Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Catatan diari hati:
Minggu Mahasiswa Islam 2012.Masjid Ar Rahimah, Kuala Kubu
Baru.
Tak semuanya indah, dan tak semuanya pahit. (:
Yang pastinya, saya belajar banyak perkara daripada MMI kali
ini. Banyak3. (:
20 September 2012.
Malam sebelum MMI. Final touch meeting. Ditakdirkan, clash dengan talaqqi
Majlis Taalim An Nur. Tanpa berfikir banyak, saya memilih untuk bertalaqqi dengan Ustazuna Muhadir. Lagi pula, saya tidak mempunyai sebarang
jawatan penting yang memerlukan saya untuk turut hadir di meeting tersebut. Jadi, khair, hadir talaqqi dahulu baru ke meeting.
Bahagia rasanya dapat bertalaqqi dengan Ustaz pada hari lahir saya. Malah, kami turut diijazahkan dengan Doa Asma-ul-husna sebelum tamat pengajian. Sewaktu membacakan doa tersebut, Ustaz berhenti di pertengahan doa, memberi peluang untuk kami berdoa sesuai dengan hajat-hajat kami. Tika itu, saya meminta dengan sesungguhnya. Ya Allah, perkenankanlah.(:
Tamat talaqqi, hadir ke meeting. Meeting, masih seperti biasa. Allah. Saya harus melakukan sesuatu. K7 harus melakukan sesuatu. Kami harus melakukan sesuatu. Maaf atas kelemahan kepimpinan kami.):
Semasa meeting, menerima mesej daripada sahabat, yang turut berada di meeting tersebut, yang duduknya beliau hanyalah di sebelah saya, uhuk uhuk.
Selamat hari lahir. Semoga umur anda diberkati serta dirahmati Allah. Sori lambat wish.Terima kasih. Amin ya Allah. Meeting hampir tamat, berkira-kira untuk pulang ke bilik. Dan tiba-tiba, Khadijah At Thaharah, Aminah Hasanah dan Teddy Picker datang dengan dulang berisi cup cakes chomel yang disusun bertingkat-tingkat seraya mendoakan,
"Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu...Allah selamatkan Fatin Nuradilah..Allah selamatkan kamu.."
Allahu Allah. Baru je ingat nak lari. Huhu. Semua yang turut hadir meeting sama-sama meraikan hari lahir saya ini. Uhuk uhuk. Nak sorok muka kat mana nih. Malu. Kemudian, Setiausaha 1, rakan sekerja saya menyampaikan ucapan beliau. Mendoakan yang terbaik untuk saya. Saya, hanya mampu mengaminkan. Semoga anda menerima yang sama apa yang anda doakan buat saya, wahai Setiausaha 1. Khadijah At Thaharah pula mengambil giliran menyampaikan ucapan. Uhuk uhuk. Malunya. Kemudian, ramai-ramai pakat makan kek cawan yang chomel.(:
Teddy Picker hadiahkan dua bar coklat. Woha! Beberapa bulan lepas, saya yang menghadiahkan beliau dengan coklat sewaktu hari lahir beliau, kali ini, dua kali ganda beliau membalas pemberian saya. Terima kasih, family. Kata Aminah Hasanah, cup cakes yang chomel tersebut juga adalah daripada Teddy Picker. Uhuk uhuk. Terima kasih banyak.
Balik bilik, makan kek coklat dengan roomates tersayang. Sekali lagi, diraikan. Waktu itu, jam sudah hampir menunjukkan pukul satu pagi. Kata saya, "dah lepas dah lah huhu". Kata roomates, "tak kira, siapa suruh awak tidur awal semalam, xsempat nak wish." Uhuk uhuk. Terima kasih.
21 September 2012.
Selepas selesai makan kek coklat yang sedap, teringatkan sahabat sayang, Nur Fairuzalina. Terus mendail nombor beliau.
"Hello. Assalamualaikum, Fai! Happy birthday!"Beliau sahabat karib saya sewaktu zaman persekolahan dahulu dan yang istimewanya, hari lahir kami selang sehari.(:
Petang tiba, bergerak ke KKB. Menaiki bas yang kedua bagi mengelak bas yang pertama. Ironi.
Setibanya di Masjid Ar Rahimah, langsung menunaikan solat Asar. Seusai solat, berniat di dalam hati. Semoga Allah redha.(:
Malam, seusai Maghrib, sempat mendengar kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Umar Bin Haji Saad. Membicarakan tentang zuhud. Dan yang terkesan di hati saya,
"Walaupun milik dunia, tapi hati berpaling dari dunia. Kuasai dunia dan jangan jadi hamba dunia. Kasihkan Tuhan dunia. Lagi banyak dapat dunia, lagi kasih akan Tuhan dunia."
