Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
|Free tak esok? Teman pergi Masjid Jamek jom!|
Faris meneliti lagi sekali mesej Auni yang diterimanya semalam. Putus fius ke apa budak nih. Tetiba ajak aku pergi Masjid Jamek. Dah nak masuk dua tahun dia belajar kat sana tuh, tak pernah-pernah ajak aku keluar.
Jam di tangan diteliti. Tepat 2.15 petang. Telefon di tangan dimasukkan ke dalam poket seluar lantas dia bangun, mencapai helmet hitam di atas rak. Selepas mengenakan sneakers hitam putih miliknya, Faris langsung menghidupkan enjin motor lalu bergerak keluar dari rumah sewanya menuju ke asrama Auni.
"Lambat lima minit! Kata pukul 2.45 sampai..ni dah 2.50 tahu.." Auni bercekak pinggang di hadapan pintu pagar utama universitinya.
Sengaja dia berkelakuan seperti itu. Ingin memecahkan tembok besar A Famosa antara dia dan abangnya itu. Tembok A Famosa? Barangkali Tembok Besar China lebih tepat lagi. Mereka mungkin saja adik beradik. Berkongsi bin dan binti yang sama. Namun, mereka tidaklah rapat seperti adik-beradik yang lain. Bukan juga jenis yang nak berkongsi rasa, suka, duka, masalah semua. Jauh sekali nak bermanja, merengek dengan abang sorang nih.
Sejak dari sekolah menengah, sejak berpindah dari Kuala Lumpur ke utara tanah air, hubungan mereka semakin renggang. Bukan sahaja dengan Faris, bahkan dengan Fattah dan Fathul juga. Entah di mana silapnya. Mereka lebih senang dengan kehidupan masing-masing. Aku hal aku. Kau hal kau. Bukannya dia tidak ingin mereka rapat semula, tapi entah, dia sendiri tidak tahu dari mana dia harus bermula.
Dan semalam, entah dari mana datangnya idea luar alam, tiba-tiba ringan tangannya menghantar mesej mengajak Faris outing ke Masjid Jamek. Mungkin dia boleh bermula dari sini. Ya, mungkin saja. Semoga dipermudahkan.
Faris mencebik. Ek eleh. Budak nih. Lima minit pun nak bising. Ini pun kira untung aku sampai jugak kat sini. Ingat dekat ke. "Dah, jom! Tak payah bising." Faris menghulurkan helmet kepada Auni.
***
Faris merenung adiknya yang sedang asyik memilih jubah. Sejak masuk universiti tu, dresscode adik perempuan dia yang sorang ni lama-kelamaan berubah. Dari tudung bidang 45 yang dipakainya dulu, kini beralih ke tudung labuh bidang 60. Lengkap dengan stokin kaki, stokin tangan segala bagai.
Agaknya kat sana adik aku ni kawan dengan budak-budak stok ustazah-alim-alimah kot. Tu yang berubah sampai macam ni. Tapi, kalau fikir balik, baguslah. Perubahan yang positif apa. Aku sepatutnya gembira dan bersyukur.
Aku, bila lagi?
"Eyy, mimpi di siang hari?" Auni menegur Faris yang kelihatannya sudah terbang jauh balik ke Utara tanah air. "Teringat marka lesung pipit dua-dua belah ke?" Hahha. Best jugak menyakat abang aku sorang nih. Sedaya upaya dia cuba memecahkan kekekokkan suasana dengan abangnya itu. Takut-takut nanti yang kedengaran hanyalah krek krek bunyi cengkerik antara mereka.
"Banyaklah kau punya marka lesung pipit dua belah. Siapa cerita kat kau?"
"Huh, ingat aku tak tahu. Ada orang tu suruh Mak cari perempuan lesung pipit dua-dua belah nak buat calon isteri. Haha. Kenapa? Tak cukup lagi ada adik comel dengan lesung pipit dua-dua belah nih?" Auni tersenyum menampakkan lesung pipit di kedua-dua belah pipinya.
"Masuk almari tutup sendiri la. Perasan." Pelik. Entah kena sampuk dengan hantu mana adik aku nih tiba-tiba buat mode mesra alam-gurau-senda-bercanda macam ni. Tak pernah-pernah. "Kau dah beli ke jubah kau tu? Aku lapar ni. Jom makan."
***
"Kenapa kau ajak aku keluar ni? Tak pernah-pernah. Kau mimpi apa semalam?" Selamba Faris melontarkan soalan. Nasi campur berlaukkan gulai ikan di hadapannya disuap masuk ke dalam mulut. Aduh. Rindunya gulai ikan masakan Mak. Pandangannya beralih memandang ke sekitar medan selera tersebut. Ramai betul orang hari ni.
"Kenapa? Tak boleh ke nak keluar dengan abang sendiri?" Mendatar saja Auni membalas. Mee Bandung yang dipesannya masih belum kunjung tiba. Perut dah mula berkeroncong menyanyikan lagu One Direction, What Makes You Beautiful. Lapar. Lapar. Padan muka, siapa suruh tak ikut cakap Nadia suruh makan dulu sebelum pergi tadi. Huhu. Horlick ais di hadapannya dikacau lalu dihirup.
