Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Mula-mula buka blog terus blank, entah apa nak type. Last-last upload gambar. Gambar yang terjumpa kat Inche Google masa cari-cari gambar untuk buat powerpoint presentation. Lepas tu, tutup. Haha.
Buka blogger dashboard, keluar satu je blog dalam sekian banyak blog list. Sungguh tak faham. nampak sangat dah lama tak buka blog sampai dah tak tahu cerita apa dah. Cari-cari blog Magnet dan baca. Dan tetiba rasa semangat nak type. Sooooo, here I am. Please, if you are reading this, bear with me for another em 15 minutes perhaps. Heeee~
First, second sem dah habis! Yay! Dan selalunya memang second sem ni akan jadi lain sikit. Macam kat CFS, second sem rasanya yang paling bermakna mungkin. Huu. Daaaaaan, second sem CFS lah waktu paling busy dengan memacam society punya kerja tapi result dan CGPA macam roket je naik siap dapat DL. Huhu. Pelik kan. Sungguh tak ada yang pelik kalau Allah berkehendak. Tapi, lepas tu menurun dan maintain di tahap CGPA 3.33 sampai ke akhir sem.
Second sem di Gombak. Pertama kali kerja dalam MTAN. Entahlah. Hanya tu yang mampu terucap. Huhu. Daaaaan, memang Edu ni banyak nau assignments, presentations, project work dsb. Dan saya pulak jenis orang yang tak reti nak buat halai-balai, jadi planningnya lebih sikit dari biasa dan effortnya tentu sahaja kena lebihkan juga. Tapi alhamdulillah berbaloi dengan carry mark yang juga lebih dari orang lain. Huhu.
Dalam keadaan dah menjangkakan result yang agak teruk berbanding yang sebelumnya sebab rasanya sem ni agak banyak mainnya. Tapi again, kehendak Allah mengatasi sangkaan hamba, Allah bagi result maintain. Ya, menurun. Tapi menurun 0.004. Senang cakap, result maintain. Huhu. Alhamdulillah maintain, kalau tidak, warning letter daripada Finance datang siapa nak jawab. Huuuu.
CGPA tak boleh kurang daripada 3.8 kalau tidak warning letter sampai. T.T Jadi, silalah jangan main-main dah. Sem ni Allah bantu melalui lecturer yang baik hati semuanya, melalui doa-doa mak ayah dan sahabat semuanya. Sem depan, siapa guarantee mampu maintainkan lagi kalau terus nak memain? Haa, jawab sendiri.
Dan teringat haritu conversation dengan seseorang. Bila cakap saya memang tak ada hala tuju, dia pelik. Disuruhnya saya jadi cikgu, tak nak. Jadi lecturer, tak nak jugak. Habis tu, belajar ni nak jadi apa? Nama pun dah kos pendidikan, tak kan nak jadi tukang masak? Ok, itu saya yang tambah, Masak pun tak reti, nak jadi tukang masak, mimpilah anda. Bila ditanya macam tu, saya jawab 'Nak jadi orang'. Dia dah tak terkata apa. Tapi betul lah. Nak jadi orang. Takkan nak jadi beruang. Jadi beruang panda tak apa jugak. Eh. Haha.
Ngarut. Ngarut. T.T
