Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Masih saya ingat, sewaktu di Pondok Baitul Qurro Wal Fuqaha, kata Ustaz Zulkifli Bin Ismail, sesiapa yang balik sahaja daripada daurah tersebut, yang tiada peningkatan iman dalam dirinya, maka periksalah semula hati kerana ada sesuatu yang tidak kena dengan dengan hati tersebut.
Mendengarkan itu, jujur saya jadi takut untuk balik. Saya takut saya akan menjadi seperti yang Ustaz maksudkan. Sungguh, saya takut. Mampukah saya untuk terus istiqamah? Mampukah saya untuk terus bermujahadah? Tika itu, saya tidak punya jawapan untuk persoalan tersebut. Jawapan yang hanya akan saya peroleh setelah pulang dari daurah.
Dan kini, sudah dua minggu saya di CFS tercinta. Dua minggu juga daurah sudah melabuhkan tirainya. Dan dalam dua minggu ini, sudah bermacam kurnia yang Allah SWT hadiahkan buat saya. Kurnia yang sangat istimewa dan tidak terjangkau dek fikiran saya sebelumnya. Sungguh, Alhamdulillah syukur syukur syukur.
Alhamdulillah
'ala ni'matil Imaanni wal Islam
wa huma min a'dzamin ni'am
wa kafa bihima min ni'mah.
Teringat Ustaz Zulkifli. Pujian ini selalu dibacakan Ustaz seusai Kuliah Dhuha bersama masyarakat Melaka di PBQWF. Semasa hari terakhir di PBQWF, sempat melihat seorang anak kecil dengan begitu bersemangat mengikut Ustaz membacakan pujian tersebut. Sangat comel. Rindu~
Sallallahu rabbuna
'ala nuril mubin
Ahmadal Mustafa
Sayyidil Mursalin.
Sungguh, saya rindu. Nak daurah lagi~ Nak ajak semua kawan-kawan, sahabat-sahabat. Adiey, Fai, Farha, Eqin, Ayuni, semualah. Insha Allah. Insha Allah. Insha Allah.
Hari Jumaat minggu lepas, Alhamdulillah saya diberikan kesempatan bersua muka dengan Syeikhuna Nuruddin Marbu Al Banjari Al Makki di studio Cinta Ilmu di TV Al Hijrah. Dan Alhamdulillah, nikmat itu masih lagi berterusan, syukur Alhamdulillah kerana minggu ini saya berkesempatan pula bertemu dengan muridnya Syeikh Nuruddin iaitu Ustazuna yang sangat dikasihi dan dihormati, Ustaz Muhadir Bin Haji Joll di biliknya di CFS ini.
Tengah hari Jumaat itu, talaqqi Majlis Ta'alim An Nur berlangsung. Alhamdulillah, kelas saya tamat awal, jadi saya sempat hadir awal ke majlis tersebut dan mengambil tempat di hadapan. Gembira rasanya apabila berkesempatan berjumpa dengan kakak-kakak daripada Kuantan dan Gombak yang turut sama hadir. Turut ada Kak Diana dan Kak Sufiah yang saya kenali sewaktu daurah di Melaka. Teruja rasa dapat kembali bersua setelah masing-masing terpisah selepas berakhirnya daurah.
Petang itu, Kak Diana mengajak saya menziarahi Ustaz Muhadir di bilik Ustaz di IRKHS Building bersama kakak-kakak Kuantan yang lainnya. Pada mulanya saya berasa sangat teruja dan terus sahaja bersetuju. Tetapi kemudian saya berasa segan dan berubah fikiran. Kakak-kakak Kuantan dan Gombak yang lain pastinya mempunyai sebab musabab yang kukuh untuk bertemu Ustaz Muhadir, manakala tika itu hanya saya satu-satunya pelajar CFS. Saya malu.
