Dia Maha Mendengar.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

9 Februari 2013.



Menaiki LRT ke Masjid Jamek. Bersama tiga sahabat yang lainnya. Sambungan ukhuwah in progress barangkali. Senyum. :)

Sebelumnya, semasa di dalam bas, terlihat papan tanda Pantai Hillpark, langsung saja teringat Madrasah Tazkiyah. Ya Allah, hamba ini rindu. Sudah terlalu lama. Ingin sekali ke sana, lagi. 

Destinasi dituju : dua. Masjid Jamek dan Lorong Haji Taib. 


Tiba di Masjid Jamek. Mula menjalankan survey. Berjalan di deretan gerai-gerai yang sekian banyaknya. Temptation yang agak kuat. Irresistible. Sahabat terus sahaja mengingatkan, awlawiyat perjalanan. 

Rasa bahagia. Meneruskan ukhuwah in progress bersama tiga daripada K12. Pertalian atas keimanan. Indah.

Selesai survey tempat, mula berdiskusi. Kewajaran meneruskan perjalanan ke destinasi kedua. Lorong gelap kata mereka. Bahaya. Berisiko. Bahkan kakak senior turut menasihatkan supaya tidak ke sana. Kami semua sisters. 

Alternatif, minta pertolongan seorang brother sebagai peneman. Sekurang-kurangnya seorang brother, pesan senior. Afwan menyusahkan. Namun Alhamdulillah, dia malah senang dapat membantu. Seringkali diri ini menyusahkan dirinya. Asif jiddan. Tak pernah merungut, bahkan terus menerus memberi. Syukran kathiran. 

Menunggu hampir sejam setengah. Menyelesaikan urusan tempahan makanan sambil menunggu. Khalas. Dipermudahkan urusan. Alhamdulillah.

Menunggu dia dan sahabatnya bersama yang lain di stesen LRT. Sudah dimaklumkan dia membawa sahabat, tetapi tidak dimaklumkan siapa. Kaget apabila tahu. Menyorok sakan di belakangnya Aminah. Segan lagi malu. Sahabat mula berbincang jalan yang harus diambil untuk menuju ke destinasi. Diri ini malah membatu. Lidah juga kelu.  

Dari Masjid Jamek ke KL Sentral. Berjalan pula ke stesen monorail. Orangnya ramai jiddan! Syukran pada sahabatnya dia kerana memudahkan urusan kami. Tiba di Chow Kit, berjalan lagi menuju ke Lorong Haji Taib. Mereka di hadapan, kami mengekor jauh di belakang. 

Pertama kali berkunjung ke Lorong Haji Taib. Yang dikhabarkan lorong gelap oleh mereka. Ya, barangkali benar. Namun harus juga salah. 

Akhirnya tiba di hadapan Rumah Sinar Salam. Berkunci. Kami tahu itu. Tetapi mereka berdua tidak. Kaget sekali mereka mengetahui perjalanan jauh ini sekadar melihat pintu besi yang berkunci. Asif sekali lagi. Kami hanya ingin survey tempat dan jalan supaya memudahkan urusan hari kejadian. Program sukarela mendekati dan memberi makan orang gelandangan yang berpusat di rumah tersebut.

Setelah puas menatap pintu besi yang berkunci, langsung ke pasaraya terdekat menunaikan solat. Tiba di surau, kaget. Kecik jiddan. Hanya muat dua orang. Gelap. Menakutkan juga. Krik krik. 

Selesai Ainaa dan Syarihin solat. Saya dan dua orang wanita masuk. Salah seorangnya dari Indonesia, barangkali peniaga di situ juga. Dalam lingkungan usia lewat 30-an mungkin. Ramah sekali. Yang seorang lagi wanita tempatan yang barangkali sebaya saya. 

Mengajak berjemaah. Wanita Indonesia itu menawarkan diri menjadi imam. Entah mengapa, mendengar sahaja puan itu menangkat takbir, dada jadi lapang. Terlupa akan surau yang agak kecil itu. Hati malah tenang. Meng'amin'kan doa. Sekali lagi, rasa bahagia. Bersalaman bersama keduanya. 

Selesai solat. Berkumpul kembali bersama mereka. Bergerak pulang. Tiba di CFS. Singgah di kafe UKC. Lapar jiddan. 

