Tak Rugi Lah.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. 

Harini baru dapat nak menulis. Cuti tiga minggu. Seminggu kerja. Kerja? Ya. Part time di Mahallah Office. Sepuluh hari balik rumah. The next days sambung kerja dan new semester begins.

"Kerja? Tak balik rumah lah? Tak rindu ke?"
"Balik sekejap je. Ruginya."
Dan banyak lagi.

Tapi seriously, tak kisah pun. Sebab saya sendiri tahu the ten days at home tu sangat best! Jauh berbeza dengan three months punya cuti etc. Walaupun sekejap, tapi terasa nikmat. Allahu 'alam kan. He knows more. 

Di rumah, the first three days ziarah Tok kat kampung sebelum Tok p umrah. Tetolong Maksu serve tetamu yang datang ziarah Tok. Main dengan Nuha. Nuha makin mesra alam yang pastinya. And the next few days jaga si kecil Adam di rumah. Just imagine, saya yang takut dengan baby kena jaga Adam yang four months old. First day, awkward. Pegang je, nangis. Sampai ayah tegur. Second day, ayah tak ada. Mak busy kat dapur. Just Adam and me. Bergelak ketawa dia dengan kak dia ni. Kemudian, usik-usik main gegaduh dengan Iman. Haha. Dengan saya je dia nak bermain gitu pun. Afnan dah tak datang. Dia ke taska. Jadi Iman saja di rumah. Ada Adam pun Iman macam tetakut nak kawan. Mana tak nya, si Adam tu kecik sangat lagi. Dan mak memang masak best punya nak buncitkan perut anak dia ni. Hehe. First day, request Ayam Masak Kicap. Puas rasa bila dapat makan selepas berbulan juga mengidam. Huhu. Laksa, Mee Bandung, Muffin. Hohoho. Sempat juga berjalan dengan Umi, Ton dan Raja ke Penang. Best! Dah lama nak ke Penang Streets Arts tu. Dan siap ke Bukit Bendera. Sempat juga jumpa Cikgu dan minta Cikgu belanja KFC. Memanglah kami sangat tak malu. Dan, dan sempat khatamkan buku KUIJ. Khatamkan saja baru. Kena revise dan revise dan revise lagi.  

Sebab tu tak terasa sangat bila ramai yang bertanya soalan-soalan macam tadi. Sebab deep down, tahu, tak rugi lah sebenarnya. :) 

Biarpun cuti yang singkat, tapi dapat banyak. Alhamdulillah thumma alhamdulillah. ;D
Biasalah manusia, bila masa dan semakin suntuk, baru rasa lebih menghargai.

Dan, pengalaman kerja tu memang tak dapat nak cari di mana-mana. Kerja ketiga saya! Yeay. Hehe. 

Allahu'alam. 

Leave a Reply

Powered by Blogger.
Super Kawaii Cute Cat Kaoani