Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
"Weh, hang dok mesej sapa tu, dok sengih sorang-sorang. Huduh ngat aih aku tengok," Sufian menyiku Arash yang di sisinya. Tren yang dinanti terasa lambat benau sampainya. Boleh mati kutu boring tunggu tren nih. Haishh.
"Erk. Agak-agak la nak cakap aku hodoh pun. Hero Malaya kot ni," Arash menepuk dadanya. Bangga.
"Eleh, hero Malaya lah sangat. Hang dok mesej sapa weh. Kesian kat aku, hang biaqsorang-sorang tang ni," Sufian bertanya buat kali kedua.
"Mesej buah hati pengarang jantung aku la. Haha," Arash sengih.
Sufian sekadar mengangguk. "Oh."
"Weh, kau nih kan, aku tengok ada tunang, tapi macam tak ada je," Arash menyoal Sufian.
"Erk. Awat hang kata lagu tu?" Sufian pelik. Yelah. Dah memang sah-sah aku ada tunang kot. Bukan senang nak tackle si Aufa Safiyya, penyejuk mata penawar hati yang satu tu. Huhu.
"Yelah. Aku tengok hang tak ada pun nak mesej dia, call dia, jumpa pun tak. Padahal satu U. Kuliyyah pun sebelah-sebelah je kot. Tapi, hmm itu lah, tak macam tunang pun.
Tengok macam aku dengan Erna, kitorg tiap-tiap minggu keluar sekali. P makan-makan. Jalan-jalan. Walaupun kitorg tak tunang lagi macam kau dengan Aufa tu, tapi aku sayangkan dia. Dia pun sayangkan aku," panjang lebar Arash menerangkan.
Sufian sengih. Hee. "Kalau aku mesej pun bukannya dia nak balas. Dia buat tak taw lagi ada. Kalau dia balas pun, sepatah aku tanya, sepatah dia balas."
"Erk. Kenapa macam tu? Dia ada orang lain ke? Haha. Padan muka hang." Arash mencebik.
"Oip. Kawan apa lah hang ni. Teruk betoi. Dak lah. Sebenaqnya aku lagi suka dia macam tu." Sufian membalas.
"Eh!" Arash angkat kening sebelah. "Kenapa lak?" Arash pelik. Sehari tak mesej, tak dengar suara Erna boleh jadi tak keruan kot!
"Masa mula-mula dulu, aku pernah mesej dia. Hang taw dia balas apa, dia kata 'Minta maaf. Saya kurang senang awak kerap mesej saya. Awak nak sembang lelama, gurau, mesra, sweet, biar lepas kawin.' Adehh. Sentap kot. Tapi bila aku fikir-fikir balik. Memang tak salah aku pilih dia." Sufian sengih lagi.
"Kenapa kau cakap macam tu?" Arash pelik lagi.
"Yelah. Itu tandanya dia nak jaga hubungan aku dengan dia. Biaq tak lalai, tak leka dek hati dan perasaan. Benda perlu, benda penting, mesejlah. Kalau setakat nak sembang biasa, memang dia bagi lampu merah siap-siap.
Tapi sebenaqnya, dia tu memahalkan diri dia. Hang nak dia, kawin dulu. Sebelum tu, no no no. Yang tu yang aku suka. Sebab kalau dengan aku, tunang dia ni pun dia buat lagu tu. Dengan laki lain pun mesti dia sangat menjaga. Yang tu aku yakin.
Dan sebab tu lah aku tak risau macam mana pergaulan dia dengan lelaki lain," Sufian menebarkan pandangan ke sekeliling stesen komuter tersebut. Tak ramai orang pun harini. Bagus-bagus. Haha.
"Oh. Okay." Arash kehilangan bicara. Teringat Erna. Dan tersentap kejap. Haha.
"Tapi, hang kan ramai peminat. Aufa tak layan hang, hang p la layan perempuan-perempuan yang minat hang tu. Hang pilih ja nak yang mana. Cantik-cantik ja aku tengok perempuan yang minat hang. Lagi lawa dari si Aufa tu. Apa yang depa nampak kat hang pun aku tak taw. Muka macam gangster situ jugak hang nih. " Arash memberikan cadangan. Loghat Utagha sedia keluaq meniru Sufian.
"Woi. Gangster-gangster, aku tinggai hang satg baru hang taw. Aku lelaki setia lah. Haha. Hee. Biaq p depa semua tu. Hang tengok depa tu cantik-cantik tu sebab apa? Baju mahai depa? Mekap tebai depa? Perangai gedik tak cukup tanah depa? Herr. Sungguhlah aku tak minat.
Satu yang aku kagum dengan Aufa, dia tu bukannya tak cantik, cantik ja aku tengok. Keluarga dia pun bukannya tak mampu, mampu ja. Kalau dia nak pakai cecantik, nak pakai mekap bagai, nak pakai baju memahai, boleh ja. Tapi dia pilih untuk tak buat gitu. Sebab yang dia pilih adalah kesederhanaan.
Dan sebab tu, kenapa aku jatuh hati pada dia. Sebab dia sederhana." Sufian senyum sendiri. Bertuahnya lah hai rasa hati nih.
"Sederhana?" Arash bingung.
"Yup. Sederhana." Sengih lagi. "Dan lagi satu, macam mana aku, macam tu lah dia. Itulah sebab kenapa aku tak layan perempuan-perempuan tu semua."
"Adehh. Explain please. Aku tak faham bahasa pujangga nih." Arash membalas.
"Haha. Pujanggalah sangat. Maksud aku, contohlah kan, aku tak suka kalau dia rapat dengan lelaki lain. Aku manusia biasa kot. Taw cemburu. Huhu. Tapi, tak adil lah kalau aku ja gitu. Dia pun mesti rasa yang sama. Cemburu kalau aku rapat dengan perempuan lain.
Jadi, aku jaga diri aku bagi tak rapat dengan mana-mana perempuan sebab macam mana aku, macam tu lah dia. Allah kan cakap lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Hang nak perempuan baik, hang jadi baik dulu lah. Macam tu la jugak. Macam mana aku nak dia jadi, macam tu lah jugak aku jadi. Huaa. Susahnya nak explain. Grr. Hang faham dak?" Sufian memandang Arash.
"Oh. Em. Faham kot. Haha." Arash kemudian bangkit dari kerusi. "Weh, tren dah sampai."
"Haha. Okay." Sufian ikut bangun. Langkah diatur menuju ke garisan kuning. Dalam hati Sufian terasa menari-nari. Gembira dikurniakan dengan pemilik nama Aufa Safiyya. Moga Allah permudahkan.
Wallahu'alam.
Wallahu'alam.
