Setelah Sekian Lama.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Betapa Allah itu Maha Indah. 

Lalu secebis dari keindahan-Nya itu dipinjamkan kepada hamba-hamba yang terpilih. 
Dan mereka kemudiannya menebarkan keindahan itu ke seluruh dunia.
Dan aku menjadi di antara mereka yang mendapat manfaat daripada keindahan-keindahan itu. 

Allah. :')

***

Exam week. Semester 1, 2014/2015.

Sedar tak sedar dah setahun setengah di Gombak. 
Sedar tak sedar dah setahun lebih khidmat di Faqeh. 
Sedar tak sedar dah setahun menjadi khuwaidim MTAN. 

Dan sepanjang setahun setengah ni. Macam-macam yang Allah ajar. 
Benarlah, pengalaman itu guru terbaik dalam kehidupan. 


***

Teringat pernah mesej ke Emak. Minta didoakan anak yang tak reti masak ni supaya mendapat berkahnya para ulama yang seringkali hadir ke bumi UIA. 

"Moga-moga berkat kita khidmat sedia makanan untuk ulama dan habaib, nanti Allah bagi kita pandai masak untuk anak dan suami nanti. Hee."


Tinggi cita-cita ya Fatin. Alaa, bukannya tak reti masak. Belum reti lagi lah. Hehe. Nak jadi jaguh memasak untuk suami dan anak-anak nanti. InshaAllah, Yakin! 

***

Teringat. Malam itu.

"Adakah kalian cinta kepada Sayyidina Rasulullah sallahu'alaihi wassalam?!"

"Cinta" jawab hadirin dengan suara yang agak lemah.

Lalu Syeikh mengulang soalan beliau; "Adakah kalian cinta kepada Sayyidina Rasulillah sallahu'alaihi wassalam?!"

"Cintaaaaa!!!" kali ini hadirin menjawab dengan penuh semangat.

Lalu Syeikh menyambung;

"Maka YAKINLAH kalian dengan kecintaan kalian itu, kalian akan bersama Baginda Rasulullah sallahu'alaihi wassalam!"

"Tinggikanlah KEYAKINAN! Kamu akan bersama Baginda!"


***

Teringat juga. 

"My first rule in class. No Sir, no Dr. Just Mohamad. Call me Mohamad."  

Hari itu. 

"You, what's your name?" Sir bersuara dari depan kelas. Semua mata memandang ke arah saya. Eh.

"Fatin."


"Fatin, come in front and explain to the class about the article." Terbeliak mata pandang Sir. Eh.


Hari lain pula. 

"Who understand what I said just now?" Sir menyoal seluruh kelas apabila menyedari topik yang dibincang agak memeningkan. 

Tangan perlahan diangkat. Sir menghitung. Berapa kerat je yang faham. Lalu;

"Okay Fatin, I know you are good at explaining. Try explain to the rest." Eh. 


Terkejut. Sir ingat nama. Dan sejak bila saya pandai explain nih. 

Hari-hari lain. 

Sedap menghirup sup. Terkejut mendengar ketukan di meja. "Assignment dah hantar ke belum?" Mujur tak tersedak, tak terbaling sudu di tangan. Toleh kanan. Sir sengih. Eh! 

Dan hari terakhir itu. 

"Fatin, try read the question like reading the Quran. Read between the lines." Bersungguh Sir pesan. Berkali mencuba asyik salah. Dan bila pasrah bagi jawapan akhir "Sir, our final asnwer." Sir tengok kertas. Sir senyum. "Yes, this is the answer." Ada rasa nak lompat setinggi langit. Hehe. Alhamdulillah berjaya jawab soalan tu. 

Sir tu. Mengajar sesuatu buat saya sem ni. Bukan sesuatu, banyaksuatu. Huhu. Baru masuk KOED, Sir dah buat students semua kagum dengan Sir. Terbaik! 

"Soooo, you are my first batch of IIUM students." Kata Sir bangga. Yang lain bersorak gembira. "I love this class." Sir menyambung. "We love you too Sir" Pak Tuan membalas. Hehe. 


***

Teringat juga.

"Akak, apa probability kalau-kalau kita terserempak dengan kereta Habib?" Soalan random keluar sambil mata memandang ke jalanan. Kak Umi yang sedang memandu ketawa.

Dan izin Allah. Sewaktu sampai. Dan mahu melalui pagar surau. Perjalanan kami terhenti. Buat memberi laluan kepada kenderaan Habib. Beberapa buah kereta bercermin hitam gelap masuk melalui pagar.

Tahu itu kerete-kereta para Habaib. Tak fikir panjang. Terus nyorok belakang Kak Umi. Teringat kembali,


"Akak, apa probability kalau-kalau kita terserempak dengan kereta Habib?"

***


Dan yang paling terkesan di hati. Allah uji dengan sebuah ujian yang tidak pernah terjangkau dek akal fikiran. Sudah berbulan lamanya. Lebih setengah tahun. Sedih sudah, murung sudah, menangis juga sudah. Lalu, bagaimana?

Yakinlah!

Yakin Dia tidak menganiaya hamba-Nya. Yakin Dia tidak menguji lebih dari kemampuan hamba-Nya. Yakin Dia lebih mengetahui hikmah disebaliknya.

Ini dunia, Fatin. Yang menurut kata Dr. Kabuye "Kalau dunia ni berharga lebih daripada sayap nyamuk, nescaya tidak akan Allah berikan walau seteguk pun air minum buat si kafir."

Ya, selama ni tak berapa faham maksud hadis tu. Tapi Allah buka pintu kefahaman melalui Dr. Kabuye. Sungguhlah, seminimum apakah nilai dunia ini? Kalau ditimbang sayap nyamuk, tak bergerak sedikit pun jarum mesin timbang tu. Even guna weighing balance kat lab Chemistry tu pun sama. Sedikit pun tak akan terhitung nilainya. Terlalu kecil. Sangat-sangat kecil. Lalu, apakah nilainya dunia ini?

Jika sesuatu itu terjadi tidak sesuai rencanamu
Allah SWT sedang mengingatkan
Bahawa hidupmu bukan dalam kendalianmu
Hanya Dia Sang Pemegang kendali

***

Allah SWT tidak pernah mengecewakan
Kamu sebenarnya selama ini dikecewakan
Oleh harapan, keinginan dan angan-anganmu sendiri

***

Untukmu yang dilanda gelisah, ditimpa kesulitan atau ditinggal yang dicinta
Pejamkan mata dan ucapkanlah
Allah SWT bersamaku, selalu dan selamanya

Mengapa memanggil selain dari-Nya jika Dia yang terdekat?
Mengapa berpaling dari-Nya jika Dia yang paling rahmat?

Cubalah pejamkan matamu
Dan ingat-ingatlah nikmat Tuhanmu!
Ya Allah SWT....pada-Mu
Aku malu..dan rindu

- Ustazah Halimah Al Aydrus


Wallahu'alam.

Leave a Reply

Powered by Blogger.
Super Kawaii Cute Cat Kaoani