Dilema Solat.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Sem lepas CGPA 3.829. 
Alhamdulillah syukur. 

Sem ni. Terasa berdebar hati. 

Dan yang peliknya, di unversiti Islam ni lah, saya terasa seperti sedang belajar di luar negara. Macam Kak Ain, Kak Hafizah dan Kak Awin kat OZ. Pelik sebab perlu terkejar-kejar untuk solat sebab lecturer tak terima alasan lambat sebab solat. "The time table says that our class starts at 5. You have to respect the time table."

Jadual dunia respect. Jadual Allah siapa nak respect then? 

But, the lecturer is awesome. I like her. She is very much energetic. And she is a foreigner. She is as Islamic as she is. Cuma part solat tu je tak boleh nak digest sangat. 

Kata Kak Fad, dengar je azan, terus solat. Dan Isnin lepas, dengar saja Azan, laju kami-kami semua angkat takbir ikut Imam, Cik Adilah Mardhiah. Dan kelas hari Rabu, kami guna inisiatif lain. Solat dalam kelas. Amacam? Percaya tak? Yes we did. 

Cuma, dalam kelas sebelah yang tak ada orang. Hihi. Sebab kalau solat kat Musolla, jarak dari musolla ke kelas tu agak ambil masa dan kalau lambat memang kena tanda bulat dengan L - Latecomers. Walau hanya beberapa saat. Tiga L = warning letter.

Sekarang ni Asar makin awal, insha Allah tak perlu rushing sangat ke kelas. Dan rasa, akhirnya faham apa budak-budak study overseas rasa. Huhu. Walau hanya secebis dan sekelumit. Macam mana diorang kat sana. May Allah ease and assist. 

Wallahu'alam. 

Leave a Reply

Powered by Blogger.
Super Kawaii Cute Cat Kaoani