Abu Hurairah adalah seorang sahabat Nabi Muhammad yang merekodkan semua percakapan dan perbuatan Nabi Muhammad yang beliau sendiri dengar dan lihat. Perkataan 'abu' dalam bahasa Arab bermakna 'bapa' manakala 'hurairah' bermakna kucing.
Beliau terkenal dengan jolokan ini disebabkan beliau amat sukakan kucing. Salah satu kegemaran beliau ialah membawa anak kucing kesayangannyake mana dia pergi dalam poket baju jubahnya. Dilaporkan, pada suatu masa ada kucing tidur di atas jubahnya. Beliau hendak memakai jubahnya itu tetapi disebabkan beliau tidak mahu menggannggu tidur si kucing, beliau pun menggunting jubahnya itu di sekeliling kucing itu supaya tidak terjaga.
-petikan daripada buku Cerita-cerita Motivasi Untuk Iman karangan Ainol Kusyairi Radzi