"Aku tanya je." Perlahan Faris menuturkan.
"Kenapa eh?" Auni memandang Faris.
Faris berkerut dahi. "Kenapa apa?" Pandangannya beralih kepada Auni.
"Kenapa kita tak macam adik beradik yang lain? Aku tengok kengkawan aku semua rapat dengan adik abang kakak diorang. Jelous ada gak."
Faris terdiam. Mencari-cari jawapan yang terbaik mungkin. Seorang abang waiter datang dengan dulang berisi Mee Bandung. Suasana sunyi seketika di meja mereka.
"Terima kasih." Auni berbasa-basi dengan abang waiter tersebut. Abang tersebut melangkah pergi. Antara mereka masih lagi sepi.
"Aku tak tahu." Nasi dalam pinggan Faris sudah mula licin. Nampak sangat lapar. Heh. Tiba-tiba Faris bangkit dari kerusinya. "Aku pergi toilet jap. Kau tunggu sini." Pandangan Auni mengikuti langkah abangnya keluar dari medan selera tersebut sehingga bayangnya hilang dalam keramaian.
Toilet? Ada ke tandas kat sini? Apa-apa je lah. Aku lapar. Auni menghirup kuah Mee Bandung tersebut. Aduh, nikmatnya. Alhamdulillah ya Allah. Lama tak makan Mee Bandung.
Selepas dua tiga suap. Auni menyedari ada seorang lelaki datang menghampiri mejanya. Jangan dekat. Jangan dekat. Pergi duduk tempat lain. Huhu. Dan akhirnya lelaki tersebut duduk di hadapan Auni, membaca basmalah dengan volume yang agak kuat dan terus melahap sambil buat muka tak ada perasaan. Erk. Mana Faris? Mana Faris? Ngaa. Siapa Inche nih? Slumberland jeh.
Spontan, Auni bingkas bangkit dari kerusi. Selamat tinggal Mee Bandung. Dia kemudiannya mengeluarkan wang dari purse, membayar sejumlah wang pada Mak Cik kedai lalu melangkah keluar meninggalkan Inche Slumberland tersebut.
Okay. Mana nak cari Faris? Ngaa. Jam di tangan menunjukkan pukul 5 petang. Asar. Masjid. Tapi Faris? Toilet jajahan mana dia pergi ni? Huhu.
|Aku pergi solat kat Masjid depan LRT tu taw. Ada pacik datang kacau makan tadi. Tak boleh nak tunggu. Huhu.|
***
Faris membaca mesej yang diterimanya daripada Auni. Rokok di tangan dihisap dalam sebelum dihembuskannya keluar. Lega sikit rasanya. Entah kenapa, soalan Auni tadi membuatkan dia terdiam, terbisu seketika.
Dia membetulkan letak sandarannya di kaki lima kedai tersebut sambil memerhatikan keadaan sekeliling. Masjid depan LRT?
Rokok di tangan lantas dibuang dan kakinya spontan bergerak menuju ke tempat yang dimaklumkan Auni itu tadi.
Aku, mahu solat.
***
Di akhir solat, Auni menitipkan doa buat Faris. Semoga hubungan mereka kembali pulih. Semoga dipermudahkan urusan kehidupannya. Semoga hatinya terbuka menerima hidayah dari-Nya. Semoga dia lebih komited dengan agama yang satu ini. Bukan sahaja untuk Faris, bahkan buat Fattah dan Fathul juga. Dia mengakhiri doa dengan Doa Rabitah sambil manik-manik jernih mengalir di pipinya. Sungguh ya Allah, aku rindukan mereka.
Kakinya perlahan melangkah menuju ke pintu pagar masjid. Dia suka masjid ini. Dia senang di sini. Teringat sewaktu dia dan rakan-rakannya singgah solat di masjid ini sewaktu outing memberi barang-barang untuk program mereka. Program pertama yang dia sertai di tempat pengajiannya. Dia tersenyum sendirian.
"Hah! Teringat marka mana pulak senyum sorang-sorang?" Auni terkejut disapa Faris. Habis hilang lamunannya. Ish. Kacau betul orang nak pergi a trip down memory lane.
"Marka lah sangat. Pergi mana tadi?" Mata Auni mencerun memandang Faris. Dia terbau sesuatu. Sesuatu yang dia sangat allergic.
"Don't tell me you went smoking Inche?"
"So what if I did?"
"Hisaplah cancer stick tu." Auni muncung sedepa. Malas rasanya nak sentuh bab tu. "Dah, jom. Nak cari something." Auni mula mengatur langkah menuju ke bazar-bazar di tepi stesen LRT di seberang jalan.
"Cari apa?" Faris mengekor di belakang.
"Adalah."
***
"Nak ni." Jari Auni menunjuk kepada cincin berwarna gold di dalam kotak hitam kecil di hadapannya. Pemilik kedai tersebut sekadar memerhati gelagat mereka berdua.
