Assalamualaikum..waaah, tiba-tiba rasa macam dapat seru untuk update malam ni..maybe because this week will be my last week untuk bersenang-lenang, buat senaman kaki banyak-banyak, goyang-goyang kaki kat rumah, huhu..Sabtu ni Insha Allah my parents and I all the way from Penang will be heading to Selangor back to my CFSIIUM yang sekian lama dirindui..[hurm okayla, magnet, I miss u too, bukan cfs je..hehe..seriously I miss u so very much..mucho..nanti kita boleh berkumpul balik macam dulu-dulu insha Allah.(^-^)]
![]() |
| South Pole + North Pole = Magnet! |
To be very frank and honest, there is something that has been bothering me since a couple days back..What is it about??? Uhh, suspens..jeng jeng jeng.. (^-^) hehe..nothing really much sebenarnya..
Saya terfikir tentang impian dan harapan saya dulu.. When I was in form 3, tengah cuak gabra nak ambil PMR, tambah dengan subjek Bahasa Arab yang last minute baru terfikir dan terbuka hati nak ambil.Padahal masa tu lagi berapa bulan je nak PMR tapi alhamdulillah saya berjaya harungi semua tu dan alhamdulillah 9 A dalam tangan termasuklah Bahasa Arab yang last minute baru kenal dan belajar.Alhamdulillah, syukur ya Allah.(^-^)
Tapi bukan itu yang saya nak kongsikan di sini. Nope.
Saya masih ingat, setiap kali lalu sebelah MRSM atau Sekolah Menengah Sains yang memang sangat dekat dengan rumah tu, mesti dalam hati rasa macam ada api besar, marak, menyala, membara, berkobar-kobar je.Macam hiperbola je bunyinya tapi memang itulah kenyataannya.
Saya masih ingat, setiap kali lalu sebelah MRSM atau Sekolah Menengah Sains yang memang sangat dekat dengan rumah tu, mesti dalam hati rasa macam ada api besar, marak, menyala, membara, berkobar-kobar je.Macam hiperbola je bunyinya tapi memang itulah kenyataannya.
Alhamdulillah, masa saya di Tingkatan 4, tawaran daripada Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin (SMSTSSS) datang. I was indeed very happy masa buka surat tu, macam nak menjerit gara-gara happy overdose tapi terpaksa tahan sebab takut nanti mak ingat anak perempuan dia satu-satunya ni dah tak betul.huhu.
![]() |
| 2 Bulan di SMSTSSS. |
Jadi, dengan hati yang berat saya tinggalkan sekolah lama dan mula merasa kehidupan berasrama.Bestla jugak.huhu.Junior se-dorm semua sayang kak atin depa nih.Nak-nak masa tu hanya dorm kami sahaja yang berkongsi antara senior dan junior.Jadi bonding tu sangat kuat dan rapat alhamdulillah.Tapi, akhirnya a couple months later, saya buat keputusan untuk pindah balik ke sekolah lama.Ironi sungguh, dulu saya nak sangat ke sekolah berasrama, bila dah dapat, saya tinggalkan sekolah berasrama dan teruskan belajar di sekolah harian biasa.Itulah pilihan yang saya dah buat sewaktu di Tingkatan 4.
Setahun kemudian, SPM menjelang.Kali ni, lebih kurang je ceritanya.Setiap kali lalu sebelah Kolej Matrikulasi Pulau Pinang kat Pongsu Seribu tu mesti dah berangan-angan, terbayang, whoa di sinilah tempatku nanti, nantikan kedatanganku wahai KMPP.SPM datang dan pergi.Result datang dan rekod pun telah tercipta. Alhamdulillah syukur yang tidak terhingga.Gembira terlebih dos sampai rasa macam hidup di alam mimpi.Mana tidaknya, a beautiful dream comes into reality, susah nak percaya.Alhamdulillah syukur sangat.Sampai satu tahap rasa takut sangat kot-kot nanti Pejabat Pelajaran tiba-tiba telefon beritahu tersalah kira dan result ditarik balik.hehe.Alhamdulillah tak pernah pun dapat panggilan tu.Takut sangatlah Fatin nih.ish3.(^-^)
Masa pameran IPTA diadakan di Dewan Millenium, saya sedang bertugas di luar dewan, menjaga gerai jualan buku yang diadakan oleh kedai buku tempat saya bekerja, Qalaminda Bookstore.Masih saya ingat sewaktu berkunjung ke booth pameran KMPP di dalam dewan, saya berdebat dengan seorang pensyarah yang menjaga booth tersebut.hehe.Macam tak percaya saya boleh bertingkah lidah dengan beliau tapi waktu tu memang dah blurr sangat nak pilih antara asasi dan matrikulasi. Hanya saya dan beberapa orang pelajar lelaki dari SMKA AL-Irshad yang berada di booth tersebut.