Nah, disapa dua orang sisters. Dari sebuah kolej Islam swasta yang dirahsiakan namanya. Agak lama berbual. Mereka menyatakan tujuan kehadiran di CFS. Jujur, rasa kurang senang. Mereka punya maksud tersirat. Dirahsiakan. Lagi menambah curiga kami berempat. Setelah agak lama, kami meminta diri. Perut sudah berkeroncong. Mereka juga sudah mahu pulang. 

Tiba di bilik Aina day Syarihin, makan bersama mereka. Indahnya ukhuwah.  Dapat limau mandarin percuma! Senyum. :)

10 Februari 2013.

Menerima mesej dari kakak senior. Program Qasidah Burdah khusus buat muslimat di Pantai Dalam. Ya Allah, sungguh Dia Maha Mendengar. Walaupun hati agak ragu apakah tempat yang sama, namun tetap saja gembira. 

Bergerak keluar selepas Zohor. Menanti kakak-kakak Gombak. Sambil menunggu, membaca novel Negeri 5 Menara. Sungguh, hebat jiddan! Pondok Madani memang hebat dan melahirkan insan-insan hebat. Man jadda wajada. Man shabara zhafira.

Selepas hampir setengah jam menunggu, berkumpul semuanya. Semasa menunggu, terlihat kelibat seorang wanita berpurdah, berjalan bersama sahabatnya. Wanita tersebut persis sekali sahabat sayang, Amirah Hazwani. Dengan jubah merah jambu gelap yang dipakainya itu, sungguh saya jadi terdiam memerhatikan setiap langkahnya dia sehinggalah dia hilang dari pandangan. Seakan terubat rindu buat sahabat yang jauh itu.

Majlis bermula pada jam tiga petang. Jam di tangan hampir 3.30 petang. Menaiki teksi. Kakak senior memberikan alamat rumah. Sebaik tiba, nah, memang rumah yang sama. Hati terasa berbunga-bunga. Spontan senyum ditarik. Gembira. Bahagia. Ya Allah, sungguh Kau Maha Mendengar. Cepat sekali permintaan dikabulkan. Maka, nikmat Allah yang mana satu yang mahu kau dustakan? Sungguh, tiada.Tiada dan bahkan tiada. Syukur, syukur ya Allah. 

Melangkah masuk ke ruangan penuh nostalgia. Di sinilah pertama kali hati ini dilembutkan untuk menghadiri talaqqi luar. Dan percubaan pertama itu malah diganjari dengan pertemuan dengan Al Habib Zainal Abidin Al Hamid yang mulia. Mendengar bicaranya Al Habib. Butir-butir ilmu yang cukup mengenyangkan diri. Dan mulai saat itu, langkah kaki ini bermula. Dengan izin-Nya jua. 

Di situ jualah perkenalan dengan sahabat sayang, Amirah Hazwani mula mekar dan mengharum setelah lama sekali dalam kuntumannya tanpa terusik. Teringat saat-saat mencuri-curi pandang wajahnya Habib dari celah langsir bersama Amirah. Betapa gembira dan terujanya kami di saat dapat menatap wajah bersih dan suci Habib. Wahai sahabat di Bumi Kaherah sana, sungguh diri ini merindukan dirimu. Semoga diri ini masih lagi dalam ingatanmu dan doamu juga.

Berada di dalam rumah tersebut jelas membahagiakan. Membaca Qasidah Burdah beramai-ramai. Muslimat sahaja semuanya. Dengan keletah anak-anak kecil yang sangat comel. Ya, tentu saja membahagiakan. 

Sebelum tamat, Qasidah Muhammadun dinyanyikan bersama. Langsung teringat PBQWF. Ustaz Shauqi sangat gemar mengakhiri pengajian Feqah dengan qasidah ini. Rindu PBQWF.:)

Seusai majlis, menikmati makanan dan seterusnya beransur pulang. 

Terima kasih ya Allah. 

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tantang Aku, maka sesungguhnya Aku adalah dekat. Aku memperkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa apabila dia berdoa kepadaKu." -Al Baqarah; 186


Senyum.:)

p/s: Hari ini hari lahirnya sahabat sayang, Amira Azhar. Perkenalan yang baru berusia tidak kurang dua bulan ini terasa kemanisannya. Terima kasih kerana sudi bersahabat dengan diri ini. Terima kasih juga kerana sudi menemani perjalanan saya. Semoga Allah memberkati dan merahmati beliau dan keluarganya juga. Sayang kamu fillah.:)

Leave a Reply

Powered by Blogger.
Super Kawaii Cute Cat Kaoani