Nisa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.



"Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah."

Nisa melabuhkan badannya yang keletihan di atas katil, seraya bibirnya mengucap tahmid. Alhamdulillah. Sudah selamat sampai rumah. And indeed, it is good to be home. 

***

Nisa tersenyum sendirian. Dia berasa sangat gembira dapat menghirup udara nyaman TBP selepas hampir tiga bulan bergelumang dengan jerebu di PJ. Dan bertambah seronok dapat berjumpa dengan anak2 asuhan ibunya. 

Farah Diyana kini sudah boleh merangkak dan sudah mula tumbuh gigi susu, dua di bawah dan satu di atas. Comel! Nurul Iman, si cilik berusia setahun dengan bahasa yang masih lagi tidak dapat difahami dan ditafsir percakapannya, serta dua beradik, Ain yang sangat talkative and Afnan, the one and only baby boy in the house. Woha! Rindunya.

Melihat anak-anak kecil ini, mengingatkan Nisa kepada seseorang.

***

"Persatuan Nisa tu banyak buat aktiviti apa je ek?" Soal Kak Solehah sambil mereka melangkah pulang ke mahallah. Kebetulan sebentar tadi mereka bertemu di majlis pengajian ilmu di Annex.

"Banyak aktiviti luar dan dalam. Kalau kat luar, buat program dengan muallaf, dengan orang tua, dengan anak yatim, dengan budak-budak sekolah dan ramai lagi lah kalau nak sebut pun. Hehe." Jawab Nisa sambil tersenyum. Senang dengan keprihatinan kakak seniornya itu bertanyakan tentang persatuan yang disertainya. 

"Wah. Akak rindu nak jumpa budak-budak. Berkumpul, bermain, bersama dengan budak-budak dapat menghilangkan penyakit hasad dengki yang ada dalam hati kita taw." ujar Kak Solehah.

"Ohw ya!" Nisa kaget, pertama kali dengar statement macam tu

"Wah, dapat ilmu baru hari ni nih, best! Terima kasih akak!" Nisa menyambung perbualan dalam keterujaan. 

Memang dia tercari-cari solusi buat menghilangkan penyakit hati yang satu itu. Dan hari ini, dia diketemukan dengan kakak seniornya yang lepas, dan alhamdulillah persoalan terjawab sudah... ^^ 

***

Ya, dia teringatkan Kak Solehah. Rindu dengan susuk yang satu itu. Kak Solehah dua tahun lebh tua daripada Nisa. Seorang hafizah solehah. Bicaranya penuh hikmah. Mendidik jiwa yang dahagakan nasihat dan peringatan. Akak, Nisa rindukan akak. 

"Ya Allah, kurniakanlah aku apa yang Engkau kurniakan kepada hamba-Mu itu."


Leave a Reply

Powered by Blogger.
Super Kawaii Cute Cat Kaoani