Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
"Aufa dengan Wani daripada sekolah agama ke?" Kak Khalili bertanya sambil mata tekun memerhatikan jalan di hadapan. Stereng di tangannya dipegang kejap.
"Eh tak, saya sekolah biasa je dulu." Wani di tempat duduk sebelah pemandu menjawab manakala Aufa di tempat duduk belakang sekadar senyap. Dalam hatinya menjawab 'Saya juga sama'. Perkataan yang tidak terluah. Selalu je jadi sesi gini kalau naik teksi atau naik tumpang orang bagai. Huhu. Hatinya mengomel sendiri. Eyy, ni peluang dakwah la budak kicik. Dia menegur diri.
"Kiranya korang memang pakai tudung labuh sejak dulu lah?" Tanya Kak Khalili lagi.
"Tak juga. Masa di Asasi baru start pakai. Em. Ini sayalah. Aufa tak tahulah macam mana." Wani menjawab lagi. Pandangannya dialih ke belakang kepada Aufa, sahabat yang baru tiga bulan dikenalinya namun cukup dekat di hatinya.
"Ehhh sama je kita Wani. Saya pun start pakai masa di Asasi." Aufa senyum.
"Bagusnya korang. Kuatnya korang. Akak dulu waktu sebaya korang, akak dulu berjimba je banyak. Akak suka sangat tengok sekarang ni ramai anak-anak muda dah mula berubah ke arah kebaikan." Kak Khalili membalas.
Kemudian Kak Khalili menyambung lagi; "Tapi itulah, akak nak jugak macam korang, tapi entah. Akak tak boleh lagi. Eh. Bukan tak boleh tapi belum boleh lagi."
"Hehe. Masa nak start pakai tu bukan senang. Lagi-lagi bila nak balik kampung, jumpa sedara semua. Even pergi sekolah lama pun, ramai tegur 'Eh dah jadi Ustazah!' Erk. Huhu. Tapi lama-lama tu, Alhamdulillah okay. Allah bantu. Akak pun mesti boleh. Allah ada. " Aufa menambah. Cuba menyuntik motivasi.
"Itulah, ramai orang ingat tudung labuh = Ustazah. Ustazah je ke boleh pakai tudung labuh? Huhu." Wani meluahkankan kesalan.
"Hehe. Sebenarnya pakaian, tudung labuh, purdah, niqab semua ini hanyalah zahir yang kita nampak. Yang pentingnya dalam hati ni. Kalau tutup litup macam mana sekalipun, kalau hati tak berubah, tak berhijrah? Di manakan nilai solehahnya?" Aufa menambah.
"Dan sebenarnya juga, bagi saya, yang paling penting kat sini ialah proses tu, bukan outcome nya. Boleh jadi setelah kita melalui proses tarbiyah, kita jadi dekat dengan pakaian yang memelihara kehormatan kita. Tapi itu hasilnya. Allah tak lihat natijah, Allah lihat usaha. Bagi saya, solehah tu bukan satu destinasi yang kita nak tuju melainkan solehah tu adalah satu proses. Proses pengislahan diri." Panjang lebar Aufa menyambung.
"Proses pengislahan diri?" Kak Khalili cuba mencari pencerahan.
"Yup, sebab saya tak rasa ada sesiapa kat dunia ni yang berani mengaku diri dia solehah 'Oh aku si solehah, syurga itu milikku.' Tak. Saya tak rasa gitu. Solehah itu benda subjektif. Boleh jadi dia bukanlah bertudung labuh, bukan juga hafizah penghafal Quran, tapi hatinya sangat dekat dengan Allah dan Rasulullah.
Kita semua berusaha untuk menjadi solehah. Dan usaha itu adalah proses. Solehah itu adalah hasilnya. Mungkin kita tak dapat mencapai tahap kesolehahan para mukminah waktu zaman Nabi, tapi sekurangnya kita semakin menghampiri title solehah tu dalam proses pengislahan diri tu. Erk. Okay. Saya mengarut. Huhu. Minta maaf Kak, Minta maaf Wani." Aufa mula sedar bahawa dia terlalu banyak bercakap. Entah betul entahkan tidak. Allah.
"Eh tak apa. Solehah bukan destinasi tapi proses memperbaiki diri. Bagus pandangan Aufa tu. Akak suka." kata Kak Khalili menyedapkan hati Aufa.
"Minta maaf kak, minta maaf Wani..... yang baik ambil, yang tak baik tinggalkan...huhu." Aufa membalas.
Wani sekadar tersenyum. Dalam hatinya dia bersyukur, dipertemukan dengan si pemilik nama Aufa ini. Ya Allah, panjangkanlah persahabatan kami ini, sehingga ke syurga-Mu.
Wallahu'alam.
