Petang yang Manis!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Jumaat lepas. Tak ada kelas.
Rumet ajak p Nando's. Nak tebus baucer yang dia dapat.
Petang tu jugak, ada program di Masjid. Program MTAN.

Kak Fad telefon. Minta tempahkan makanan kat Aminah. Untuk Syeikh.
Kemudian. Rupanya Kak Fad pun dah tempah Nasi Mandi.
Cuma perlukan pinggan dan cawan. Baik. Baik.

Dah gtaw Kak Fad awal-awal.
Saya kena pergi awal. Sebab ada janji dengan rumet tersayang.
Pergi angkat makanan. Pergi amek buah. Pergi amek Nasi Mandi.
Kemas meja makan VIP. Susun pinggan cawan semua.

Nak dijadikan cerita.
Nasi Ayam yang kami bungkus hilang.
Pelik. Pelik. Anggap saja tak ada rezeki.
Teruskan dengan khidmat bahagian Katering.

Pukul 3.30 petang dah cadang nak keluar. Tapi entah.
Kaki tak tergerak pun. Jasad masih di situ. Saat itu.
Pukul 4.00 petang. Syeikh masuk. Ramai. Peneman Syeikh.
Syeikh sempat speaking Arab dengan Kak Fad. Masha Allah. Hebat.

Kami berempat nyorok dalam dapur kecik.
Tiba-tiba bising kat meja Syeikh makan.
Ada orang datang. Dengar Kak Syafikha sebut.
Syeikh Husni Ginting Al Langkati.

Haaah. Serius?
Dan ya, memang Syeikh Husni.
Allah. Allah. Pertemuan pertama.
Bersama Syeikh, Ustaz Abdullah.
Allah. Allah. Akhirnya ketemu.

Tak terkata apa-apa. Syukur. Syukur.
Kata Kak Fad, kita beruntung berada dalam MTAN.
Sebab dapat jumpa Masyaikh dan Habaib.
Sambung saya, pastu dapat khidmat lagi.
Indah. Indah. Indah!

Kata saya lagi.
Takdir Allah menetapkan saya di sini.
Bukan di Nando's.

Sungguh. Sebab dari awal.
Sudah saya niat untuk tidak hadir ke program.
Tapi, Dia tetap menginginkan kehadiran saya.
Tetap ingin mempertemukan saya dengan penyokong dan pendukung agamaNya.
Siapa yang boleh menghalang? Nobody.

Masa sibuk-sibuk di dapur.
Dengan Abang Adli kejap-kejap datang minta cawan, pinggan.
Tangan saya tergerak check satu-satu kabinet.
And guess what. Buka saja kabinet bawah, ehh Nasi Ayam tadi!
Allahu Allah.

Kata Kak Fad, memang kalau dah Allah takdirkan rezeki tu untuk kita,
walau macam mana pun tetap akan jadi milik kita.
Angguk-angguk.

Betul lah.
Ilham itu sungguh dari Allah.
Cuba kalau saya tak digerakkan untuk buka.
Busuk dan rosak Nasi tu ternyorok dalam kabinet.

Habis Syeikh makan. Syeikh beransur keluar dari bilik VIP.
Laju kami-kami keluar dari dapur.
Kunci pintu. Meluru ke arah makanan Syeikh.
Hehe. Banyak lagi. Tak luak pun.
Kak Fad suap kami semua sorang-sorang.
Hee. Bestnya. Bestnya.
Nak bertabaruk dengan makanan Syeikh.
Moga-moga berkat Syeikh, kami berempat mampu bergelar Wanita Syurga.
Insha Allah. Amin. Allahumma Amin.

Allah. Sungguhlah.
Petang itu. Manis.

Wallahu'alam.

Leave a Reply

Powered by Blogger.
Super Kawaii Cute Cat Kaoani