Pelbagai soalan saya ajukan kepada pensyarah lelaki tersebut dan sememangnya beliau sangat hebat berkata-kata dan berjaya meyakinkan saya untuk tetap memilih KMPP. Bukan itu sahaja, beliau turut memberikan saya dan pelajar-pelajar lelaki tersebut keistimewaan untuk menyemak keputusan tawaran melalui sistem maklumat yang diakses oleh pensyarah tersebut kerana keputusan tawaran akan keluar pada keesokannya.Tidak lama kemudian, saya menerima panggilan daripada pensyarah tersebut mengatakan bahawa saya berjaya mendapat tawaran ke KMPP. Syukur alhamdulillah.(^-^)
![]() |
| Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. |
But somehow, later then I chose to pursue my studies in Centre for Foundation Studies International Islamic University (CFSIIUM) instead of KMPP yang saya angan-angankan. Itu adalah pilihan yang saya buat tahun lepas.
Saya terfikir apa yang saya angan-angankan dan tindakan yang saya ambil adalah sama sekali bertentangan. Saya berharap. Dan Alhamdulillah harapan saya tertunai. Tapi kemudian saya memilih selain daripada harapan tersebut. Saya berpaling daripada harapan tersebut. Kenapa? Mengapa? Bagaimana saya boleh terfikir untuk bertindak sedemikian rupa? Despite of tindakan luar jangkaan itu, I can proudly say that I have no regrets.Insha Allah, never before, not now and never will.
I am happy that the path that I have chosen before ended up so beautifully. So wonderful to be exact. Di sekolah lama, saya tetap memperoleh 10 A dalam genggaman dengan izin Allah juga tentunya. Di sekolah lama, saya tetap bergelar Ketua Pengawas Sekolah. Di sekolah lama, saya tetap disayangi oleh sahabat-sahabat dan guru-guru. I have nothing to lose. SMKPK has lots to offer as much as SMSTSSS does.So yes, I have nothing to lose nor things to regret.
In CFSIIUM, I met a lot of good, great inspiring people. The environment in CFS is just as condusive as KMPP. The iqlim dini in CFS is a bonus for me, alhamdulillah. To be able to gather with good soleh and solehah friends is definitly a good opportunity for me to change into a better me, melalui pengislahan diri ke arah yang lebih baik, menjadi hamba yang lebih taat insha Allah. So yes, I am grateful that I have chosen CFSIIUM over KMPP.
![]() |
| Welcome to The Gate of Garden, Knowledge and Virtues. |
And somehow one beautiful verse of Allah's Love Letters Compilation came across my mind. Allah mentioned in Surah Al-Baqarah, verse 216:
"Fighting is prescribed for you, and you dislike it. But it is possible that you dislike a thing which is good for you, and that you love a thing which is bad for you. But Allah knows, and you know not."
Allah sebut boleh jadi kita suka sesuatu tapi sesuatu tu tak baik untuk kita, boleh jadi juga kita tak suka sesuatu tapi sesuatu tu la yang baik untuk kita.Saya berharap kerana saya beranggapan bahawa itu adalah baik untuk saya.Tapi apabila harapan itu tertunai, saya berpaling daripada harapan tersebut.But still walaupun saya memilih yang lain namun pengakhiran yang saya dapati daripada pilihan yang saya buat adalah baik dan sangat menggembirakan bagi saya.Sungguhlah saya hamba yang tidak mengerti sesuatu apa pun melainkan apa yang Dia izinkan.
Simple equation. Bad may not be bad, it may be good. Good may not be good, it may be bad.Kita melihat melalui kaca mata kita yang lemah ini, tapi Allah melihat melalui zat kesempurnaan-Nya yang Maha Melihat.Kita tidak mengetahui hikmah, rahsia di sebalik setiap sesuatu yang berlaku, sedangkan Dia Maha Mengetahui.Jadi pengajaran yang saya dapat di sini, janganlah rasa down atau sedih apabila kehendak, impian, harapan kita tidak terlaksana, mungkin Allah ada perancangan lain untuk kita.Kita merancang, Allah juga merancang dan sudah tentu perancangan Allah adalah bergiga ganda lebih baik daripada kita.Bersangka baiklah dengan Dia kerana Dia lebih tahu.
Alhamdulillah.Syukur ya Allah kerana telah menurunkan ilham di hati ini untuk mengatur langkah sebaiknya di bumi-Mu ini.Syukur yang tidak terhingga.Alhamdulillah ya Allah~
Bimbinglah langkahku menuju-Mu...
![]() |
| Langkah yang masih panjang.fighting!! (^-^) |





