Week 3.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Senyum.:)


Dalam senyum ada tangis. Wah. 

Tak ada rezeki untuk berkunjung ke raudahatul jannah di Melaka. 
Ghibtah jugak tengok Kak Husna update tentang BQ.:3 

Amira di Pondok Baitul Qurro wal Fuqoha. 

Hazirah di Maahad Darul Hadis. 
Magnet baru balik Umrah. 
Saya? 

Lama juga memujuk diri. 

Zahirnya tidak menangis. 
Tapi hati ni, memang tengah menangis.T.T

Hanya satu. Faith. 


Semua dari DIA adalah baik. Mata zahir ni je tak nampak lagi. Terhijab lagi. 

Percayalah wahai diri sendiri. Semua dari DIA adalah baik. 

Al Baqarah: 216. Suka betul ayat nih. 

Sebab at the end of the ayah, Allah sendiri sebut:

               "And Allah Knows, while you know not."

Tepat. Padat. Mutakhir gitu. I am nobody to question it kan. 

Laporan dah semakin siap. Dah hampir 100 muka surat. Alhamdulillah. Thanks to my family PERKIM. Cuti-cuti ni masih diganggu oleh saya. Saya, (bak kata Yana, dak comot) SU pencen yang masih bekerja. Menyiapkan laporan sampai termimpi-mimpi. 23 program sepanjang sesi 2012/2013. Itu menjawab soalan kenapa boleh sampai 100 lebih muka surat. Moga-moga setiap program-program tu Allah redha. Amin. Amin. Amin, ya Allah. 

Semalam hantar borang GSTT. Tapi rasa macam tak dapat. 
Agak pesimis di sini. Cuti telah menyebabkan saya menjadi pesimis. 24/7 di rumah. Wah! 

Tadi, Alhamdulillah baru merasa jejak tanah. Pergi ikut Mak Ayah beli baju kemeja adik. Ada orang tu nak masuk JMTI kan. Duduk rumah 24 jam menghadap game. Bergembiralah anda. Nanti kat sana, non-stop kena menghadap machine segala bagai. Padan muka.:P 

Anthem, done. 
Cinta Di Langit Gaza, tamat.
Di Hamparan Shamrock, Ku Seru Nama-Mu, khalas.

Best baca Di Hamparan Shamrock. Buku beli di Kelantan hari tu. Hehe. Orang lain p Wakaf Che Yeh p shopping. Saya melencong singgah kedai buku. Baca buku tu, baru tahu tentang The Pink Room. Best sebab dapat menyelusuri kehidupan Ustaz Hasrizal sewaktu di UK dan Ireland. 

Macam ada sama masa Ustaz jadi Minister of Religion di Belfast sana, tengok Ustaz kena gelak masa bagi khutbah sebab sebutan English yang agak unik, tengok Ustaz deal dengan gelagat anak-anak di sekolah tu. Bukan setakat anak-anak, tapi juga bekas guru besar yang tak puas hati dengan Ustaz. Macam ada sama dengan Ustaz dalam The Pink Room dengan Ustaz waktu Ustaz kena tahan kat UK. Tengok sendiri Ustaz mengislamkan ramai penduduk sana. 

Pasca 9/11, ada polis berjaga kat masjid masa Solat Jumaat, dan tak kurang juga ramai yang mula kenal dan tertarik dengan Islam masa tu. Hah-ha. Agenda jahat yang depa-depa dok rancang rupanya lagi memberi kelebihan kepada Islam untuk tersebar. Macam peristiwa di Hudaibiyah. Banyaklah dalam buku tu cerita. Masuk ke hati. Sungguh. Ada la jugak dua tiga kali bergenang air mata baca. Terutama sekali kisah pengislaman orang-orang kat sana. 

Mereka mencari kebenaran. Dan Allah temukan dengan kebenaran. Macam mana dengan anda wahai diri sendiri? Born to be a Muslim, in a Muslim family, Muslim society, Muslim country. And yet, begitu banyak lopong di sana sini. Allah.T.T 

Mujahadah untuk istiqamah. Permudahkan ya Allah. Make me strong so I can get through this. Terasa betul baca status Hilal tentang tenang dalam beriman dan beriman dalam tenang. Masha Allah. Kalam yang tentunya ilham daripada Dia yang betul-betul menusuk ke jantung hati. 

***

"Ramai yang beriman di dalam tenang, tetapi tidak tenang dalam beriman.

Beriman dengan suasana comfort zone. Menjadikan imannya lemah. Dia tidak mendalami makna keimanannya. Keimanannya tidak membuahkan amal yang sepatutnya. Maka tatkala keimanannya diuji, ia menjadi goyah lantas musnah. 

Tetapi berbeza dengan mereka yang tenang dalam keimanan. Mereka diuji, iman mereka sentiasa dicabar dan mereka pula sering berusaha mengatasi cabaran tersebut. Lantas mereka sampai ke satu tahap kekentalan, kekuatan, dan keimanan mereka telah teruji serta terbukti. Lantas walau dunia bergegar hebat sekali pun, mereka tetap tenang dengan keimanan di dalam diri. Tidak gelabah. Tidak resah.

Amat berbeza orang yang beriman dalam ketenangan, dengan orang yang tenang dalam keimanan.

Kadang kita perlu mencabar diri dengan kepayahan untuk hadirnya ketenangan. Jika mahu senang lenang aja, risau nanti disergah sekali terus berkecai segala pegangan." -Hilal Asyraf

Allah, kurniakan daku istiqamah.

Wallahu'alam. 


Leave a Reply

Powered by Blogger.
Super Kawaii Cute Cat Kaoani