::SAHABAT SEHINGGA KE SYURGA::

~بسم الله الرحمن الرحيم
                                                   
Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat.
                                                                         * * *

Sering kali kita dengarkan ungkapan 'bercinta sehingga ke syurga', 
namun jarang sekali kita dengarkan ungkapan 'bersahabat sehingga ke syurga', bukan?

Saya, ingin sekali bersahabat sehingga ke syurga. Sangat ingin sekali. Insha Allah.(^-^)

Baik dengan sahabat-sahabat di CFS mahupun sahabat-sahabat di SMKPK serta semua sahabat-sahabat saya yang lainnya. Saya ingin sekali bersama dengan kalian semua di syurga Insha Allah.

Saya sedar saya masih belum layak untuk menjejakkan kaki ke pintu syurga, jauh sekali ingin menduduki syurga-Nya yang penuh dengan kenikmatan. Namun, tak salah berharap, bukan? Mengharap dan berusaha memenuhi harapan itu Insha Allah.(^-^)

"Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh)."
                                                                                                                 [43:67]




p/s: untuk sahabat-sahabat CFS yang sangat dirindui. Bagaikan hati saling bertaut, bak kata Fatimah, sungguh saya rindukan kalian. Saya rindu awak juga Magnet~
p/s: untuk sahabat-sahabat SMPKPK. Merindukan saat-saat indah kita di 5 Sains, Board of Prefects. Time passes, but the memory lingers on.
p/s: to my beloved, Nur Fairuzalina bt Mazlan, 
"you may hear nothing from me on how I appreciate you as a friend, but beyond that silence, our friendship creates a beautiful sound in my heart."


KALIAN ANUGERAH TERINDAH BUAT SAYA,
MARI BERSAHABAT SEHINGGA KE SYURGA INSHA ALLAH~ (^-^)


3 responses to “::SAHABAT SEHINGGA KE SYURGA::”

  1. Anonymous

    i miss u more magnet! ^^
    siapalah yg nk btlkan slp sy sem dpn..
    awk dh xd dgn sy dh..
    spe nk mrh sy :(

  2. i miss you much more..
    tak ada siapa nak belanja saya ice blended kat sini..:(

    siapa nak marah awak? =.='
    selalu ke awak kena marah dengan saya?
    awak je yang selalu belasah saya~~ lalala~~

    gonna miss you even more next sem!:'(

  3. Anonymous

    i miss u most! hahaha

    waaa..
    tw xpe..
    cmne la kte nk jmpe..
    awk jmpe sy tepi jln jgn lupa tegoq naa!

Leave a Reply

Powered by Blogger.
Super Kawaii Cute Cat Kaoani