Assalamualaikum anak-anak murid cikgu. Lama tak jumpa. Sihat? Rindu cikgu tak? (^-^) Cikgu ingat lagi waktu Afiq, Amirul dan Fathul datang bilik guru lepak dengan cikgu hari tu. Kamu beritahu cikgu, semua kawan-kawan dalam geng kamu nak jadi saintis. Cikgu masih ingat lagi wajah kamu yang bersemangat waktu tu. Cikgu doakan kamu semua berjaya insha Allah, tak kiralah kamu Geng Pistol ke Geng Zoo ke, kamu semua pernah jadi anak murid cikgu dan insha Allah cikgu akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat kamu semua.
Sebenarnya, cikgu nak tanya, sebagai seorang bakal saintis muda yang sangat hebat, kamu selalu tak baca buku sains yang sangat hebat juga? Buku apa, cikgu? Em, buku sains yang sangat hebat la. Yela, tapi buku apa? Ensiklopedia yang bertajuk Al Quran Al Karim. Selalu tak baca? Eh, kena selalu baca taw. Dalam buku tu, ada banyak cerita tentang sains yang hebat. Tak percaya? Jom kita telusuri ilmu sains dalam Al Quran~ (^-^)
![]() |
| Jangan hanya jadi saintis, jadilah SAINTIS ISLAM |
![]() |
| Mukjizat Al Quran. |
Al Quran diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW 1400 tahun yang lepas. Pelbagai ilmu sains telah dirungkai dalam kitab suci tersebut dan telah dibuktikan melalui kajian saintifik hanya berdekad kemudian. Anak-anak murid cikgu faham tak? Apa yang cikgu cuba nak beritahu kat sini yang Allah wahyukan Al Quran tu lamaaaaa dulu. Lama mana? 1400 tahun yang lepas. Dalam Al Quran tu ada macam-macam ilmu sains. Masa tu tak wujud lagi mikroskop, teleskop, stetoskop dan alat-alat mengkaji yang lain. Jadi, hanya bertahun-tahun lepas tu bila semua tu dah wujud, baru orang kaji dan akhirnya mereka mengaku, Al Quran betul, Al Quran benar. Nak tahu apa yang mereka kaji tu? Jom~ (^-^)
1. Al Quran membicarakan tentang Astronomi dan Geologi
a. Big Bang
Kamu semua pernah dengar tentang Teori Big Bang? Saintis wajib tahu tentang Teori ni, lagi-lagi kalau kamu nak jadi saintis angkasa. Tapi, as a muslim scientist, kena topup ilmu lagi. Kena tahu yang Allah dah sebut dah tentang teori tu dalam Al Quran 1400 tahun lepas.
"Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu kedua-duanya dahulu adalah sesuatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya."
-Surah al Anbiya:30
![]() |
| Teori Big Bang |
Ayat ni menerangkan bahawa terjadi letupan kuat sebelum terbentuk dunia sama macam apa yang Teori Big Bang tu beritahu. Tapi, macam cikgu beritahu sebelum ni, zaman Rasululllah SAW belum ada teleskop atau teknologi moden yang lain untuk kaji semua tu, jadi macam mana Rasulullah boleh tahu? Inilah yang membuktikan Al Quran tu betul-betul dari Allah, Allah yang cipta alam ni kan, jadi Allah yang wahyukan kepada Rasulullah.
b. Permulaan alam dipenuhi asap tebal
Allah berfirman dalam Al Quran,
"Kemudian Dia menuju ke langit dan bumi itu masih merupakan asap, lalu Dia berkata kepadanya dan kepada bumi, : 'Datanglah kamu keduanya menurut perintah-Ku dengan rela hati atau terpaksa'. Keduanya menjawab 'Kami datang dengan rela hati'."
-Surah Fussilat:11
Ayat di atas menerangkan tentang permulaan kejadian bumi adalah gumpalan asap tetapdan ini bersesuaian dengan teori kejadian bumi menurut sains moden.
c. Alam semesta berkembang pesat
Mengikut kajian sains moden, alam ini sentiasa berkembang. Ini dibuktikan dengan jarak antara bumi dan matahari yang semakin jauh, dan antara objek-objek langit sentiasa bertambah jauh. Bertepatan dengan apa yang Allah sebut dalam Al Quran,
"Dan langit itu Kami bangunkan dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya."
