Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
15 Julai 2012.
Pertama kali perjalanan ke talaqqi ada muroqib. Macam kat Jordan pulak rasanya huhu. Pembetulan, bukan muroqib tapi hanyalah seorang hamba Allah yang turut berminat menghadiri talaqqi dan dia adalah seorang brother, dan dia tak tahu jalan, dan dia juga merupakan sahabat Amirah Hazwani dan saya. Jadi3, hari tu Amirah Hazwani jadi tour guide yang bertauliah. Ditauliahkan oleh Fatin Nuradilah. Hoho.
Pertama kali juga turun di Lebuhraya Persekutuan sebelum ke Summit Subang Jaya. Hamba Allah tersebut berjalan jauh dari kami. Bagus. Duduk jauh-jauh sikit. Dan tempoh yang lama menanti bas di bus stop tersebut dalam keadaan Fatin Nuradilah senyap membisu, begitu juga hamba Allah sorang tu menyebabkan Amirah Hazwani merasakan suasana seperti krek krek bunyi cengkerik. Ngaa. Maaf. Maaf. Huhu. Siapa suruh bawak dia? Agak tak redha di situ. Huhu. Asif sahabat.
Kami sampai di Surau Nur Shafie sejam awal. Alhamdulillah. Lebih baik awal daripada lewat. Waktu yang terluang, sempat saya habiskan dengan menghafal doa akhir pengajian yang saya suka sangat tuh. Alhamdulillah. Happy sebab lepas nih boleh baca tanpa rujuk buku. Anytime, anywhere. Oh bahagianya!
Talaqqi hari itu, ada tetamu istimewa, Habib Kazim As Saggaf.:)
Habib Kazim bersyarah dalam Bahasa Arab. Translated by Habib Ali Zainal Abidin Al Hamid.:) Habib Kazim bercakap tentang ilmu. Dimulakan dengan merujuk nama Madrasah Az Tazkiyah sebagai medan menyucikan diri. Habib Kazim ada menceritakan perihal seorang hamba Allah yang sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir, beliau meminta untuk dibacakan satu hadis. Hal ini demikian kerana beliau teringat hadis Nabi SAW tentang barangsiapa yang mati dalam keadaan menuntut ilmu, maka di Syurga kelak dia berada satu darjat dengan para Nabi. Maka, beliau ingin ditarik nyawanya dalam keadaan sedang menuntut ilmu. Masha Allah. Hebat! Pengajaran berguna buat diri yang lupa. Huhu.
Juga dikongsikan tentang seorang hamba Allah juga, (asif jiddan, saya tak ingat nama beliau kerana buku catatan tertinggal di asrama <---jangan contohi penuntut ilmu sorang nih tertinggal barang penting macam tu T.T) setiap kali sebelum berbuka puasa di bulan Ramadhan, beliau akan membaca hadis, ada kalanya disyarahkannya, ada kalanya tidak. Hal ini kerana beliau ingin mendapatkan ganjaran berlipat ganda menuntut ilmu di bulan Ramadhan. Pesan Habib Kazim, amalan ini boleh dicontohi dan diamalkan di rumah bersama keluarga.:)
Sebelum pengajian berakhir, Habib Ali membuat pengumuman bahawa talaqqi hari itu merupakan talaqqi terakhir bagi tahun ini sebelum memasuki bulan mulia, Ramadhan pada minggu seterusnya. Masa tu agak terkejut, 'no more talaqqi for this sem, oh tidak'. T.T Dengan apakah hujung mingguku akan terisi selepas ini? Sedih. Amirah Hazwani cakap, biasanya para masyaikh memang tidak akan mengadakan pengajian pada bulan Ramadhan, Imam Syafie juga tidak mengajar pada bulan mulia tersebut. Bulan Ramadhan bulan memperbanyakan ibadat.
Alhamdulillah, seusai pengajian, ada seorang muhsinah, kenalan Amirah Hazwani mungkin, bermurah hati menghantar kami sehingga ke Mydin Subang Jaya sebelum mengambil bas pulang ke PJ. Hamba Allah yang ikut sama pengajian tadi pula berjalan kaki sehingga ke Mydin tersebut dan beliau sesat. Sementara menanti beliau kembali ke pangkal jalan, Amirah Hazwani dan saya mencuci mata memilih baju kanak-kanak untuk dibeli dan dihadiahkan kepada adik-adik kecil Amirah Hazwani. Kebetulan ada promosi baju kanak-kanak. Pertama kali shopping baju baby.:) Best!
Pada waktu itu, jauh di dalam hati, saya sedih. Sedih apabila memikirkan ini merupakan talaqqi terakhir saya dan Amirah Hazwani. Talaqqi terakhir kami bersama kerana beliau bakal terbang ke Mesir bulan September ini, Insha Allah. Doakan sahabat sayang saya itu.
Amirah Hazwani. GCI titik permulaan, perkenalan kami. Kami berkenalan. Kami menjalin ukhuwwah. Masih segar di ingatan saya, waktu berpimpinan tangan dengan beliau di KL Sentral semasa dalam perjalanan ke open house rumah anak yatim. Saat itu, saya rasakan, indah. Namun selepas habis program, kami jarang berjumpa. Ukhuwwah itu kian hambar. Tapi beliau tetap istimewa di hati ini. Waktu itu, saya tetap mengkagumi beliau, dari kejauhan. Tapi takdir Allah yang telah menggerakkan hati saya mengikuti pengajian talaqqi, mempertemukan saya kembali dengan susuk yang saya rindukan itu. Ukhuwwah kami kembali bersinar dengan keberkatan majlis ilmu, semakin harum bersama wangian talaqqi Madrasah An Nur. Dan kini, beliau bakal pergi meninggalkan saya. Entah siapa yang akan menemani perjalanan saya selepas ini? Sungguh saya sedih. Mampukan saya mendapatkan teman perjalanan seperti sahabat saya itu lagi? Subhanallah.:'( Selamat jalan sahabat. Jangan lupakan ukhuwwah kita.
Talaqqi 15 Julai 2012. Diamku diam memendam rasa. Doakan diri ini istiqamah, sahabat.
