Pelajaran Adab.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Habis sesi kelas untuk sem kedua. Mula untuk revision week. Tapi alih-alih tidak ber'rivision' di UIA, sebaliknya ke Janda Baik untuk berjimba mandi sungai. Eh, tak. Huhu. Untuk Daurah rejab di Maahad An Nur. Daurah pertama di maahad tu. Amacam? Rasa special tak? Huhu. Sebenarnya ini lebih kepada, hati nak dan lepas tu tak fikir apa dah. Exam ke, carry mark ke apa ke semua buat tak endah. Hati nak, kaki tangan jasad semua tetiba dah ada di Janda Baik. Senang cerita, Allah mudahkan. 

Best. Best. Best. Frankly speaking, saya banyak ngantuk waktu daurah. And when I say banyak, it really means banyak. Allah. Rasa rugi sangat. Salah diri sendiri sebab tak cukup tidur minggu tu siapkan assignment dan report untuk dihantar. Nama pun last week untuk kelas. So, semua nak kena hantar minggu tu dan minggu sebelumnya. Memang tak menang tangan lah. Even sebelum p tu pun, tengah struggle siapkan report untuk Moral. Jadi, padanlah, badan demand untuk rehat dan tidur. Nak nak suasana di sana sangatlah nyaman aman damai. Allahu akbar. ><

Taaaapi, despite of kengantukan yang luar biasa tu, Allah beri satu pengajaran bermakna. Selama ni selalu dengar Ustaz Muhadir cerita tentang adab yang beliau pelajari daripada guru beliau, Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al Banjari Al Makki. As what I know before pun, memang Syeikh sangat sangat sangat mementingkan adab sewaktu di dalam kelas. Pernah dengar cerita Syeikh keluar dari pengajian sebab pelajar tak beradab dan pernah juga dnegar cerita Syeikh suruh murid keluar sebab dia tak beradab. 

Dan, kalau dikira saya yang ntah hapa-hapa ni, baru beberapa kali je berjumpa dan berpeluang ikut majlis ilmu Syeikh. Waktu pertama di Masjid Wilayah and it was night of Ramadhan. Dan, malam tu jadi budak nakal kejap sneaked out from CFSIIUM dengan Amirah Hazwani untuk attend majlis Syeikh. Tak rancang pun, terserempak Amirah di Masjid sewaktu terawih dan Amirah ajak so terus setuju. 

Pertama kali nak duduk dalam majlis ilmu Syeikh, entah berapa kali bibir terkumat-kamit baca "Allahummasturli bisitrikal jamiil". Maksudnya, ya Allah, tutuplah (keaibanku) dengan tutup-Mu yang indah. Takut. Memang lah takut nak duduk majlis ulama besar macam Syeikh. Tapi malam tu, lepas awal-awal tu muka ketat dan tegang tahan takut depan Syeikh, akhirnya tergelak dan suka sebab Syeikh agak kelakar orangnya. 

Kali kedua, sewaktu di BQ. Bersama Amira juga. Amira Azhar. Tapi yang ini tak nampak Syeikh sebab menghadap dinding. Bilik pengajian tu penuh jadi kami duduk di luar. Kali ketiga, sewaktu rakaman program Cinta Ilmu di TV Al Hijrah juga bersama Amira Azhar, sahabat sayang fiLlah. Yang ni memang terkejut sebab Allah takdirkan duduk bebetul depan Syeikh. Ada rasa jantung gugur kejap waktu tu. 

Dan kali keempat di Pulau Pinang, Syeikh datang bagi ceramah Maulidur Rasul kalau tak salah saya. Waktu tu, Syeikh duduk jauh di hadapan. Pergi dengan Tok. Bestnya. Paksu hantar dan Ayah and his Berzanji gang performed haritu. Huhu. Syeikh sangat-sangatlah lawak waktu tu. Serius. Tapi lawak Syeikh diselit dengan ilmu semestinya. Dan akhir program tu sempat bersalam dengan zaujah Syeikh. Kecik molek comel orangnya. Empat kali tu je pernah duduk semajlis dengan Syeikh pun. Huhu. 