-Surah az Zariyat:47
![]() |
| Alam yang sentiasa berkembang |
d. Bentuk Bumi
Allah berkata yang bermaksud,
"Dia menjadikan malam, melingkari siang dan menjadikan siang serta melingkari malam."
-Surah az Zumar:5
Ayat ni menunjukkan bumi tu berbentuk bulat. Bulat yang dimaksudkan kat sini bukan bulat adalah seperti telur burung unta. Telur unta mempunyai bentuk bulat yang tidak sama seperti telur-telur lain. Ini bertepatan dengan penemuan sains moden yang mengatakan bahawa bumi itu bulat.
Allah menyatakan dalam Al Quran,
"Dan bumi itu sesudah dihamparkan-Nya"
-Surah an Naz'iat:30
e. Gunung-ganang sebagai pasak
Sains moden membuktikan bahawa gunung-ganang merupakan pasak atau dalam bahasa mudah sseperti tiang yang akan menstabilkan bumi ini. Dalam Al Quran, Allah ada sebut,
"Bukankah Kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan dan gunung-ganang sebagai pasak?"
-Surah an Nabak:6-7
![]() |
| Gunung-ganang sebagai pasak yang menstabilkan bumi |
f. Orbit Matahari dan Bulan
Bulan dan matahari beredar pada orbitnya. Kamu pernah belajar kat sekolah dulu kan? Allah dah sebut tentang orbit ni dalam Al Quran 1400 tahun dulu,
"Tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malam pun tidak dapat mendahului siang. Dan masing-masing beredar pada garis edarnya."
-Surah Yasin:40
![]() |
| Bumi mengelilingi Matahari pada orbitnya sendiri |
g. Matahari berputar pada paksinya.
Yang ni pun cikgu yakin kamu pernah belajar, sekarang cikgu nak kamu tahu yang dalam Al Quran pun ada disebutkan tentang ni taw,
"Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari keduanya itu beredar di dalam garis edarnya."
-Surah al Anbiya:33
2. Al Quran membicarakan tentang Fizik (Atom)
Dalam Fizik nanti, kamu akan belajar atom adalah pertikel terkecil. Setiap sesuatu itu terdiri daripada atom-atom yang sangat kecil. Atom adalah bahan binaan setiap sesuatu yang ada di muka bumi ni. Macam rumah perlukan batu-bata kan sebagai bahan binaan. Yang peliknya macam mana Rasulullah boleh tahu tentang partikel terkecil ni sedangkan masa tu tak ada mikroskop dan sebagainya? Tentulah Allah yang mewahyukan kepada baginda melalui kitab Al Quran. Tiada keraguan dalam Al Quran.
"Tidak ada tersembunyi daripadanya seberat zarah pun yang ada di langit dan bumi serta tidak ada (pula) yang lebih kecil dan lebih besar daripada itu, melainkan tersebut dalam kitab yang nyata."
-Surah Sabak:3
![]() |
| Atom, partikel terkecil. |
3. Botani dan Perubatan
Sains moden menerangkan bahawa terciptanya makhluk baru dengan adanya percampuran sel jantan (sperma) dan sel betina (ovum). Ini menunjukkan dengan adanya pasangan, maka akan lahirlah organisma baru. Allah sebut dalam Al Quran yang bermaksud,
"Dan menjadikan padanya semua buah-buahan berpasang-pasangan, Allah menutupkan malam kepada siang."
-Surah ar Rad:3
Kamu akan belajar dalam Sains di sekolah menengah tentang organ pembiakan tumbuh-tumbuhan. Dalam tumbuh-tumbuhan pun ada jantan betinanya. Dunia haiwan pun ada jantan betinanya. Semua berpasang-pasangan. Allah dah sebut terlebih dahulu dalam Al Quran.
