Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Terasa sesak kepala. Sungguh. Dan memang rasa tak boleh nak teruskan hari-hari macam ni. Tak sanggup lagi. Jauh di dalam hati, teringin nak ke suatu tempat istimewa. Akhirnya, mesej Mimi.
|Free tak esok? Nak ajak Mimi pergi tempat special.|
Dan yup. Mimi free. Jadi pagi tadi, bermusafirlah kami ke Titiwangsa. Tempat special saya. Maka, berdatinglah kami berdua.:D
Serius. Rindukan Magnet dalam Rehlah And Revive.
Sampai je, pusing-pusing dulu. Jenjalan sambil Mimi bercerita. Dan saya mendengar. Ini kali ketiga kami bertemu muka. Kali pertama sewaktu di CAC pada Cultural Night waktu Taaruf Week lepas. Selepas hampir berbulan-bulan bersahabat melalui FB dan mesej, akhirnya kami bersua muka. Kecik, comel, molek je orangnya. Solehah insha Allah.^_^
Kali kedua sewaktu saya dalam perjalanan ke kelas, terserempak di tengah jalan. Dan kali ketiga, janji temu kami ke tempat istimewa yang dirahsiakan. Hehe. Dah halfway baru Mimi dapat teka destinasi kami. Maaflah Mimi, kawan baru Mimi ni memang nakal dan mengada sikit.:P
Kemudian, singgah kedai beli rojak dan jajan. Jenjalan lagi cari tempat duduk. Lastly, duduk di kerusi cantik menghadap tasik. Macam dengan Magnet dulu jugak. Dan cerita masih lagi bersambung. Macam-macam yang kami kongsikan bersama. Kepala mula rasa ringan. Lagi-lagi bila tengok tasik yang indah nian depan mata. Subhanallah. Rasa nak terjun je masuk dalam tu.
Alangkah bagusnya kalau diri ini mampu setenang tasik itu. Tenang dan juga menenangkan. Selepas apa yang berlaku. Setelah saya hampir kehilangan diri sendiri. Saya nekad. Saya ingin jadi insan yang tenang. Doakan.
Hari ini, saya mengenali seorang Qahira Ijlal. Seorang Mimi yang hebat. Awesome insha Allah. Walaupun usia persahabatan kami masih lagi hijau, tapi rasa sangat mudah untuk get along. Tanpa perlu dipaksa atau disuruh. Saya sememangnya sudah jatuh sayang pada Mimi. Moga Allah pelihara ukhuwah kami ini. Amin.
Selesai solat Zohor. Kami bergerak pulang. Dalam teksi, bertemu Pak Cik yang, unik mungkin. Huhu. Dalam LRT, kami masing-masing senyap. Alhamdulillah, rasa dah hampir fully recharge dah semangat ni. Walaupun perkara yang menyesakkan kepala tu masih belum selesai. Mungkin sahaja tidak akan selesai. Allahu'alam. Tapi, sekurang-kurangnya saya sudah punya semangat baharu untuk menghadapinya. Insha Allah. Moga Allah izinkan. Moga Allah bantu. Doakan.
Hari ini. Jejak Titiwangsa lagi. Alhamdulillah syukur. :D
Wallahu'alam.
