan Mu
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com


PUTERIKU SAYANG (^-^)

Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli 
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti 
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan 
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati 



Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu 
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri 
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi 
Berpegang pada janji mengabdikan diri 

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana 
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama 
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya 
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri 



Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama 
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya 
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara 
Mahligai syurga itulah tempatnya.

p/s: Saya PUTERI SAYANG ayah saya..(^-^) 
Ketahuilah wanita-wanita di luar sana bahawa sesungguhnya dirimu sangat berharga. Jangan mudah menyerah diri kepada yang bukan hak. Ayuh pelihara diri insha Allah~ Mari bergelar bunga yang terpelihara, mengharum dalam taman yang indah sebelum dipetik oleh seseorang yang memang berhak dan layak. (^-^) 

3 responses to “.:PUTERIKU SAYANG:.

  1. Anonymous

    saya pun puteri syg ayh sy! wekkk!!


    -secret admire. hak3

  2. magnet! fatin mardhiah! >.<

  3. Anonymous

    uiitt.. mnekah entri aritu??

Leave a Reply

Powered by Blogger.
Super Kawaii Cute Cat Kaoani