Si Kecil Itu.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. 


Hari ini, barangkali, si kecil Farah Dayana sudah selamat sampai di WP Labuan. Flight mereka sekeluarga semalam. Hari ini juga, si kecil Ain, Afnan dan Iman datang. Minggu hadapan sessi persekolahan bakal bermula, jadi ibu-ibu mereka terpaksa ke sekolah membuat persiapan, meeting dsb. Kurang seorang. Si kecil Farah Dayana tiada. 

It feels like losing pieces of me.

Malam terakhir Farah sekeluarga di Pulau Pinang, Farah ditumpangkan sementara tidur di rumah kami. Ayah yang menidurkan Farah. Tanpa jemu menghayun buaian. Sememangnya Farah bukan jenis yang mudah untuk tidur dan mudah sekali terjaga. Sepanjang malam ayah tidur di tepi buaian Farah. 

Bagi saya, Farah sangat istimewa. Hanya beberapa bulan saya mengenali Farah. Meluangkan masa bermain, mengacah, menyuapkan makanan kepada si kecil itu. Hampir setiap hari sepanjang bulan-bulan tersebut. Hanya beberapa bulan, saya sudah menjadi sangat sayang kepada Farah. Barangkali kerana sifat anak kecil itu yang sangat periang dan comel sesuai dengan namanya. 

Si kecil itu.C:
Farah sangat istimewa di hati saya. Berbeza dengan anak-anak kecil yang lain, Farah tidak takut bertemu dengan orang asing. Dia malah menghampiri siapa sahaja dan melemparkan senyumannya yang sangat sweet itu kepada hampir semua orang. Nah, siapa saja yang tidak akan sayang dengan anak kecil seperti itu. 

Pernah sewaktu Pak Ngah dan sepupu saya datang ke rumah, beberapa minit pertama, Farah seakan kekok dan hanya duduk di ribaan saya. Tetapi, tak lama kemudian, Farah bangun dan berjalan-jalan menghampiri Umairah, Najjat dan Amzar. Begitu juga sewaktu Pak Tih saya datang minggu lepas, Farah siap nak ikut Pak Tih balik naik kereta. Senang-senang je mendepakan tangannya minta didukung oleh Pak Tih. Ish, bahaya kalau ramah sangat Farah nih. Perangai Farah itu diwarisi daripada Mamanya yang memang saya akui, sangat-sangat peramah. 

Farah juga suka mengutip. Apa sahaja yang ada di lantai, akan dikutipnya dan dimasukkan ke dalam mulut. Ini sangat bahaya. >.<! Entah sudah berapa kali saya mengeluarkan macam-macam barang-barang kecil yang dikumam Farah di dalam mulut. Bahaya. Bahaya. 

Jadi, untuk mengelak Farah jadi pengutip profesional, saya suapkan Farah dengan makanan. Macam-macam jenis makanan. Sebab Farah tak pernah menolak sebarang makanan. Semua dimakannya. Kek, buah, snek, biskut, kerepek dan macam-macam lagi. Hehe. Farah tidak berapa gemar meminum susu. Selalu sahaja ditolaknya. Tapi kalau bagi air kosong tak pernah ditolak Farah. Dia suka sangat. 

Selain Nur Hanan, Farah Dayana adalah anak kecil yang sangat saya sayangi. Walaupun baru setahun, Farah sudah pandai memanggil saya dengan panggilan kakak. "Acak!" Sampai ayah pun kadang dipanggilnya kakak. Hehe. Ayah selalu ajar Farah panggil "Ayah" tapi tetap sahaja yang keluar "Acak!".  

Sedih rasa di hati. Dalam usia setahun dua bulan itu, tentu sahaja Farah tidak akan mengenali kami lagi sebaik pulang ke Semenanjung. Saya sendiri tidak mengingati kenangan yang saya alami di usia sebaya Farah. Same happened few years ago. Masa nak pindah ke Pulau Pinang, kami mengalami keadaan yang sama. Pasti si kecil Insyirah dan adiknya, Muizz tidak akan mengingati kami lagi setelah kami berpindah. 

Tapi Alhamdulillah, ukhuwah dengan keluarga Ibu dan Encik Ayub tetap sahaja berterusan sehingga kini dan Cyrah dan Cem masih dan akan tetap mengingati saya sebagai kakak mereka back in PULAPOT when they were still so small. Bahkan kini, Magnet juga mereka kenal. Hehe.

Kucing dan bayi? Nak dua-dua. 
Kucing dan bayi. Jujur, saya lebih sukakan kucing. Namun, di rumah saya tiada kucing. Yang ada adalah anak-anak kecil. Saya pernah menyatakan ketidak puasan hati kepada seorang sahabat kerana beliau mempunyai kucing-kucing comel di rumahnya. Kucing yang ditemui adiknya diambil mereka sebagai binatang peliharaan mereka sekeluarga. Even, Magnet juga ada banyak kucing di rumah. Saya katakan pada sahabat saya itu yang saya cemburukan beliau. Kerana, saya tidak dibenarkan memiliki kucing di dalam rumah. 

Namun, ironinya, sahabat saya itu merupakan pencinta anak-anak kecil dan sangat sayangkan bayi. Nah, kan dah terbalik. Saya yang lebih menggemari kucing, Allah SWT berikan peluang dan ruang bersama bayi, bersama Farah dan anak kecil yang lain. Manakala, sahabat saya itu yang sangat sayangkan bayi, diberikan peluang dan ruang oleh Allah SWT untuk memelihara kucing di rumahnya. Pasti ada hikmahnya bukan. Allah SWT tidak mengatur sesuatu hanya untuk sia-sia. 

Tak kenal maka tak cinta. Tak kenal maka ta'aruf. 

Setelah bertaaruf dengan si kecil Farah Dayana, kini saya sudah cinta dan mungkin saja boleh saya katakan saya lebih sayangkan Farah daripada mana-mana kucing. Macam tak betul je bandingkan kucing dengan bayi. =.=' 

Sungguh macam tak betul, sebab manusia sebaik-baik kejadian. Ahsani taqwim. 

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). (95:4)

Tapi, ini special case sebab bagi saya kucing sangat-sangat-sangat adorable. Namun, setelah dipertemukan dengan Nur Hanan, Farah Dayana dan yang terbaru dan terkecil, Nur Nuha, ya, mungkin saja saya sudah bertukar fikiran. Pasti saja anak-anak kecil ini lebih saya suka dan sayang.C: 

Yang terbaru dan terkecil; meet Nur Nuha.C:

2 responses to “Si Kecil Itu.

  1. Anonymous

    mkin popular la sy lpsni.. hahhaa

    -rahsia

  2. magnet, tak payah nak berahsia sangatlah. :P

Leave a Reply

Powered by Blogger.
Super Kawaii Cute Cat Kaoani