Dan haritu, Syeikh datang ke Maahad An Nur untuk majlis penutup daurah Rejab kami. Malam tu, Ustaz Muhadir dah bagitahu siap-siap. Kalau Syeikh datang, Ustaz tidak akan bercakap dan meneruskan pengajian. Ianya atas dasar hormat dan menjaga adab dengan tuan guru. Syeikh sangat mementingkan adab dan Ustaz sebagai anak murid sangat ingin menjaga adab seperti yang diajarkan oleh gurunya. 

Waktu Syeikh datang, Ustaz dan para asatizah yang lain duduk bersama Syeikh di rumah Syeikh. Kami di atas musolla, berqasidah ramai-ramai. Team qasidah UIA yang lead sebab memang mostly peserta daurah ialah pelajar UIA. Dan kemudian Ustaz Muhadir naik. Nampak ketara raut wajah Ustaz sangat kurang selesa dan bingung. Rupanya Syeikh memberi isyarat kepada Ustaz untuk meneruskan pengajian sehingga khatam. 

Antara taat dan adab. Ustaz sedang dalam dilema. Sebelum memulakan majlis, Ustaz hanya berdiri. Cuba mencari kekuatan mungkin. Ustaz mengatakan bahawa kalau boleh Ustaz tak nak bercakap apabila guru beliau sudah ada di maahad tersebut. Apabila datangnya air, maka terbatallah tayamum. Tidak berkata-kata yang kecil di hadapan yang besar. Allah. 

Ada kalanya Ustaz meraup muka. Seketika kemudian Ustaz membaca doa-doa dan selawat. Kemudian Ustaz seakan menahan tangis. Riddak Ustaz disapu ke muka mengusap air mata dari mengalir. Kami yang menanti sekadar memerhati. Siapa sangka, Allah bakal mengajarkan kami tentang praktikal adab seorang murid kepada gurunya betul-betul di hadapan mata kami pada hari itu.

Apabila Ustaz sudah mula tenang, Ustaz duduk dan bersedia untuk memulakan pengajian. Tapi masih belum bermula, seorang muslimin dipanggil untuk memperlahankan bunyi mikrofon Ustaz. Perlahan dan perlahan lagi. Kemudian, Ustaz meminta Abang Azri ke bawah untuk berdiri di kolam di hadapan rumah Syeikh, untuk menguji apakah kedengaran bunyi mikrofon daripada situ. Setelah Ustaz betul-betul berpuas hati, Ustaz memulakan majlis. Saya terus teringat, malam sebelumnya Ustaz sangat menginginkan supaya suara mikrofon itu dikuatkan supaya sedap kedengaran dan tidak terlalu perlahan. Ustaz memang sukakan bunyi mike yang sedap dan kuat. Tapi, hari ini, adab Ustaz jauh mengalahkan preferences peribadi Ustaz. Ustaz memulakan majlis dan mensayarahkan seperti biasa. 

Seketika kemudian, Ustaz Abdullah naik. Ustaz Abdullah merupakan rakan karib Ustaz Muhadir dan mereka sangat rapat dan keduanya adalah merupakan anak murid rapat dengan Syeikh. Ustaz Abdullah yang bertanggungjawab menguruskan daurah dan merupakan mudir Maahad An Nur. Ustaz Lah naik dan kelihatan pelik kerana bunyi mike yang sangat perlahan. Ustaz memberi isyarat menanyakan kepada muslimat di belakang apakah kami mendengar bicara Ustaz Muhadir. Saya menangguk tanda dapat mendengar dengan baik. 

Kemudian, Ustaz Lah pergi ke arah sound system dan menguatkan bunyi mike. Ustaz Muhadir meneruskan pengajian tetapi pandangannya jelas memerhatikan tingkah Ustaz Lah. Risau bunyi mike akan dikuatkan dan kedengaran sehingga ke rumah Syeikh. Muka Ustaz Muhadir kelihatan bingung dan takut. Comel. Huhu. Ustaz Lah seperti seorang abang yang tegas dan Ustaz Muhadir seperti adik yang taat. Hehe. Selepas itu, Ustaz Lah turun dan Ustaz Muhadir meneruskan pengajian. Seketika Ustaz Muhadir akan memandang ke arah tangga, barangkali bimbang sekiranya Syeikh naik tanpa diberitahu terlebih dahulu. 

