Seindah Senyuman


Saya teringat suatu peristiwa
20 Ogos 2011 di One Utama
saya dan beberapa orang rakan
keluar atas urusan kerja
untuk persiapan
majlis berbuka puasa bersama anak yatim
yang bakal berlangsung
empat hari kemudian

seusai menunaikan solat di surau yang disediakan
saya melangkah keluar mendapatkan rakan-rakan
dan sepintas lalu saya terlihat
salah seorang sahabat  saya sedang asyik bermain
dengan kanak-kanak di ruangan menunggu


tidak lama kemudian
saya berjalan beriringan dengan sahabat tersebut
pada mulanya
suasana sepi
baik saya mahupun dia
lebih selesa berdiam diri
namun tiba-tiba
beliau mengeluarkan satu pernyataan



"aku rasa setiap budak perlukan senyuman"
............
"kita semua wajib senyum kepada budak-budak"
ujar beliau sekali lagi
"maksud kau, orang dewasa tak layak dapatkan senyuman?'
soalan itu saya utarakan kepadanya
saja mencuba untuk mengasak dirinya
"bukan macam tu, bagi aku semua budak-budak tu memang tak bersalah
diorang tak tahu lagi dunia ni macam mana
dan bagi aku diorang wajib dapatkan senyuman
 daripada semua orang"
saya tersenyum (^-^)


kini
saya tahu
sahabat saya tu memang seorang yang sangat sayangkan kanak-kanak
beliau juga menjadi kesayangan kanak-kanak
sudah tentu saja
dengan sikapnya yang bersahaja dan ramah itu
sesiapa saja pasti senang dengan dirinya






saya yakin
mungkin beliau sendiri tidak mengetahui
malah mungkin tidak menyangka
bahawa pernyataan beliau pada hari itu
benar-benar memberi kesan kepada saya
dan masih kekal dalam ingatan saya
sehingga ke hari ini


sungguh
setiap kanak-kanak itu
wajib mendapatkan senyuman daripada kita semua
kerana mereka belum mengenali wajah sebenar dunia ini
belum juga menghadapi kesusahan dan kesukaran yang terpaksa kita lalui
tidak sepatutnya kita hukum mereka dengan wajah yang masam lagi mencuka
hanya kerana kita dibelenggu pelbagai masalah yang menyulitkan urusan kehidupan kita

senyumlah kepada mereka
kerana mereka memang berhak mendapatkannya


senyumlah kepada mereka
kerana dengan senyuman itu juga dapat mengubat hati dan jiwa kita
insha Allah~
SENYUM (^-^)












Leave a Reply

Powered by Blogger.
Super Kawaii Cute Cat Kaoani