"Beli dik, satu sepuluh ringgit saja."
"Nak ni." Auni mengulang sambil memandang Faris. Buat muka sekupang lima duit. Please. Please. Faris buat muka toya.
"Nak ni!" Auni mengulang lagi sekali. Kalau tak faham jugak, tak tahulah.
Pelik betul budak ni hari ni. Tak pernah-pernah minta aku belikan apa-apa untuk dia. Ni nak cincin. Memang sah kena sampuk. "Yelah. Yelah." Dia mengalah. Adik sendiri jugak. Bukan orang lain.
"Yeah! Dah pergi bayar sana. Hoho." Cepat sahaja Auni menyarungkan cincin tersebut ke jari manisnya. Dia tersenyum. Perfect.
Memang sejak dari kecil, dia tidak berminat dengan geli-girly stuff macam nih. Tapi, hari ini, sengaja dia nak mengetuk abangnya yang sorang ini. Dia nak ada sesuatu hasil pemberian abangnya. Do I sound that pathetic? Hahha. Apa-apa jelah. Janji dapat. Hee.
"Trimas bro. Hee." Auni sengih kerang busuk pada Faris. Faris mencebik. Kau dah ketuk aku sepuluh ringgit, boleh nak sengih lagi. "Nak pergi mana lagi?" Faris bertanya.
"Em, ada satu tempat tuh. Jom!" Auni menarik tangan Faris. Mencelah di tengah-tengah keramaian orang yang mengunjungi Jalan Masjid India pada hari itu.
***
Faris mengeringkan rambutnya dengan tuala di tangan. Segar rasanya selepas mandi. Penat berjalan. Tapi, lagi penat melayan kerenah adiknya petang tadi.
"Kau ni bising tahu." selamba Faris menuturkan. Tak habis-habis dari tadi cot-cet-cot-cet. Semua diceritanya. Tentang kawan-kawan sekelas, sebilik, sehisbah semua dia cerita. Tentang program yang dikendalikan di universiti. Tentang majlis-majlis ilmu yang dihadirinya. Tentang guru-guru majlis ilmu dia, Ustaz Muhadir, Syeikh Nuruddin, Habib Ali semua keluar. Macamlah aku kenal dengan nama-nama tuh.
"Aku tahu. Kau je yang tak tahu..." Perlahan sahaja Auni membalas. Namun cukup jelas untuk ditangkap oleh Faris.
Ya, banyak yang dia tidak tahu tentang adiknya itu. Pelik. Kerana mereka adalah adik beradik yang sepatutnya well known, well acknowledged tentang adik beradik sendiri, tapi entah, agaknya memang dia tak tahu apa-apa tentang adiknya itu. Fattah dan Fathul juga.
Tapi, hari ini dia mengenali seorang Auni Fadhlina. Macam-macam tentang Auni Fadhlina yang sepatutnya dia sudah kenal dan tahu lama dulu. Benar kata Auni, dia tidak tahu. Atau mungkin saja, dia buat-buat tak tahu atau tak pernah nak ambil tahu. Maafkan aku, adik.
Lamunan Faris terhenti. Dia mencapai telefon di atas katil.
|Terima kasih bagi cincin. Terima kasih sanggup outing sesama dengan budak bising nih. Hope you had a nice day today. May Allah bless. Terima kasih, abang.|
Di bawah sedar, Faris menarik senyum segaris. Tak pernah-pernah nak panggil aku abang. Sah budak ni kena sampuk. Tuala yang basah disangkutkannya di atas ampaian. Matanya terpaku pada sesuatu. Sejadah. Minda laju memproses. Maghrib. Dia berlalu masuk ke dalam bilik air semula dan keluar semula beberapa seketika kemudian. Perlahan-lahan sejadah dibentangkannya.
"Allahuakbar."
Seusai solat, dia merehatkan badan di atas katil. Plastik berisi buku-buku yang dihadiahkan oleh Auni kepadanya petang tadi dicapai dari atas meja. Auni, tak sah kalau keluar tak singgah kedai buku. Tak berubah sejak dari kecil. Perlahan dia mengeluarkan dua buku dari plastik tersebut.
"Apa Ertinya Aku Menganut Agama Islam. Versus."
Mimpi apa dia bagi aku buku-buku nih. Mata Faris lebih tertarik pada Versus. Buku oren itu dengan gambar skater sebagai muka hadapan. Nice. Dia menyelak muka demi muka. Entah kenapa, dia seakan terpanggil untuk membaca buku tersebut. Perlahan-lahan muka pertama dibaca dan dihadamnya. Dan kemudian, bergerak ke muka surat kedua. Nice.
Telefon bimbitnya berbunyi. Menandakan masuknya mesej. Versus diletakkannya di sisi. Xperia putih dicapai.
|Minggu depan pergi Titiwangsa pulak, ok. >.<|
Spontan, senyuman terukir. Dia, adik aku.

salam hye fatin!!alieya here..weee :)sumpah!best!tak tipu!ngeeeee
Waalaikumussalam Alieya! Hehe. Miss you so very much.XD