Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Betapa Dia itu terlalu baik kepada saya.
Betapa Dia itu tidak pernah mengecewakan saya.
Betapa perancangan-Nya itu jauh melebihi perancangan saya.
Allah Allah.
Minggu lepas dapat berita, MTAN akan berlangsung seperti biasa semula. Alhamdulillah. Rindu sangat dah.
Dan minggu lepas juga, dapat tahu kelas ganti Intro to Counseling akan diadakan pada hari Selasa malam Rabu. Eh. Talaqqi Ustaz Muhadir. Oh tidak!
Dan Jumaat lepas, dengar sahaja pengacara MTDM sewaktu memulakan bacaan Ratib Al Haddad;
"Niatkan sekali apa sahaja hajat-hajat yang kita ada sewaktu membaca ratib ini"
Langsung teringat. Dan berdoa. Ya Allah, batalkan kelas Intro. Pemikiran budak hingusan yang berusia 20 tahun. Sangatlah tidak matang. Namun tetap saja, bersungguh-sungguh berharap moga dikabulkan.
Hari Isnin talaqqi bersama Ustaz Sabri. Kitab Ayyuhal Walad. Tapi waktu yang sama ada kelas ganti Study Circle 2. Hua. Apakah ini?
Isnin tak dapat pergi. Selasa pun tak dapat pergi. Sedihhh.
Tapi, Dia lebih tahu. Petang Isnin dapat mesej, talaqqi dibatalkan kerana Ustaz tak sihat. Tak dapat hadir. Mohon didoakan kesihatan Ustaz.
Baru nak sedih tak dapat hadir dan terlepas kelas talaqqi kitab Ayyuhal Walad dan Munyatul Musolli. Baru nak sedih adanya kelas ganti Study Circle. Tapi. Tapi. Perancangan Dia. Talaqqi ditunda. Dan malam itu, saya ke Study Circle.
Datang hari Selasa dah rasa resah. Betul ke Madam jadi buat kelas malam ni? Dan diusahakan bertanya kepada class rep supaya ditukar hari. Tetap gagal. Sedih bertambah sedih. Talaqqi bersambung seperti biasa tetapi saya tidak dapat hadir. Langsung terima mesej. Talaqqi digantikan dengan Maulid Ad Dibaei. Wah. Masha Allah. Bestnya. Tapi tak dapat hadir. Sedih lagi.
Lewat petang baru tahu, Ustaz Muhadir tidak dapat hadir kerana memenuhi udangan berceramah di Perak. Sebab itu digantikan dengan Maulid. Allah. Jadi, malam itu, saya ke kelas Intro seperti sepatutnya.
Allah. Betapa indah perancangan-Mu. Doa saya dimakbulkan dalam keadaan yang sangat jauh berbeza daripada yang saya inginkan. Jelaslah Dia memberi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. Kerana Dia lebih tahu. Allah. Allah.
Dan malam ini sepatutnya diadakan talaqqi di CFS. Sudah diniatkan nak ke sana menjelang petang. Sangat nekad. Namun, dapat berita kelas ganti History seperti biasa malam ini.
Allah.
Sedih. Namun kesedihan berjaya dikawal. Yakin. Setelah dua kali yang sebelumnya. Kali ini, pasti ada hikmahnya juga.
Sewaktu kelas History, terima SMS talaqqi di CFS ditunda kerana Ustaz ada urusan kecemasan. Minta didoakan Ustaz.
Allah.
Jelas. Jelas. Jelas. Dia memberi apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu.
Terasa indah. Perancangan Allah.
Terasa diri ini jelas, disayangi. Dijaga oleh-Nya.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Esok talaqqi bersama Habib Ali Zainal Abidin Al Hamid. Moga-moga Allah rezekikan. ^_^
Wallahu'alam.
Happy.
Powered by Blogger.