Namun tetap, kaki ini melangkah jua menuju ke bilik Ustaz bersama Kak Diana. Sampai sahaja di bilik Ustaz, kakak-kakak Kuantan yang lainnya sudah pun berada di dalam. Teragak-agak Kak Diana dan saya untuk mengetuk pintu biliknya Ustaz. Bahkan saya merancang untuk menunggu di luar sementara kakak-kakak yang lain duduk di dalam. Namun sebaik sahaja pintu dibuka oleh Kak Nabilah, Kak Diana melangkah masuk dan saya terus mengekori langkahnya Kak Diana tanpa banyak berfikir.
Masha Allah Tabarakallah. Sungguh saya tidak menyangka bakal diberi kesempatan untuk bersua dengan Ustaz Muhadir. Bahkan saya lebih-lebih lagi tidak menyangka Ustaz masih mengenali dan mengingati nama saya. Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam bilik Ustaz. terus saja Ustaz bertanya "Kaifahaluki ya Adilah?" Allah. Bahagia rasanya. "Alhamdulillah, bilkhair ya Ustaz." Hati saya tersenyum riang.
Hampir dua jam lebih kami bersama Ustaz. Kakak-kakak dari Kuantan dan Gombak masing-masing bertanyakan pelbagai soalan kepada Ustaz. Berbeza rasanya mendengar bicara hikmah Ustaz dalam majlis talaqqi berbanding dengan mendengar sendiri secara langsung di bilik Ustaz. Rasa gembira. Bahagia. Syukur. Alhamdulillah syukur. Ustaz Muhadir merupakan seorang guru yang sangat-sangat in capital SANGAT-SANGAT meraikan tetamu dan anak murid beliau. Subhanallah. Semoga Allah SWT menambahkan keberkatan, kefahaman ilmu dan hikmah kepada Ustaz Muhadir agar beliau dapat terus mengajar dan mentarbiyah hati semua anak murid beliau.
Malam itu pula, saya dipertanggungjawabkan untuk menguruskan bas ke Darul Murtadza. Pada mulanya saya dan Amira akan sama-sama menguruskan perjalanan pelajar dari CFS, tetapi takdir Allah SWT, Amira harus pulang ke Melaka atas permintaan kedua ibu bapanya. Saya yang sememangnya sudah sedia berdebar dari malam sebelumnya bertambah resah dan gelisah. Hanya sahaja majlis talaqqi dan pertemuan bersama Ustaz Muhadir berjaya meningkatkan semula keyakinan dan semangat saya. Syukur. Besar hikmahnya, Insha Allah.
Satu kilometer sebelum sampai ke Masjid Muadz Bin Jabal, trafik mula sesak. Deretan kereta diparkir di tepi jalan. Sangat banyak. Kami behenti di tepi jalan dan berjalan menuju ke masjid. Tiba di masjid, orang sangat ramai. Semuanya malah sedang berdiri, sedang Mahalul Qiyam. Malah, sehingga melimpah ke tangga-tangga masjid. Dalam hati, saya berasa agak sedih kerana tidak dapat menatap wajah Habib Ali Zainal Abidin Al Hamid kerana langkah kami terhenti di depan pintu pagarnya masjid yang sudah dipenuhi dengan muslimat yang sekian ramainya.
Namun, sekali lagi, nikmat kurniaan Allah SWT yang mengilhamkan Magnet dan saya untuk terus bergerak mengikut kata hati. Magnet, Kak Diana, Ayuni dan saya. Muslimat CFS yang lainnya sudah jauh terpisah daripada kami. Tiba sahaja di ruangan atas bahagian muslimat, ada seorang Mak Cik yang barangkali jawatankuasa majlis, wallahu'alam mengatakan masih ada ruangan kosong dihadapan dan tanpa berlengah, saya menggenggam tangan Magnet dan terus bergerak menuju ke hadapan melalui celah-celah sekian ramai muslimat di ruangan tersebut.
Buat beberapa ketika, saya jadi teringat akan subjek Biology, three available routes for lateral transport. Transmembrane Route, Symplastic Route and Apoplastic Route. Sempat minda ini berkira-kira barangkali langkah yang kami ambil ini adalah analogi kepada Symplastic Route yakni melalui ruang-ruang yang dibuka oleh muslimat yang lainnya kepada kami. Sempat refresh balik Biology waktu sedang bersesakkan. Barangkali kesan daripada animasi yang ditunjukkan oleh Sir sewaktu di dalam kelas yang agak serupa dengan situasi kami. Tinggal lagi leteral transport itu berlaku dalam pokok manakala kami di dalam masjid tersebut.
