Pada suatu hari, Nabi Muhammad bersama dengan seorang sahabatnya yang bernama Jabir sedang berjalan di dalam bandar Madinah melalui sebuah pasar. Kelihatan ramai orang berkunjung ke pasar itu bagi urusan berdagang, membeli belah dan sebagainya.
Sedang Nabi Muhammad dan Jabir sahabatnya itu meninjau-ninjau keadaan pasar di situ, tiba-tiba beliau ternampak bangkai kambing yang cacat sebelah telinganya. Nabi Muhammad mengangkat bangkai kambing itu dengan memegang sebelah telinganya lagi.
"Ada sesiapa antara saudara-saudara yang suka kepada kambing ini, dan mahu mebelinya dengan harga satu dirham sahaja?" tanya Nabi Muhammad kepada orang ramai.
Orang ramai yang melihat peristiwa itu terpinga-pinga mendengar tawaran itu.
" Tiada siapa yang suka kambing itu. Untuk apa?" jawab mereka.
" Bagaimana kalau bangkai ini saya berikan percuma sahaja?" tanya Nabi Muhammad lagi.
" Sekali pun kambing itu masih hidup tiada siapa yang mahu, ia kambing cacat. Apatah lagi ia sudah jadi bangkai," kata mereka yang tidak suka melihat bangkai kambing itu.
Sesudah mendengar mereka berkata demikian, Nabi Muhammad pun menjelaskan maksud tawaran beliau tadi.
" Ketahuilah. Dunia ini lebih buruk daripada bangkai kambing ini."
Dunia ibarat bangkai. Malah ia lebih buruk daripada itu. Dunia ini dipenuhi dengan tipu daya. Manusia sering terpedaya dengan kecantikan perhiasan dunia. Kekayaan yang ada di muka bumi ini adalah perhiasan yang sering direbut oleh manusia. Kasih mereka kepada dunia menjadikan mereka lupa dan lalai kepada Tuhan. Akibatnya Tuhan tidak kasih kepada mereka.
![]() |
![]() |
| Jangan mudah terpedaya dengan dunia. -->>peringatan utk diri sendiri khususnya |
-Cerita-cerita Motivasi Untuk Iman, Ainol Kusyairi Radzi


