Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
"Mukmin yang kuat lebih disukai Allah SWT berbanding mukmin yang lemah."
Kata Ustaz Hasrizal;
"Hiduplah untuk memberi."
Gaduh manja dengan Kak Umi.
Sebab tahu dan sedar, diri ni banyak menyusahkan Kak Umi.
Kata Ustaz dalam Laskar Pelangi;
"Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya,
bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya."
Terlalu banyak menerima, sedangkan kurang memberi.
Bukan tak nak memberi, tetapi belum berkemampuan untuk memberi.
Dan ayat yang saya pelekat kat dinding;
"Kalau tak boleh nak menyenangkan orang,
jangan menyusahkan orang."
Tapi, kata Kak Umi;
"Boleh juga memberi dalam pelbagai bentuk.
Nasihat, kata-kata semangat."
Terkesan kejap. Tak terfikir sampai begitu sekali.
Dan hari itu, bersembang dengan Dilah. Azam tahun baru nak jadi orang yang bermanfaat. Dan sesama sedih dengan Dilah sebab rasanya belum cukup bermanfaat lagi diri ni.
Tapi, kata Dilah;
"Atin bermanfaat lah. Atin jadi sumber rujukan kitorg, ajar bila tak faham."
Terkesan lagi. Tak sedar. Terlalu memikirkan untuk memberi dari segi material. Tak sedar yang menfaat itu pelbagai bentuk.
Jadi, wahai diri. Sedar please.
Memang kamu tu tak mampu nak memberi dari sudut material.
Diri sendiri bahkan mengikat perut berjimat kerana tak nak menyusahkan mak dan ayah.
Tapi, manfaat, bantuan, pemberian itu pelbagai.
Jangan disempitkan apa yang Allah jadikannya luas.
Sumbangan masa, tenaga, buah fikiran dan banyak lagi boleh diberikan.
Jadikan tahun ini,
tahun memberi manfaat.
InshaAllah. InshaAllah.
"Selagi ada kudrat, kita akan kekal dengan hasrat."
Faham tak, Fatin? Okay, pergi sambung study. >.<
Faham tak, Fatin? Okay, pergi sambung study. >.<
Wallahu'alam.
