Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Esok pagi, pukul 9.00 pagi inshaAllah exam. Eh bukan esok, tapi sat lagi. Pukul 9 pagi, exam.
Jumaat petang, terima whatsApp dari sahabat. Bertanya tentang kehadiran ke Maulid Akbar MTDM pada malam harinya. Waktu itu, terasa waktu kian menyempit. Banyak komitmen, sedikitnya masa. Dan jawab diri ini. Ingin meng'aula'kan yang aula. Kalau Allah menginginkan, mentakdirkan saya hadir, akan ke sanalah saya. Tiada yang dapat menolaknya.
Dan malamnya. Takdir Allah benar-benar membawa saya ke MTDM. Alhamdulillah Allah memilih saya untuk berada di situ. Tanda Allah sayang ialah Allah jemput kita ke rumahnya. Letak kita dalam kalangan hamba yang dekat dengan-Nya. Pilih kita untuk berada dalam majlis zikir memuji-Nya dan Rasul-Nya yang mulia.
Sampai saja, excited bila dapat button badge 1436 Hijrah MTDM. Sangat excited sebenarnya. Bahkan, Allah takdirkan saya duduk di belakang zaujahnya Al Habib dan anak-anak beliau. Sering kali mendengar kisah Kak Umi tentang zaujahnya Al Habib. Hari itu, bersua muka. Alhamdulillah.
Takdir Allah juga, saya diketemukan dengan si kecil Aisyah yang persis sekali seperti si kecil Farah. Rambutnya, tembam pipinya, senyumnya. Cair. Malam itu, saya cair~
Tausiyah pertama disampaikan oleh Habib Najmuddin seusai solat Maghrib. Seawal kalam, Habib menyentuh tentang niat kehadiran ke Maulid. Terus set niat. Yang terkesan apabila Habib umpamakan setiap umat Rasulullah SAW ini punya hubungan langsung dengan Rasulullah SAW. Dan andai diibaratkan hubungan tersebut seperti tali yang terus dari Rasulullah kepada kita. Ya, kepada kita, sekian ramai umatnya Rasulullah SAW dari awal dakwah Baginda sehingga ke hari ini. Kata Habib, seberapa besar dan susah Rasulullah untuk memegang tali semua umat Baginda, namun tidak akan sekali-kali Baginda melepaskan. Tidak akan sekali-kali.
Lalu, kitalah yang melepaskannya. Ada tali yang panjang, jauh daripada Rasulullah kerana tidak mengikuti sunnah Baginda. Ada tali yang kendur lantaran kurangnnya berselawat kepada Baginda. Ada tali yang tegang, dan jaraknya dekat dengan Rasulullah kesan daripada banyaknya berselawat kepada Baginda. Ada yang ditarik sendiri oleh Rasulullah supaya semakin merapat kepada Baginda dek dekatnya hubungan hatinya dengan Rasulullah. Lalu, apakah agaknya keadaan tali kita?
Sudah banyakkah selawat kita ke atas Baginda?
Sudah terbiasakah lidah ini menuturkan puji-pujian buat Baginda?
Sudah terbiasakah lidah ini menuturkan puji-pujian buat Baginda?
Sudah terlaksanakah segala sunnah-sunnah yang ditinggalkan oleh Baginda?
Kata-kata yang sering diulang oleh Ustazuna, Ustaz Muhadir,
"Almahabbatu tahtaju ilal bayaan
Cinta itu menuntut kepada pembuktian."
Kata-kata yang sering diulang oleh Ustazuna, Ustaz Muhadir,
"Almahabbatu tahtaju ilal bayaan
Cinta itu menuntut kepada pembuktian."
Lidah jangan hanya terus-terusan menyebut cinta, apabila hati dan tindakan malah tidak setara.
Teringat hadis yang dikisahkan oleh Syeikh Husni, apabila Baginda didatangi oleh seorang Badwi yang bertanyakan tentang hari Kiamat. Rasulullah tidak menjawab pertanyaan tersebut tetapi Baginda mengajukan persoalan yang lebih utama dan realistik. "Apakah yang telah kamu sediakan untuk Hari Kiamat itu?" Jawab si Badwi, "Tiada yang aku sediakan melainkan cinta kepada Allah dan Rasul-Nya." Indah balasan Rasulullah, "Kamu akan bersama dengan siapa yang kamu cintai."
"Kamu akan bersama dengan siapa yang kamu cintai."
"Kamu akan bersama dengan siapa yang kamu cintai."
"Kamu akan bersama dengan siapa yang kamu cintai."
Lalu, tanyakan kepada diri. Siapakah yang kamu cintai? Apakah manusia lainnya, atau dirimu sendiri? Sudah benar-benar cintakah kamu kepada Rasulullah? Atau apakah sekadar ucapan penghias bibir?
Cinta memerlukan kepada pembuktian. Maka, buktikanlah cintamu, duhai diri. Buktikan cintamu. Buktikan cintamu.

Memetik tausiyah yang disampaikan Habib Ali Zainal Abidin pada malam tersebut, "Kurang bijak lah bagi sesiapa yang menganggap kebersamaan bersama Rasulullah hanya pada jasad."
Meski tidak bertemu jasad, tidak mendengar bicara, tidak bersua muka. Aku ingin bersama denganmu.
Seperti yang ditampal pada kereta kak Umi. 'Rasulullah itu masih hidup, di dalam hati-hati kita.'
.

Ya Rasulullah sallahu 'alaihi wassalam, aku bersamamu.
Cintaku rapuh, cintaku lemah. Merangkak-rangkak membina cinta kepadamu.
Namun, aku akan berusaha untuk terus mencintaimu, aku akan berusaha untuk terus mengenalimu.
Buah daripada kenal itu ialah cinta.
Azam dan azam untuk khatamkan Syamail Muhammadiyah pada bulan Rabiulawal yang mulia ini. Bulan yang mulianya bukan berdiri sendiri, tetapi kerana di dalamnya lahir insan mulia.
Kata Syeikh Husni. "Semua yang berkait dan berhubung dengan Rasulullah menjadi mulia." Kita menjadi mulia dengan asbab menjadi umat kepada insan yang mulia.
Tapi mampukah kau berbangga dengan keistimewaan yang diberi apabila terbukti diri tidak mencintai Baginda dengan sesungguhnya. Tidak sama sekali.
Buktikanlah cintamu, wahai diri. Buktikan.
InshaAllah, 1436 Hijrah. Tahun pembuktian cinta.

اللهم صلي وسلم على
سيدي و حبيبي
و طبيبي قلبي
وجسدي وروحي
سيدي رسول الله
محمد ابن عبد الله
الصديق الأمين
وعلى اله وصحبه اجمعين
Wallahu'alam.