Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Ain memandang Hawa dengan pandangan yang dalam. Bagai sedang memikirkan sesuatu. Mencari persoalan untuk soalan yang dikemukan oleh Hawa sebentar tadi. Lama di berfikir, kemudian tangan Ain mencapai seketul batu kerikil di atas tanah lalu dia melukis satu garisan panjang. Hawa jadi tertarik.

"Awak nampak garisan ni? Yang kat sebelah atas ni Allah. Dan kat bawah ni manusia. Dan pilihan awak sendiri, untuk berada di atas garisan mahupun di bawah garisan." Mendengar kata-kata Ain itu, Hawa menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Err make it simpler please, huhu" pinta Hawa.
"Maksud sy, garisan ni sebagai sempadan. Kalau awak berada di atas garisan, dekat dengan Allah, maka awak akan melihat hanya Allah. Awak akan buat apa sahaja demi Allah, kerana Allah. Tapi, kalau awak letak diri awak di bawah garisan ni, dan bila awak pandang bawah, asyik nampak manusia reramai kat bawah tu, sebab tu awak asyik nak puaskan hati diorg, ikut cakap diorg, please kan hati diorg sampai awak terlupa yang perlu awak please hanyalah Allah, yang di atas ni," jelas Ain panjang lebar.
"Letak diri di atas garisan, dekat dengan Allah? Gitu maksud awak?" Hawa bertanya memohon kepastian.
"Yup, supaya insha Allah hanya Allah yang awak nampak. Dan hanya dia tujuan awak. Hanya Dia yang perlu awak please. Dan bukannya manusia, cik Hawa yang comel." Ain tersenyum.
Hawa diam. Lama dia merenung garisan yang dilukis oleh Ain itu tadi. Dan perlahan-lahan dia mengangkat kepala, memandang tepat kepada Ain,
"Awak...doakan saya.." Mata Hawa mula berkaca-kaca.
"Awak...doakan saya.." Mata Hawa mula berkaca-kaca.
"Semestinya insha Allah. Tapi3, dengan syarat!"
"Eh, nak doa pun ada syarat...."
"Syaratnya, awak pun kena doakan saya, dan ingatkan saya selalu. Saya juga, mudah lupa. Awak, ingat saya sentiasa dalam doa awak ya."
:')

