post-SC.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. 

Selesai sudah Taaruf Week. 
Alhamdulillah 'ala kulli hal. 


Satu.
Yang sangat terkesan di hati.


Dulu. 
Bila dapat tahu adik-adik Study Circle (SC) group saya adalah pelajar AED, memang agak takut dan berdebar. Manakan tidak, students AED terkenal dengan kesibukan mereka, tambah-tambah lagi yang ambil program setahun. Double kesibukannya. Dan hampir separuh adik-adik saya sememangnya adalah pelajar one year program. 

Kemudian.
Selepas satu sem. Saya beritahu pada kawan bilik yang juga merupakan mainboard FRC bahawa saya ingin menarik diri daripada menjadi fasilitator SC. Sem akhir saya hanya menumpukan kepada pelajaran, aktiviti Kelab PERKIM dan juga Hisbah Atiqah. Komitmen pada SC dan PRESSS saya terpaksa serahkan kepada orang lain. Farha yang pada mulanya sedih akhirnya faham dengan kesibukan saya kerana beliau juga aktif dalam FRC.

Tapi, jujur cakap, selain faktor kesibukan, saya juga menarik diri disebabkan kurang rasa percaya diri yang saya boleh mengendalikan SC dengan baik. Saya rasakan saya merupakan seorang Naqibah/Fasilitator yang kurang baik. Rasa bersalah pada adik-adik SC yang menebal kerana saya tidak mahir mengendalikan sesi bersama mereka. Dan rasa takut kerana saya juga masih terlalu banyak kurang dan lemahnya. Sungguh. 

Kini.
Saya tahu hikmah Allah berikan saya adik-adik daripada kos AED sewaktu mengendalikan SC dahulu. Kerana kini, saya sendiri tercampak masuk dalam kalangan mereka. AED students. Kawan sebilik saya kini semuanya adalah pelajar AED.  Dan di bilik bersebelahan juga semuanya adalah pelajar AED. Dan juga bilik di depan dan di atas malah di bawah. AED di mana-mana. Huoh. Memang majoriti penghuni Mahallah Aminah adalah pelajar AED. Malah sewaktu Taaruf Week juga, saya bersama dengan kawan-kawan daripada kos AED. Memang dah terasa diri ni pun AED. :)

Semalam.
Mahallah briefing di MPH. Duduk bersama seorang adik SC dahulu. Comel sangat orangnya. Bertudung labuh dan berjubah. Dengan wajah tak lekang dengan senyuman. Masha Allah. Comel sekali orangnya. Kami bersembang. Saya berkongsi beberapa kata-kata yang sering diucapkan oleh Murobbina, Al Fadhil Ustaz Muhadir Bin Haji Joll. Adik saya itu juga merupakan ahli talaqqi MTAN. Dan kemudian beliau berkongsi kisah yang diceritakan oleh Hujjatul Islam, Imam Ghazali Rahimahullah tentang perumpamaan nikmat dunia. Kisah yang sangat menarik. 

Dan kemudian, beliau mula bercerita lagi. Tentang dirinya. Katanya jujur, dulu dialah yang paling membenci sesi SC. Pelajar AED one year program yang sudah cukup sibuk terpaksa menghadiri sesi usrah bersama dan menghafal few doa dan verses from The Quran. Untuk beberapa sesi pertama memang itu yang dirasakannya. Tapi kemudian, katanya setiap kali saya mengendalikan sesi SC, kata-kata saya seakan tepat menusuk di hatinya. Dan beliau mula berfikir. Dan bermuhasabah diri. Daripada seorang yang brutal, kini comel bertudung labuh. Sangat menyejukkan hati apabila dipandang. Boleh jatuh hati taw. Hehe. 

Waktu tu, saya speechless. Susah nak percaya.

"Saya rasa saya start berubah lepas join Study Circle dengan akak."

Alhamdulillah by all meaning of the word. Syukur. 

Kemudian, saya rasa terpukul. Siapa saya untuk menentukan. Sedangkan hati itu Allah yang pegang. Yang penting saya terus berusaha, bukan. 

Adik comel itu terkejut apabila saya katakan saya berhenti daripada menjadi fasi SC. Dipujuknya agar saya masih tetap menjadi Naqibah. Malah, beliau menawarkan dirinya. "Akak jadilah Naqibah saya lagi kat sini." Allah. "Kalau ada usrah, akak ajak saya taw." Melihat adik itu, saya malu sendiri. Semoga istiqamah adikku. 

Sebelum tidur, saya menerima SMS daripada beliau, meminta maaf takut terguris hati saya dengan pengakuan jujur akan perasaan tidak baik beliau pada SC dulu. Allah. La musykillah, ukhti habibaty. 


"Actually, you made all that effort not for the members to attend your programme, you made all the effort, as an act to worship Allah, so its already a success."
-Nouman Ali Khan.

Hati tu Allah yang pegang. Hanya Dia. Wallahu'alam.:)


p/s: my roomates are super awesome!:D And I am their one and only, Kak Dila. Hehe.

One response to “post-SC.

  1. Anonymous

    MashaAllah, semoga awak sentiasa diberkati Allah s.w.t. Istiqamah dalam perjuangan dakwah sama erti awak sedang menunjukkan rasa cinta awak pada Allah dan Rasul. Itulah cinta yang abadi. Semoga Allah redha. ^^

Leave a Reply

Powered by Blogger.
Super Kawaii Cute Cat Kaoani