Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Kerana beza antara kau dan aku sering menjadi sengketa
kerana kehormatan diri sering kita tinggikan di atas kebenaran
kerana satu kelemahanmu padaku seolah menghapus sejuta kebaikan yang lalu
wasiat Baginda Nabi itu rasanya berat sekali;
"jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara"
mungkin lebih baik kita berpisah sementara, sejenak sahaja
menjadi kepompong dan menyendiri
berdiri malam-malam, bersujud dalam-dalam
bertafakur bersama iman yang menerangi hati
hingga tiba waktunya menjadi kupu-kupu yang terbang menari
melantun kebaikan di antara bunga, menebar keindahan pada dunia
lalu dengan rindu kita kembali ke dalam dakapan ukhuwah
mengambil cinta dari langit dan menebarkannya di bumi
dengan persaudaraan suci, sebening prasangka, selembut nurani, sehangat semangat, senikmat berbagi dan sekukuh berjanji.
-Dalam Dekapan Ukhuwah, Salim A. Fillah.