Apabila difikirkan balik, Alhamdulillah, Allah SWT takdirkan kami tiba sewaktu Mahalul Qiyam, seakan dipermudahkan langkah kaki kami menuju ke hadapan sehingga dapat kami melihat pintu masuk ke ruangan solat muslimat dan juga tayangan siaran langsung daripada dalam masjid. Syukur. Syukur. Syukur. Sungguh saya tidak menyangka kami mampu sampai sejauh ini tatkala tadi kelihatannya seperti mustahil sekali untuk kami bergerak ke hadapan kerana ramainya muslimat di pintu pagar masjid. Dapat juga kami menatap wajahnya Habib bersama para ulama yang lainnya meskipun sekadar di atas layar putih yang disediakan. Sungguh, nikmat ini sudah cukup besar buat kami. Alhamdulillah. Masha Allahu kana, wama lam yasha lam yakun, wa la haula wa la quwwata illa billahil 'aliyul 'adzim. Subhanallah.
Pulang sahaja daripada Maulid Akbar, Kak Diana dan saya menghabiskan masa berkongsi cerita dan rasa di bilik saya. Kak Diana memaklumkan kepada saya, sewaktu kami berempat berusaha melalui ruang-ruang kecil antara muslimat sewaktu Mahalul Qiyam tersebut, Qasidah Tola'al Badru dibacakan. Daripada jauh di belakang, kami mampu bergerak sehingga ke hadapan ruangan yang disediakan untuk muslimat dengan mudah sekali kerana muslimat yang ada membuka laluan untuk kami. Kak Diana berasa sangat teruja dan terharu. Seakan kedatangan kami disambut gitu. (Perasan sebentar.:P) Mendengarkan bicara Kak Diana itu, saya jadi agak terkejut kerana mungkin terlalu khusyuk teringat lateral transport sampai tak perasan Qasidah yang dibacakan pada waktu itu.:P
Berulang kali Kak Diana mengingatkan bahawa qasidah Tola'al Badru itulah yang dinyanyikan dengan penuh kegembiraan oleh penduduk Madinah sewaktu menyambut kedatangan Nabi Muhammad SAW berhijrah dari Makkah ke kota bercahaya tersebut. Rasa malu dan kerdilnya diri mendapat peluang dan ruang untuk mengalami dan merasai situasi tersebut walau hakikatnya mungkin saja kebetulan qasidah itu dinyanyikan sewaktu itu. Tapi, Ustaz pernah cakap, tak ada kebetulan dalam Islam, semuanya takdir daripada Allah SWT. Krik krik.
Hari Jumaat yang penuh barakah. Bertalaqqi dengan Ustaz Muhadir. Menziarahi Ustaz di biliknya. Maulid Akbar di Setiawangsa. Masha Allah. Syukur Alhamdulillah. Semoga Allah redha.
Berulang kali Kak Diana mengingatkan bahawa qasidah Tola'al Badru itulah yang dinyanyikan dengan penuh kegembiraan oleh penduduk Madinah sewaktu menyambut kedatangan Nabi Muhammad SAW berhijrah dari Makkah ke kota bercahaya tersebut. Rasa malu dan kerdilnya diri mendapat peluang dan ruang untuk mengalami dan merasai situasi tersebut walau hakikatnya mungkin saja kebetulan qasidah itu dinyanyikan sewaktu itu. Tapi, Ustaz pernah cakap, tak ada kebetulan dalam Islam, semuanya takdir daripada Allah SWT. Krik krik.
Hari Jumaat yang penuh barakah. Bertalaqqi dengan Ustaz Muhadir. Menziarahi Ustaz di biliknya. Maulid Akbar di Setiawangsa. Masha Allah. Syukur Alhamdulillah. Semoga Allah redha.
![]() |
| Bahagia dapat menatap wajahnya Habib Ali Zainal Abidin Al Hamid.:) |

