Dia Menjaga.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Tipu.

Tipulah kalau saya katakan hati ini tidak gelisah untuk bertukar ke Gombak.
Sedang sahabat-sahabat karib yang merupakan kekasih hati ini semuanya ke Kuantan.

Dan saya,
sendirian ke Gombak.

Hati risau.
Entah kelompok manakah diri ini bakal dicampakkan di Gombak nanti?
Entah bagaimanakah keadaan sahabat-sahabat baru di Gombak nanti?

Tapi saya kuatkan hati.
Saya yakin pada Dia, Dia yang akan menjaga saya.
Dia yang akan meletakkan saya dalam kalangan sahabat yang pada padangan-Nya adalah baik untuk saya.
Meskipun tidak pada pandangan saya. Sungguh, saya tawakal.

Kini.
Hampir dua bulan di Gombak, saya bersyukur.
Sangat terasa bahawa Dia benar-benar menjaga saya.
Maka nikmat mana lagikah yang ingin didusta?
Sungguh, tiada.

Mimi. Faseha. Ayu. Aziera. Kak Fa. Aminah. Kak Aisyah. Kak Syafikha. Kak Diana. Kak Rafidah. Kak Fadhillah. Kak Dayah. Syira. Shue. Jannah. Syifa. Azra. Azura. Basyirah. Dan ramai lagi.

Sedikit demi sedikit melengkapkan saya.
Seperti kepingan puzzle yang mula menampakkan gambarannya.
Rasa hati ini, hanya Dia yang tahu. Sungguh, saya bersyukur.

Dan yang sangat saya syukuri, rakan sekelas saya, hatinya sangat lunak dengan talaqqi. Nikmat yang sangat besar buat saya. Dan semalam, kami sama-sama menghadiri Majlis Maulid Bulanan MTDM. Alhamdulillah 'ala kulli hal. Syukur setinggi-tinggi kesyukuran.

Wallahu'alam.



Leave a Reply

Powered by Blogger.
Super Kawaii Cute Cat Kaoani