Nabi Musa A.S Dan Dr. Mursi.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Hee. Sengih kerang busuk kejap. 
Rasmi template baru. Uhuk.

:)



Masa awal-awal isu tentang Mesir mula hangat. Dan selepas Dr. Mursi dijatuhkan. Yang terlintas di fikiran saya adalah kisah tentang Nabi Musa A.S. Mungkin sebab masa tu baru je go through kisah tu dalam Al Quran. Masa baca tu, memang terkesan dengan satu ayat ni. 


"Mereka berkata: “Hai Musa, kami sekali-kali tidak akan memasukinya selama-lamanya, selagi mereka ada didalamnya, karena itu pergilah kamu bersama Rabbmu, dan berperanglah kamu berdua, sesungguhnya kami hanya duduk menanti di sini saja."- Al Maidah, 5:24


Dalam hati cakap sengsorang sampai hati dia orang buat macam tu, cakap macam tu kat Nabi Musa yang dah selamatkan dia orang daripada Firaun yang kejam lagi zalim tu. Macam agak melampau. Huhu. 

Dan bila baca tentang isu semasa di Mesir, ibaratnya macam tu lah. Dr. Mursi dah selamatkan rakyat Mesir daripada Hosni Mubarak yang kejam dan mereka sendiri yang mengundi Dr. Mursi sebagai Presiden Mesir tapi bila Dr. Mursi nak melaksanakan syariat Islam yang sebenarnya, mereka malah berpaling dan lebih teruk lagi menggulingkan Dr. Mursi. Uih. Bakpo jadi gini?

Dua minggu lepas, Ustaz Afnan Hamimi datang ke Surau Al Muhtadin kat taman ni sebagai jemputan untuk menyampaikan tazkirah. Gaya cakap Ustaz macam Ustaz Shaari, macam Amin Idris pun ada. Semangat gitu. Malam tu Ustaz bercakap tentang Mesir. Dan kenapa sampai jadi begitu hari ini. Dan kata Ustaz ianya soal kefahaman. Kefahaman tentang Islam. Bukan ke kalau nak tegakkan Daulah Islamiyah, first kena tegakkan Islam tu dalam diri dan masyarakat sendiri dulu. Itu saya tambah. Dan malam tu, terdetik di hati untuk tahu lebih lanjut lagi tentang kisah Nabi Musa dan Bani Israel. Kisah yang sampai boleh dia orang katakan pada Nabi Musa, 

"Hang p dengan Tuhan hang, kami tunggu tang ni. Dah menang, baru hang panggil kami." 

Ouch! 


***

Sabtu lepas, ikut Pak Su pergi kuliah di Yayasan An Nahdhoh. Nak melawat Tok jugak kat situ. Sepanjang Ramadhan ni, Tok ke sana. Macam madrasah gitu. Semasa dalam perjalanan, saya ambil Al Quran Pak Su dan baca. Jeles tengok Pak Su dah juz 21 sedangkan saya baru juz 19. Pak Su kerja, ada anak kecil, tapi kenapa boleh potong saya? Jeles. Sampai di sana, Pak Su benarkan saya bawa Al Quran Pak Su untuk dibawa ke ruangan muslimat, nanti bakal ada kuliah Tafsir Quran. Kata Pak Su, nanti Pak Su mesejkan ayat dan surah apa. Dan waktu tu baru perasan HP tertinggal di dalam kereta. 

Start sahaja kuliah tafsir, saya amati Surah yang Ustaz Abdul Mutalib bacakan. Ni surah yang bahagian awal-awal ni. Tapi surah apa, ayat berapa? Tengok orang sebelah, pada buku nota beliau tertulis Surah Al Maidah. Oh. Terus buka Quran. Eh ayat berapa? Dan macam tak percaya ayat yang Ustaz baca ada depan mata. Hehe. La hawla wa la quwwata illa biLLAH. Excited kejap masa tu. Random je buka tapi betul. And guess what, Ustaz baca Surah Al Maidah, ayat 21-26. Kisah tentang Nabi Musa.  

Sungguh. Sungguh. Sungguh. Best sesangat. Ustaz recite sirah macam kejadian tu jadi depan mata je. Barulah faham sefahamnya kisah yang disebutkan dalam ayat-ayat tersebut. Macam mana Nabi Musa menghantar 12 orang Naqib untuk menyiasat tentang Baitul Maqdis. Dan kata Ustaz, sunnah kalau nak tugaskan apa-apa, lantik 12 orang. Kata Ustaz, hawariyyun Nabi Isa A.S juga 12 orang. Malah semasa di Madinah, Rasulullah SAW turut melantik 12 orang daripada Aus dan Khazraj sebagai Naqib. 

Dan macam mana daripada 12 orang yang Nabi Musa utuskan ke Baitul Maqdis tu, 10 orang mula putus harapan kerana kaum yang bakal mereka perangi adalah golongan yang gagah dan kuat. Hanya dua orang yang benar-benar positif dan memberikan harapan kepada Nabi Musa. Yang selebihnya semua pakat tak mau masuk Baitul Maqdis kerana takut akan golongan yang jabbarin itu. Golongan yang gagah perkasa. Dalam ayat tu saya perasan digunakan kalimah 'Lan' yang bermaksud tidak akan pernah buat selama-lamanya mereka akan masuk selagi kaum itu masih di dalamnya. 

Kemudian, bagaimana mereka dihukum berada di Padang Tiih tersebut selama 40 tahun sehinggakan Nabi Harun wafat di situ dan diikuti dengan kewafatan Nabi Musa. Dan di situ juga lah mukjizat 12 mata air Nabi Musa keluar dan jugak Allah turunkan Manna dan Salwa since tempat tu sangat kering kontang. Kemudian, selepas kewafatan Nabi Musa, golongan muda  belia yang diketuai oleh Yusyaq Bin Nun, salah seorang daripada dua orang yang positif tadi bangkit dan membebaskan Baitul Maqdis bagi meneruskan perjuangan Nabi Musa. Kat sini, Ustaz terang tentang kepentingan golongan muda. Lagi-lagi yang berfikir dan mengkaji. Bukan hanya tahu berseronok dan berhibur semata.

Masha Allah. Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat. Kenyang dengan ilmu pagi tu. Dan dapat juga mengubat rindu pada majlis ilmu sebegini. Teringatkan Baitul Qurro. Teringatkan Mak Cik Saadiah yang saya jumpa di BQ sewaktu Kuliah Dhuha seperti ini. Sejuk hati melihat sekitar kawasan Yayasan An Nahdhoh. Adik-adik tahfiz. Muslimin muslimat yang hadir. Allah. Allah. Lapang rasa hati.

Bersyukur sebab unspoken du'a saya Allah jawab. Dengan begitu indah sekali. Bersyukur juga kerana diberi kesempatan mengutip ibrah daripada kisah Nabi Musa dan juga apa yang berlaku di Mesir kini. Semoga Allah menguatkan Dr. Mursi dan saf Ikhwanul Muslimin di Mesir. Semoga yang hak akan menang melenyapkan yang batil. Dan sungguh, Allah itu tidak akan memungkiri janji-Nya. 


Wallahu'alam. 

Leave a Reply

Powered by Blogger.
Super Kawaii Cute Cat Kaoani