Kerana Seringgit.(:

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Seusai mengeluarkan duit, Sarah berjalan menuju ke kiosk. Sebaik sampai, dia mencapai roti bun coklat dan roti bun kecil berperisa kentang. Stok hujung minggu. Setelah itu, dia melangkah masuk ke dalam kiosk. Berhenti di hadapan rak berisi Milo, Vico, Horlicks dsb. Mencapai sepaket kecil Vico. Namun, setelah berfikir sebentar, tangannya meletakkan kembali paket kecil Vico tersebut lalu mencapai sepaket besar Vico yang mengandungi 18 paket kecil minuman malt coklat itu. 

Kemudian, dia meletakkan semua barangan tersebut di atas meja cashier dan tersenyum ke arah Mak Cik yang menjaga kaunter tersebut.
"Ni betul borong nih..." kata Mak Cik tersebut. 
"A'ah, banyaknya...shopping sakan nih," sister di sebelahnya turut menyahut.  
"Tengok, bukan Mak Cik ja yang tegoq, hehe," Mak Cik ketawa.

Erk! Banyak sangat ke? Huhu. Sarah tersengih. Stok hujung minggu dan stok sarapan pagi lah nih. 

"Saya baru keluaqkan duit lah Mak Cik, nanti Mak Cik tak nak terima pulak duit besaq sangat, sebab tu saya beli banyak-banyak, huhu,"
Sarah melihat ke arah mesin wang. Jumlah harga barangan yang dibelinya tadi adalah RM21.50. Lalu dia menghulurkan sekeping not RM 50 yang baru sahaja dikeluarkannya sebentar tadi.
"Eh tak apa, beli lah banyak-banyak, lagi masyuuuk," ujar Mak Cik tersebut sambil membuka mesin wangnya untuk memulangkan baki.
"Eh sat Mak Cik, saya ada lima kupang,"
Sarah mengambil syiling lima puluh sen dari dalam dompetnya lalu menyerahkan kepada Mak Cik tersebut. Dia senang menggunakan loghat utara dengan Mak Cik tersebut. Lebih mudah untuk menjalin ukhuwah dengan Mak Cik tersebut kerana Mak Cik itu juga berasal dari utara.  
"Awat tak bagi RM 1.50, boleh Mak Cik bagi baki RM 30 teruih,"  
"Alaa, saya tak ada seringgit, baru ja bawak keluaq duit tak sat, huhu" 
"Kalau macam tu Mak Cik guna duit Mak Cik, meh Mak Cik belanja seringgit," 
"Eh, tak payah Mak Cik, tak maw berhutang," 
"Mana ada hutang, ni Mak Cik belanja," 
"Huhu, nanti saya bayaq balik na Mak Cik," 
"Tok sah aih, Mak Cik belanja seringgit ja pun,"
Sarah akhirnya mengalah. Namun hatinya tetap gusar kerana berhutang dengan Mak Cik tersebut. 
"Terima kasih Mak Cik, esok saya bayaq balik na," 
*** 
Sarah melangkah masuk ke dalam kiosk. Mak Cik tersebut sedang berbual dengan dua orang sisters. Tidak mahu mengganggu, dia terus sahaja ke ruangan minuman, membuka peti sejuk dan mencapai dua air kotak.  Satu susu rendah lemak dan satu lagi susu full cream. Kemudian, dia mencapai setin nescafe white coffee lalu menuju ke kaunter. 

Setelah membayar, dia mengambil dua kotak susu tersebut. Tin nescafe ditinggalkanya di atas meja. 

"Yang ni saya punya, yang tu Mak Cik punya." 
"Lah, awatnya?" 
"Semalam kan Mak Cik belanja saya seringgit......" 
"Ish, yang tu seringgit ja, yang ni dah berapa ringgit, lebih dah nih," 
"Hehe tak apalah, Mak Cik ambik nah" 
"Ni tak maw bagi Mak Cik tidoq ka bagi nescafe nih," 
"Eh dak lah, huhu," 
"Hehe.. Mak Cik gurau ja lah. Orang bagi, Mak Cik terima ja. Terima kasih na." 
Mak Cik tersebut tersenyum. Dia juga ikut tersenyum. Sarah tahu Mak Cik tersebut gemar minum air nescafe tersebut. Selalu sahaja dia ternampak minuman itu yang menjadi peneman Mak Cik tersebut di kaunter. 
"Hehe, terima kasih jugak Mak Cik. Assalamualaikum,"
Sarah melangkah keluar. Menuju ke biliknya. Sampai sahaja di bilik, Sarah meletakkan dua air susu yang dibelinya tadi di atas meja. Kemudian, dia menepuk dahi. Aduh, kenapalah tak belikan susu untuk Mak Cik tadi. Minum susu kan sunnah. Kan dah jadi gerak dakwah macam tu. Aiyark. Huhu. Tak apa, tak apa. Lain kali kan masih ada. Insha Allah. ^___________^

Leave a Reply

Powered by Blogger.
Super Kawaii Cute Cat Kaoani