Selesai isyak, briefing session. Berkumpul di tingkat atas masjid. Selepas beberapa ketika, rasa tidak diperlukan di situ, saya bergerak ke ruangan dapur, menyibuk menolong AJK katering membancuh air teh untuk makan lewat malam. Kemudian, duduk bersama Khadijah memotong kubis untuk dijadikan bahan masakan keesokkan harinya. Hoho.
Kemudian bersatu semula dengan ahli BLP. Pindah ke bilik komputer yang didiami ahli BLP. Mendengar cerita Ayuni tentang adik-adik chomel di Sekolah Kebangsaaan Ampang Pecah yang sporting-sporting belaka. Kemudian, cerita tentang rehlah mereka di Taman Millenium yang indah nian. Nada Ayuni, menunjukkan bahawa mereka benar-benar bergembira di sana. Kata Ayuni, beliau merasakan ketenangan di sana. Dengan pemandangan indah yang menjamu mata, angin nyaman yang bertiup, kemudian sama-sama duduk dalam halaqah membaca Al Mathurat. Mereka merasakan tenang di sana. Alhamdulillah.
Saya gembira mendengarkan itu, kerana saya tahu mereka dibelenggu dengan pelbagai masalah demi menjayakan MMI ini. Baik Aina mahupun Syarihin, mereka sudah bersusah payah, berpenat lelah dengan begitu hebat sekali. Saya hanya mampu mendengar sahaja setiap luahan masalah mereka. Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. Jadi3, saya gembira rehlah tersebut berjaya menyuntik sedikit ketenangan di jiwa mereka. Sesungguhnya, selepas kesusahan itu ada kesenangan.(:
Malam itu, saya tidak tidur. Bersembang Berdiskusi dengan Ika, Meme, Syida. Indahnya menjalin ukhuwah bersama mereka.(: Kemudian, menolong BLP aka Ayuni membalut hamper. Selesai membalut hamper, Ayuni tidur, saya masih berjaga. Bersama Arina yang sedang menyiapkan tugasannya, woha! Orang sibuk Engenius tuh.(:
Pagi itu, BLP bertolak ke Sekolah Kebangsaan Ampang Pecah, meneruskan sesi mereka bersama adik-adik. DNT mengadakan program bersama peserta MMI. Saya tidak ikut serta kerana harus mengedit kertas kerja MMI untuk dihantar kepada pihak sekolah. Saya harus menyiapkan kertas kerja tersebut sebelum pukul 9.00 pagi. Terlalu mengantuk akibat tidak tidur malam, mata terasa seakan terlalu berat dan akhirnya saya terlena di hadapan komputer riba Syarihin di dalam bilik komputer.
Pukul 8.17 pagi, saya terjaga kerana kehadiran Khadijah dan Farah Najwa ke dalam bilik tersebut. Allah. Terkejut dibuatnya. Kembali menyiapkan kertas kerja. Kemudian, menyerahkan pendrive kepada Idin untuk diprint. Maaf, terpaksa menyusahkan kalian. Waktu yang masih kosong, saya lantas menuju ke tingkat atas masjid. Menunaikan apa yang sudah diniatkan.
Jam hampir menunjukkan pukul 9.00 pagi, saya bergegas menyiapkan makanan untuk ahli BLP. Kemudian, menghubungi rakan pic BLP, untuk pergi bersama ke sekolah menghantar makanan. Pagi itu, DNP bertolak ke rumah-rumah menyampaikan bantuan dan sumbangan. Jadi, kami ketiadaan kenderaan. Namun, Alhamdulillah, Bro. Dollah, Bro. Shahrul dan Kak Syaqi tiba. Bersama mereka, saya bergerak menuju ke sekolah. Sewaktu di dalam kereta, saya menghubungi Kak Anna yang chomel, kemudian menyerahkan telefon kepada Kak Syaqi memberi peluang kepada mereka untuk berbicara. Bro. Dollah, Bro. Shahrul dan Kak Syaqi masing-masing gembira menjawab panggilan Kak Anna. Ukhuwah mereka, sangat hebat dan indah. K19. Contoh teladan kami, K22. Doakan kami, seniors yang chomel2 kesemuanya!