Madu mempunyai khasiat yang baik untuk kesihatan manusia. Walaupun manis, tapi madu tidak memudaratkan sebaliknya membawa khasiat yang banyak kepada manusia. Cikgu suka sangat madu. Pernah tak cuba milo+madu atau kopi+madu? Cikgu pernah, sedaaaaaap! Cubala ye. (^-^) Madu memang ada banyak khasiat dan telah diolah menjadi produk kesihatan dan juga perisa bagi makanan dan minuman. Allah ada sebut dalam Al Quran,
"Daripada perut lebah keluar madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia."
-Surah an Nahl:69
![]() |
| Madu mempunyai pelbagai khasiat tersendiri. Yummy! |
4. Embriologi
Kalau kamu semua nak tahu, embriologi adalah ilmu tentang embrio. Embrio tu adalah janin dalam kandungan wanita yang sedang mengandung. Yang ni pun kamu akan belajar di sekolah menengah nanti insha Allah. (^-^)
Sebelum kita dilahirkan, kita ada pelbagai fasa-fasa perkembangan di dalam kandungan seperti yang disebut dalam Al Quran,
"Kemudian kami jadikan air mani yang disimpan dalam rahim. Kemudian air mani itu kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, lalu segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang berbentuk lain. Maka Maha Suci Allah, Pencipta Yang Paling Baik."
-Surah al Mukminun:13-14
![]() |
| Fasa-fasa perkembangan bayi dalam kandungan ibu |
Dalam ayat lain pun Allah ada sebut tentang penciptaan manusia,
"Ketahuilah, sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setetes mani, kemudian segumpal darah, kemudian segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi."
-Surah al Haj:5
![]() |
| Bayi dalam kandungan rahsia Allah |
Ilmu embrio moden mengiktiraf penjelasan Al Quran tentang kejadian manusia yang peling terperinci. Cuba kamu fikir, pada zaman Rasulullah tak ada sebarang teknologi untuk mengkaji tentang janin dalam kandungan ibu, tapi Allah dah wahyukan kepada Rasulullah SAW dan sesungguhnya Allah yang cipta kita, jadi Allah la yang Maha Mengetahui tentang kejadian penciptaan kita.
Sebenarnya banyak lagi yang boleh cikgu kongsikan dengan kamu, tentang air laut tawar dan masin tapi tidak bercantum dan macam-macam lagi. Semuanya ilmu-ilmu sains. Macam apa yang cikgu dah ulang banyak kali kat atas tu, semua tu Allah yang sebut dalam Al Quran. 1400 tahun dulu. Lama kan. Umat Islam dah dibekalkan dengan ilmu sains yang cukup hebat dalam Al Quran 1400 tahun dulu dan telah dibuktikan semua ilmu tersebut benar-benar belaka dan tiada yang benar melainkan yang benar-benar benar.
![]() |
| Mukjizat Al Quran dengan ilmu-ilmu yang melangkaui zaman |
Hebat tak Al Quran? Hebat kan. Hebat lagi Allah yang mewahyukan Al Quran tu kepada Rasululllah. Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu. Jadi, cikgu harap sangat, lepas ni kamu semua kena biasakan membaca buku sains hebat ni, kitab Al Quran ni ya. Jangan tinggalkan berhabuk atas rak tu. Nak jadi saintis kena tahu ilmu sains, dalam Al Quran ada banyak ilmu sains. Bukan sains saja, tapi ada ilmu sejarah dan macam-macam ilmu lain. Anak-anak murid cikgu memang hebat-hebat semuanya. Semoga kamu semua akan menjadi santis muslim yang hebat suatu hari nanti insha Allah. (^-^)
![]() |
| Anak-anak murid cikgu memang terbaik! |
-diolah semula berdasarkan petikan sebuah buku karangan Faisal Abdurrahman bertajuk Tuhan Untuk Semua.


















Wahh! Hebat la ckgu! Knp lar sy mmbsr cpt sgt..nk jd ank murid awk! Hehe
huhu..eyy, kehebatan dari DIA..sy xada apa..
hehe..xpayah, awak jadi sahabat sayang fillah saya je dah cukup..(^-^)