Buat Aje Lah. Just Do It !

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Entah.

Bila terjah blog orang lain.
Mudah betul terharu-sebak-menangis. 

Dan bila skrol-skrol kat si mukabuku sana.
Pun mudah sangat nak terharu-terkesan-terasa.

Dan di luar kawalan mata pun mula bergenang, Haish.



***

Semalam. Sewaktu nak memindahkan rakaman daripada mp3 ke dalam laptop. Satu klik. Memadamkan seluruh fail yang ada di dalam folder Record. Rakaman talaqqi baik di MTAN mahupun Madrasah Tazkiyah dan juga Maulid Akbar CFSIIUM serta rakaman siaran Ustaz Muhadir di IKIM.fm semuanya, 'Deleted'. Allah. Terdiam tak terkata. Bergenang air mata. Allah. Allah. Allah. Hanya satu klik yang tidak disengajakan. 

"Apa yang dikehendaki Allah pasti akan terjadi, dan apa yang tidak dikehendaki tidak akan terjadi, Tiada daya dan tiada kekuatan tanpa pertolongan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar."

 Setelah beberapa ketika, hati mula tenang semula. Allah. 

"Sesungguhnya kita datang dari Allah dan kepadanya kita kembali, Ya Allah berikanlah ganjaran kerana musibah ini, berikanlah aku pengganti yang lebih baik daripadanya."

Menangis.

***

Pagi tadi, seperti biasa mesej Kolony itu hadir. Cuma kali ini mesejnya lebih mengetuk kesedaran diri ini. Ada rasa nak ketuk kepala kat dinding.

"Ada yang menipu diri sendiri dengan perkataan 'aku nak berubah' dan ada juga yang tertipu dirinya sendiri dengan perkataan 'aku dah berubah'."
***





"Kalaulah saya boleh jadi macam tu" 

"Teringinnya" 

"Bagusnya dia tu. Saya ni macam mana pula" 

"Ya Allah berikan aku kekuatan untuk turut sama melakukannya" 

"Lemahnya saya" 

"Macam mana nak buat ek?" 

================================================== 

BUAT AJE LAH! 

JUST DO IT.

-Ustaz Hasrizal 


Wallahu'alam.

Leave a Reply

Powered by Blogger.
Super Kawaii Cute Cat Kaoani