Setibanya di sekolah, kami diserikan dengan keletah adik-adik dan sahabat-sahabat BLP yang sedang mengendalikan aktiviti. Senyuman yang tidak lekang dari bibir. Mereka semua bergembira. Hati saya turut senang. Alhamdulillah. Selepas kesusahan, ada kesenangan. Sesungguhnya, Allah bersama orang-orang yang sabar.(:
Petang itu, kami bertolak ke Peretak. Hasrat hati ingin mengikut PNK berkunjung ke Baitul Hasanah, namun setelah dipujuk, saya menyatakan persetujuan mengikut BLP ke kawasan perkelahan tersebut. Perjalanan ke sana, sangat nyaman. Angin yang sangat menyegarkan. Pemandangan yang sangat menenangkan. Allahu Allah. Indahnya.
Namun, sewaktu di sana, air mata saya mengalir. Hati ini sakit dengan kenyataan sahabat sayang saya. Allah. Berikan aku kuat. Menyedari keindahan yang menjamu mata, saya menolak untuk melayan perasaan sakit tersebut. Merasakan air sungai yang sejuk itu, menyejukkan sedikit hati ini. Dengan kehadiran rama-rama yang sangat indah, mengubat kesakitan hati ini. Kemudian, saya, sahabat pic dan Kak Syaqi berdiskusi sebentar. Membincangkan apa yang patut dibincangkan.
Pulang daripada Peretak, langsung ke dewan solat muslimat. Terlihat kelibat peserta-peserta Explorace kendalian DNT. Semoga dipermudahkan. Mengambil tempat di ruangan hadapan dan menunaikan solat Asar. Seusai solat, saya menangis lagi. Allahu Allah. Mengadu hati kepada-Nya. Ya Allah, berikan aku kuat.
Malam itu, seusai solat Isyak, BLP mengadakan aktiviti bersama Bro. Dollah dan Kak Syaqi, mantan kepimpinan BLP semester lepas. Biro-biro lain sedang menonton tayangan video di Bilik Jamuan. Tayangan filem Valley of The Wolves, cadangan saya sewaktu meeting lepas. Hihi. Best! Tengok3.
Saya, Khadijah At Thaharah dan Aminah Hasanah masih di ruangan solat. Sharing moments. Macam-macam yang kami kongsikan. Allahu Allah, kedua sahabat saya ini rupanya sangat hebat. Kuatkanlah mereka dan permudahkanlah mereka ya Allah. Hampir dua jam setengah kami ber'sharing moment'. Kami bertiga merupakan antara barisan kepimpinan kali ini, jadi, kami duduk dan mencari penyelesaian kepada beberapa masalah yang kami hadapi. Perbincangan yang serius namun santai.
Teringat kata-kata Kak Leha, ahli-ahli di bawah tak kan pernah tahu dan faham apa yang dihadapi oleh kepimpinan di atas. Seperti kata Bro. Naim, kepimpinan sebenarnya ibarat hamba kepada ahli. Bukan hamba dalam erti kata menyembah dsb tetapi hamba dalam melakukan dan melaksanakan sesuatu program itu. Alhamdulillah, di akhir perkongsian, saya merasakan seakan memperoleh kekuatan daripada sahabat sayang saya berdua ini. Terima kasih Cat, terima kasih Amin.(:
Malam itu seusai supper, kami masuk tidur, sebaik sahaja membaringkan badan, lantas sahaja Ayuni memeluk saya, "kenapa menangis petang tadi ha?!". erk! Hehe. Saya tersenyum. Terima kasih atas keprihatinanmu sahabat.
23 September 2012.
Pagi itu, kami dibahagikan mengikut biro. Untuk bergotong-royong di sekitar kawasan kampung. BLP dan DNE ditugaskan di balai raya. Saya lewat dalam bergerak kerana menantikan ahli BLP yang lewat bersarapan. Menjadi pic ni ibarat menjadi ibu kepada mereka. Huhu. Ahli-ahli BLP dan DNE yang lain sudah saya maklumkan agar bergerak terlebih dahulu ke balai raya tersebut.
Perjalanan kami turut disertai beberapa brothers dari DNE. Perjalanan akhir yang lewat, kami sesat. Berjalan dan terus berjalan dan akhirnya tidak jumpa jalan. Hampir 500 m perjalanan, barulah kami menyedari yang jalan yang kami lalui adalah salah. Setelah membuat beberapa panggilan telefon dan bertanya kepada penduduk kampung, akhirnya kami bertemu jalan yang benar.
Namun, hikmah kepada kami tersesat itu rupanya membawa kami menuju ke salah satu tempat perlancongan di situ. Bukan sengaja sesat eh.(: Sempat bergambar di sana. Ehehe.
