Ana Uhibbuki Fillah.:')

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

0326:08072013 TBP

One of my sahabat sayang, Amira Azhar message me earlier. Wondering about my MIA-ness (I wonder if that is even a word). Hee. I replied;


           |Saja nak bagi orang rindukan saya.:P|

Ada kalanya sendirian itu perlu. Kemudian beliau mengatakan bahawa malam ini bakal diadakan Maulid di MKIM. Wah. Jeles nih. Hehe. 

           |Rindu.:') Awak buat apa tu.|
       
           |Saya tengah mesej kekasih hati sayalah.:P|

*** 

Baiklah. Post tersebut terpaksa dihentikan kerana ditakuti bakal mengundang diebetes kerana terlebih gula dan manisnya. Hee. Sumpah, rindu! What else can I say? Astaudikillah ya habibaty.:')

Semalam. Sungguh tebal muka menahan malu. Kebas je rasa muka ni. Tangan pun dah mula berpeluh dingin. Tak sangka tersilap circle tarikh dalam planner. Hee. Lawak bila diingat semula. Esok! Esok betul, Insha Allah. 
Dalam tergelak sengsorang menahan malu, satu mesej masuk. Langsung terhenti tawa. Automatically. Kalau Farha tahu, tak ada ayat lain akan keluar melainkan;

             "Huaa, Fatin. Tak boleh jadi ni. Awak memang dah kena kahwin."

Tidak, bahkan tidak. Bukan masanya. Barangkali, sebelum ini saya jadi marah. Ayah juga bahkan turut pening. Lagi dan lagi. Sehingga saya membuat keputusan untuk tidak akan merisaukan Ayah lagi. Biarkan sahaja rasa mereka itu terus berbicara. Kerana, ini bukan masanya. Not just yet.

***

Saat perjalanan adalah pencarian diri. Laksana Adam dan Hawa. Turun ke bumi. Terpisah jarak waktu. Dipenantian mencari diri. Memohonkan ampunan dipertemukan.


-Menjemput Bidadari.


***

"Cinta yang ada itu, hanya semata datang dari ALLAH.





Dan walau apa pun yang berlaku,

Pilihan masih akan berada di tanganmu.
Yakni, hatimu akan dibukakan oleh ALLAH.

Kerana tidak ada kekuatan melainkan dari ALLAH.

DIAlah yang menjagamu.
DIAlah yang akan menunjukkan untuk siapa dirimu.
Semuanya, dengan izinNYA.

Kerana tidak akan ada satu tangan yang mampu memetik bunga, tanpa izinNYA."

-Kekasih hatiku, Amirah Hazwani.


***

And to my dearest Umayr,

"Bila yakin telah tiba,
teguh di dalam jiwa,
kesabaran menjadi bunga."

Selamat menjadi bidadari, duhai kekasihku.

Katakan padanya, aku di sini cemburu. 
Kekasihku bakal menjadi milik orang lain.

Tapi aku juga senang dan bahagia.
Kerana ku tahu, kau juga begitu.

Semoga dipermudahkan segala urusanmu.
Doaku bersamamu, selalu.

Sungguh, seperti katamu. 
Tidak ada kekuatan melainkan dari Allah. 
Dan kini hatimu telah dibukakan oleh-Nya. 


Semoga Allah memeliharamu dan mempermudahkan segala urusanmu di sana. 
Sayang dan cinta buatmu di Kaherah sana. Salam rindu dari Malaysia. 



Wallahu'alam. 

0804:09072013 TBP

Leave a Reply

Powered by Blogger.
Super Kawaii Cute Cat Kaoani