Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
boleh pause pada music player di bawah untuk senyapkan musik latar :)
Beberapa malam lepas, ada seorang rakan meminta saya menghantar mesej kepada Ustaz Muhadir menanyakan persoalan yang ingin ditanyakannya kepada Ustaz. Berkenaan bayaran zakat kepada para pelajar atau penuntut universiti seperti kami. Apakah boleh atau tidak? Jawapan daripada Ustaz, ada khilaf dalam kalangan Ulama. Namun Ustaz berpesan supaya berpegang dengan qaul (pendapat) yang mengatakan boleh.
Saya bercerita kepada Ustaz tentang anak-anak kecil yang berada di rumah saya. Balas Ustaz:
MasyaAllah tabarakallah... Anak2 kecil adalah ahli2 syurga. Kalau Adilah nak tahu, merekalah ahli2 syurga di dunia. Khair, khidmat pada mak ayah ya. Jaga adab dengan masyaikh dan ilmu. Semoga bertambah keberkatan dalam hidup enti.
:) *senyum sampai ke telinga*
p/s: sedih bila fikir nanti akan ke Kuantan, Insha Allah. tak nak pergi Kuantan boleh? nak hadiri taalim Ustaz Muhadir di Gombak, di PJ........