Ustaz Lah naik lagi sekali dan menyampaikan sesuatu kepada Ustaz Muhadir. Kata Ustaz Muhadir, Syeikh akan naik untuk menyampaikan tausiyah penutup dalam masa 15 minit lagi. Dalam beberapa minit seterusnya kami mengkhatamkan kitab dan mengemaskan ruang musolla untuk menyambut kedatangan Syeikh. Ustaz Muhadir memberikan taklimat ringkas agar semua menjaga adab dan kemudian sejadah dirapikan, sampah disapu. Menariknya, tempat yang bakal diduduki oleh Syeikh disapu oleh Ustaz sendiri. 

Kemudian, Syeikh  naik. Ustaz Muhadir sebagai pengacara majlis dan terus sahaja beliau menyerahkan majlis kepada Syeikh tanpa berkata-kata panjang. Sewaktu Syeikh menyampaikan tausiyah, Ustaz Muhadir duduk di sisi kiri Syeikh dan tekun penuh adab mendengar tausiyah Syeikh. Apabila ada keperluan, ustaz harus bangun dan bergerak turun, Ustaz bangun dengan penuh adab, tidak membelakangi Syeikh dan selepas beberapa langkah baru Ustaz melangkah turun. Allah. Tingkah laku yang penuh beradab. 

Tamat tausiyah daripada Syeikh, Ustaz cuba mengulas apa yang disampaikan oleh Syeikh. Ustaz berdiri di sebelah kiri Syeikh dan sewaktu Ustaz ingin menceritakan sesuatu, Syeikh memalingkan badan dan muka ke arah Ustaz, memang itulah akhlak Syeikh Nuruddin apabila berkata-kata dengan seseorang, beliau akan memalingkan seluruh badannya menghadap orang tersebut. Syeikh mencontohi akhlak nabawiyyah. Nabi Muhammad SAW juga berbuat sedemikian.

Sebaik sahaja Syeikh memalingkan badannya ke arah Ustaz, Ustaz terdiam. Speechless. Untuk beberapa saat. Ustaz kehilangan kata-kata. Bimbang menyalahi adab berbicara di depan gurunya, barangklai juga risau akan tersalah kata di hadapan seorang alim ulama. Syeikh mengerti dan berpaling menghadap kami di hadapan. Kedengaran esakan daripada Ustaz Muhadir. Allah, Allah. Lembutnya hati Ustaz. Sebegitu sekali adab Ustaz di hadapan gurunya. 

Daurah kali ini, pengajaran paling bermakna yang saya dapatkan sudah tentunya berkenaan adab. Allah. Di mana lagi mampu saya dapatkan pelajaran seperti ini. Ini bukan teori. Ini kejadian depan mata. Ini praktikal adab seorang murid yang sangat santun dan lembut hatinya kepada tuan guru yang sangat dihormati dan disanjunginya. 

Saya teringat akan perjumpaan kami, para muslimat dengan Umi Husna, zaujah pertama Syeikh sewaktu daurah Syaaban. Umi mengumpulkan kami semua untuk memberikan sedikit pelajaran adab kepada kitab dan juga tatacara solat yang betul sebelum Umi berangkat pulang ke Bogor pada keesokannya. Sebelum pulang ke bilik, Kak Syafikha, Kak Fadh dan saya adalah yang terakhir keluar daripada rumah Syeikh. Bersungguh kami mohon didoakan supaya mampu menjaga adab. Kata Umi Husna "Insha Allah, pasti, kan anak muridnya  Ustaz Muhadir". Saya jadi bertambah kagum. Zaujah Syeikh pun sudah maklum akan ketinggian adab Ustaz Muhadir kepada Syeikh. Allah. 

Kamu, Fatin, anak muridnya Ustaz Muhadir, di manakah tahap adabmu?
Allah Allah. Tembak tepat ke dahi. 

One response to “Pelajaran Adab.

  1. Mohon Copy... Utk manfaat orang lain. Terima kasih

Leave a Reply

Powered by Blogger.
Super Kawaii Cute Cat Kaoani