Kembali.

Bismillahirrahmanirrahim. 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Berjaya menghabiskan dua minggu yang sangat  sangat sangat bermakna di bumi Melaka. Pengalaman dan kenangan yang tidak mungkin akan dilupakan untuk seumur hidup ini, Insha Allah.^^ 

Menimba dan menadah ilmu daripada ulama besar di Melaka. Berdampingan dengan para ulama dan mengambil keberkatan daripada majlis ilmu bersama mereka. Mempertaut ukhuwah dan seterusnya merasai kemanisan iman bersama sahabat-sahabat fillah di pondok. 

Subhanallah. Subhanallah. Subhanallah. Tiada kata yang terbaik untuk menterjemahkan rasa di hati ini. Sungguh. Tiada kata yang terbaik untuk diungkapkan. Hanya Allah sahaja yang tahu. Syukur Alhamdulillah. Nak pergi lagi kalau boleh. Insha Allah. Daurah Osbourne tetap di hati.^^

Tamat sahaja pengajian, terus bergerak ke CFS tercinta. Mendaftar untuk semester baharu. Semester terakhir, Insha Allah. 

Masuk sahaja ke kelas. Kaget. Pertama kali menjadi golongan minoriti di dalam kelas. Nisbah bilangan sisters dan brothers, 1:3. Kelas Biologi hanya ada tiga orang sisters termasuk saya. Yang lain semuanya brothers. Masuk kelas Kimia, bertambah kejutan. Brothers 22 orang manakala sisters hanya 7 orang. Pada mulanya hanya enam orang sisters, tapi kemudian ada penambahan seorang sister, Siraj. Pelajar CFS yang sudah pun berkahwin dan kini sudah pun bergelar seorang ibu.^^ Khadijah pun ada jugak dalam kelas tu.

Kalau dianalogikan suasana dan keadaan dalam kelas tersebut sebagai sebuah kek coklat yang sedap. Bilangan sisters hanyalah satu potongan daripada tiga potongan kek coklat yang sedap tu. Senyap je duduk belakang brothers. Selalu kelas Engineering saja yang sisters sebagai minoriti, kali ini kelas Sains pun ada juga. Tapi, kelas sahabat sayang saya, Ayuni, semua pelajar adalah sisters. Cemburu. Dan rindu Ayuni. 

Sejak dari sekolah, pelajar perempuan lebih mendominasi dalam setiap kelas yang saya duduki. Nah, di semester akhir ini, Allah uji dengan kelas yang istimewa seperti ini. Istimewa? Tiada sesuatu yang Allah cipta itu sia-sia. Pasti ada hikmahnya bukan.^^ 

Semasa daurah di Melaka, kami dikejutkan dengan munculnya kalimah Allah di dada langit betul-betul di atas ruangan santai muslimat. Subhanallah. Beruntung siapa yang diizinkan Allah untuk menatap keajaiban dan kebesaran-Nya itu. 

Bahkan, Ustaz juga sangat gembira sehingga beliau menyebut-nyebut tentang kejadian tersebut semasa kuliah Dhuha bersama orang awam. Menurut Ustaz, masuk kali ini, sudah lebih 17 kali kalimah Allah tampak di dada langit betul-betul di atas kawasan pondok. Subhanallah. Selesai menenangkan diri, kami para muslimat duduk dalam satu halaqah dan berqasidah beramai-ramai. Kemudian, menyanyikan Qasidah Busyralana bagi meraikan berita gembira yang kami terima. Bahagia.^^

Kata Ustaz, itu adalah tanda Allah redha akan daurah kami ini. Syukur Alhamdulillah. Cuma, saya tidak tergolong dalam golongan yang Allah izinkan untuk melihat kalimah tersebut kerana pada waktu itu saya berada di tempat lain. Terasa diri berdosa. Barangkali mata ini dihijabkan Allah kerana banyaknya dosa dek kerana sepasang mata ini. Peristiwa itu saya ambil sebagai pengajaran supaya lebih teliti dan berhati-hati dalam menjaga pandangan.  

Dan barangkali, kehadiran brothers yang sekian ramai dalam kelas sepanjang semester ini adalah untuk menguji saya. Peringatan supaya sentiasa menjaga pandangan. Insha Allah, ujian yang Allah beri itu memang boleh kita lalui, boleh lulus. Kerana tidak Dia menguji seseorang melebihi kesanggupannya. Jadi, positif! Insha Allah, lulus mumtaz ujian ini.

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka..." 
-Sebahagian maksud ayat 31, Surah an-Nur .

Leave a Reply

Powered by Blogger.
Super Kawaii Cute Cat Kaoani