Magnet? (:

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Tak tahu. Tak tahu apa untuk terus dicelotehkan di sini. Walau hakikatnya terlalu banyak untuk diceritakan. Namun, tetap saja jari-jari ni kaku untuk menterjemah semua kisah-kisah tu untuk dinukilkan di sini. Sungguh. 

Satu yang hati ini pasti. Diri ini rindu. Rindu akan sahabat fillah yang seorang itu. Yang mungkin kini sedang menunaikan solatnya di Masjid Nabawi yang mulia. Atau mungkin saja sedang duduk-duduk menikmati permandangan indah Kaabah di depan mata. Masha Allah. Magnet, apa agaknya khabarmu di sana? 

Tengok cerita Balqis di TV2 (tengok sebab ada shooting kat DQ, hoho), nampak scene si ustaz sebagai mutawwif Umrah, terbayang-bayang Magnet di sana. Tengok sekian ramai umat kat sana dalam TV tuh, meneka-neka sendiri, 'haa entah-entah Magnet kat sini tak?'.

Magnet, you are such a lucky girl. Sangat-sangat beruntung dibukakan pintu rezeki untuk ke sana. Teringat your words sehari sebelum terbang ke sana.

         "Doakan saya. Saya nak solat di Masjid Nabawi."

Hehe. Bersungguh awak minta saya doakan awak. Dan sekarang awak dah kat sana. Jangan lupa doakan saya pulak ya! Sob sob. Sebak. 

Ingat tak, masa tu, kita sesama cakap sal Murobbina. Sehari sebelum awak ke sana, Ustaz baru je balik Malaysia daripada mengerjakan Umrah, macam awak sekarang. Masa tu, awak terharu sangat. Awak sebak. Sebab awak cakap, banyak yang kita belajar daripada Murobbi kita yang mulia tu, especially tentang cinta dan kasih akan Baginda Rasulullah SAW. Betul. Sangat betul. Saya setuju sangat. Terkesan saya masa tu. Beruntungnya awak dapat ziarah Baginda. Bahagianya. Cemburunya saya. 

Teringat Ustaz pernah cerita dalam majlis talaqqi, tentang orang yang pergi mengerjakan Umrah namun tidak singgah untuk menziarahi makam Baginda SAW sebab bagi orang tu, tak ada kepentingan pun bagi dia. Kata Ustaz, sebenarnya bukan orang itu yang tidak mahu menziarahi Baginda Nabi, tetapi, Baginda Nabi yang tidak mahu berjumpa dengan orang tersebut. Allah. Saya terasa. Barangkali, Rasulullah tidak berkenan untuk berjumpa dengan saya. 

Tapi teringat jugak Ustaz sewaktu bersiaran di IKIM, Ustaz menjawab soalan daripada seorang pendengar. Ingat lagi ayat Ustaz, 

"Kita ingin bermimpi Nabi dalam tidur kita. Tapi belum lagi dapat kita mimpi. Apakah Nabi tidak sudi? Bukan. Insha Allah. Insha Allah. Nabi sudi. Tinggal lagi kita belum lagi bersedia menerima Nabi."

Rasa terpujuk bila dengar. Tapi bila Ustaz sambung ayat Ustaz, 

"Haa, Masha Allah. Dengan solawatnya. Mana mungkin untuk kita menyambut Nabi sedangkan kita masih lagi kotor dengan najis-najis dosa,dengan najis-najis keaiban. Mana mungkin."

Gurlp! Huhu. Allah. Rasa nak tersedak, tercekik.T.T

Magnet, kirimkan salam saya pada Baginda Nabi. Moga-moga Baginda tetap bangga mempunyai saya sebagai umat baginda. Walaupun saya bukan siapa-siapa yang dapat Baginda banggakan. 

Jangan risau wahai diri sendiri. In progress. In process. KLCC was not built in a night kan. 

Berlarilah. Walaupun kau perlari terlambat berbanding yang lain. 
Yang penting. Kita masih lagi di trek yang betul. Trek Allah. Yay! 


Wallahu'alam.

2 responses to “Magnet? (:

  1. Assalamualaikum.

    May you be granted with the visit.
    To him or from him.

    Ameen.

    :)

  2. cehhh.. magnet! apkh? blh plak post psl sy. ok. trharu sbnrnya.haha.
    insyaAllah. sudah sy smpaikan salam awak pd Al habib :)

Leave a Reply

Powered by Blogger.
Super Kawaii Cute Cat Kaoani