Setibanya di balai raya, memulakan gotong-royong.
"Kenapa tak tukar baju dulu?"
Seorang brother menegur. Erk. Pakai baju kurung tak boleh gotong-royongkah? Terima kasih atas keprihatinan. Dan beberapa saat kemudian,
"Eh, luka jari tu nanti. Nah pakai glove nih"
Erk! Insha Allah tak luka lah. Kenapa takut sangat nih. Tak perlu glove. Terima kasih atas keprihatinan anda juga. Muslimah kena kuat. Terima kasih family.
Ayuni sangat hebat bergotong-royong. Hehe. Rajin sangat. Semua pun. Brothers bekerja sambil bergelak ketawa dan menikmati pekerjaan mereka, hebatnya mereka. Mencakar dan membuang daun-daun, pohon-pohon liar yang tumbuh. Daripada dipenuhi dengan semak-samun, balai raya tersebut akhirnya kelihatan bersih dan percuma (read:free) daripada sebarang tumbuhan liar. Pertama kali bergotong-royong dalam erti kata yang sebenar. Memang nampak jelas dan ketara perbezaan sebelum dan selepas.
Seusai bergotong-royong, pulang ke masjid. Mengagihkan makanan untuk makan tengah hari. Terima kasih Emak Idin.(: Terima kasih juga Kak Seha yang banyak membantu di dapur. Huhu.
Kamudian, majlis penutup. Penyampaian hadiah. Penghargaan kepada pihak masjid. Waktu itu, saya, Khadijah dan Aminah bertemu Emak Idin, mengucapkan terima kasih atas segala pertolongan beliau. Kemudian, sesi mencari barang-barang masjid yang tercampur dengan barang-barang PERKIM. Alhamdulillah, jumpa. Hehe.
Selesai majlis, terus bergerak pulang. Semoga Allah redha.(:
MMI yang pada mulanya berat hati ini untuk pergi. Huhu. Tapi3, dunia ini luas bak kata Hilal Asyraf. Jangan kita sempitkan pada masalah kita yang satu atau beberapa masalah kita tu je. Lihat langit yang luas ini, lihat laut yang luas ini, dunia kita luas. Whoa! Jadi, pergi juga kerana saya tak nak meninggalkan keluarga saya di sana tanpa saya. Huhu. Khadijah lah, pi buat ayat-ayat touching pasaipa taw..huhu..
Tak semuanya indah. Dan tak semuanya pahit.
Namun, mengajar saya banyak perkara. Semoga Allah redha.(:
Post mortem.
Meeting mingguan K22 terisi dengan post mortem MMI. Pelbagai masalah, penyelesaian dan iktibar yang dikemukakan oleh setiap biro. Dan semestinya K7 harus mengambil langkah-langkah yang sepatutnya agar masalah yang sama tidak berulang lagi. K7 harus mula serius. Kelemahan dari segi kepimpinan harus ditangani segera. Allah tak tengok hasil, tapi usaha. Marilah kita sama-sama menjadi agen perubahan. Kita membawa PERKIM ke tahap yang lebih baik daripada sem ini. Insha Allah bersama-sama, kita akan mampu melaksanakannya. Kita kan keluarga. Susah senang kita bersama. Insha Allah.(:
p/s: Semoga beliau merasakan kebahagiaan yang saya rasakan bersama keluarga besarku ini.
Misi seusai MMI ---> membuat perubahan dan menyebar bahagia. Insha Allah. ^_________^
Namun, mengajar saya banyak perkara. Semoga Allah redha.(:
Post mortem.
Meeting mingguan K22 terisi dengan post mortem MMI. Pelbagai masalah, penyelesaian dan iktibar yang dikemukakan oleh setiap biro. Dan semestinya K7 harus mengambil langkah-langkah yang sepatutnya agar masalah yang sama tidak berulang lagi. K7 harus mula serius. Kelemahan dari segi kepimpinan harus ditangani segera. Allah tak tengok hasil, tapi usaha. Marilah kita sama-sama menjadi agen perubahan. Kita membawa PERKIM ke tahap yang lebih baik daripada sem ini. Insha Allah bersama-sama, kita akan mampu melaksanakannya. Kita kan keluarga. Susah senang kita bersama. Insha Allah.(:
p/s: Semoga beliau merasakan kebahagiaan yang saya rasakan bersama keluarga besarku ini.
Misi seusai MMI ---> membuat perubahan dan menyebar bahagia. Insha Allah. ^_________^







