Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
:)
Senyum.
Baru sahaja selesai berukhuwah bersama sahabiah, adik beradik tersayang Cik Khadijah At Thaharah, Cik Ainaa Zainuddin, Cik Syarihin Johari, Cik Zulaikha 'Cikgu' dan juga Cik Meme Al Wajihah.
Bermula dengan serius, kemudian bergelak ketawa, kemudian menangis hiba, kemudian tersenyum kembali, kemudian menangis lagi. Daripada duduk di atas kerusi, kemudian beralih ke atas lantai. Daripada di Annex 101, kemudian bersambung di ZC. Sesi makan ice cream POP bersama Cik Dijah, Cik Ainaa dan Cik I'in.^^
Indah. Terlalu indah. Ukhuwah antara kita.:)
Di sebalik
gelak dan tawa,
tersurat luka,
berbalut duka,
namun ukhuwah
antara kita,
semoga menjadi
pengubat di jiwa.
Semoga ALLAH SWT memudahkan urusan kalian wahai sahabatku sayang, Cik Ainaa dan Cik I'in.
***
Buat habibaty, Amira Azhar yang saya sayangi fillah. Semoga ALLAH SWT memudahkan urusan beliau menguruskan majlis Maulid Akbar di MKIM yang akan datang ini. Semoga ALLAH SWT membuka pintu-pintu kemudahan buat Amira dan para komiti yang lainnya. Sungguh, besar pahala mereka. Ghibtah juga di hati ini. Semoga diikhlaskan niat Amira dan para komiti lainnya. Allahumma Amin.
Teringat sewaktu awal perkenalan bersama Amira di PBQWF. Sewaktu Kak Diana menanyakan kami,
"Amira memang kawan baik dengan Fatin ya?"
Amira dan saya saling berpandangan. Err. Tak tahu nak jawab apa. Sebab kenal macam tu saja. Tidaklah rapat dan jarang sekali bertegur sapa. Barangkali tidak pernah. Hanya sahaja, kami pernah bekerjasama di bawah satu program anjuran Biro DNW PRESSS.
"Em, Insha ALLAH, lepas ni bolehlah rapat Insha ALLAH."
Spontan saya menuturkan. Entah, ada suatu keyakinan di hati saya. Barangkali ilham dari DIA. Dan kata-kata itu bahkan ALLAH makbulkan. AlhamduLILLAH.:)
Hati saya kini, sudah terikat dengan sahabat yang satu itu. Tatkala terserempak di mana-mana, melihat saja wajahnya dan kemudian saling berbalas senyuman, Masha ALLAH, sudah berbunga-bunga rasanya hati ini dan kemudian berpisah dengan senyuman yang tidak lepas di wajah. Gembira. Sungguh. Saya sayangkan Amira, kerana ALLAH.:')
Semoga ALLAH pelihara dan ALLAH kekalkan kasih sayang dan kecintaan antara kami dan semoga ukhuwah antara kami bakal menguatkan lagi langkah kaki ini untuk menggapai redha dan cinta-NYA Insha ALLAH.^^
***
Tadinya menghadiri suatu taalim. Di hujung sesi soal jawab, ada satu soalan daripada Muslimat. Bertanya tentang majlis Maulid Akbar. Maaf, tapi soalannya menunjukkan pandangan yang agak skeptikal terhadap majlis penuh barakah tersebut. Saya mula rasa tidak senang duduk. Dan tatkala mendengar jawapan daripada yang memberi jawapan, air mata mula bergenang.
Jujur, saya langsung tidak marah kepada si penanya dan pemberi jawapan itu. Saya menghormati mereka. Barangkali mereka tidak tahu.
ALLAH, bukakan hati-hati mereka untuk mereka mengenali majlis Maulid itu sendiri. Berikanlah mereka peluang dan ruang supaya mereka dapat menghadiri dan merasai sendiri keindahan, kenikmatan, ketenangan menghadiri majlis tersebut.
Puas pujuk diri supaya berlapang dada. Setiap orang punya pendapat masing-masing. Hati yang memberontak lantas menggerakkan tangan untuk memaklumkan kepada habibaty melalui SMS. Bantu saya untuk menenangkan sekeping hati ini. Saya sedih majlis itu dipandang serong.
Dan AlhamduLILLAH, syukur. Sewaktu sesi usrah atau leadership training bersama kepimpinan dan adik-adik, salah seorang daripada kami, si pemberi pengisian usrah bahkan mengambil sedikit waktu menjelaskan tentang majlis Maulid yang sebenar. Mendengar kata-katanya, hati mula sejuk kembali.
Katanya, mungkin saja orang mengatakan maulid ini hanya dihiasi dengan qasidah dan syair semata-mata, tetapi sebenarnya majlis maulid ini merupakan pujian-pujian kepada Habibuna Sayyidina Rasulina Muhammad SAW dan turut disusuli dengan taalim dan tausiyah daripada para masyaikh dan para habaib. Bahkan perbuatan itu merupakan satu ibadah dan berpahala.
Mungkin saja, silapnya pada segelintir orang yang menghadiri majlis tersebut yang tidak mengambil sunnah secara kaffah tetapi hanyalah secara juz'ie. Giat menghadiri majlis maulid dan talaqqi namun soal dakwah dan tarbiyah diketepikan. Amar makruf nahi mungkar tidak dilaksanakan. Pulang sahaja daripada bertalaqqi, terus menghadap buku-buku pelajarannya dan tidak pula mengambil peduli akan masalah-masalah yang berlaku di sekeliling.
Kami juga bahkan pernah ditegur oleh seorang Ustaz semasa mengikuti daurah kitab bersama beliau. Ustaz menegur mereka yang gigih mengejar sanad ke sana sini, namun soal ilmu-ilmu yang wajib dipelajari ditinggalkan. Ilmu muamalat misalnya. Pentingnya kita mengetahui dan mempunyai pemahaman tentang bidang tersebut yang pada zahirnya mungkin terlihat keislamikannya namun apabila dikaji dan diteliti, bahkan ianya adalah riba. NauzubILLAH min zalik. Kata Ustaz, antara ilmu yang wajib adalah ilmu hal yakni ilmu yang digunakan. ALLAH. Seakan terasa di hati. Kena tepat pada diri.
Berbalik kepada kata-kata si pemberi pengisian usrah, dipetiknya kisah mengenai sahabat Nabi, Abu Ayyub Al Anshari. Diceritakannya bahawa Abu Ayyub Al Anshari ini suka sekali memakan sisa makannya Nabi Muhammad SAW. Bertabarukkan. Malah, Abu Ayyub Al Anshari jugalah yang gigih cuba menakluki Kota Konstantinople walaupun sudah agak lewat usia kerana berimannya beliau dengan hadis Baginda SAW tentang pembukaan Kota Konstantinople oleh pihak Muslimin. Nah, di sini contoh yang baik di mana Abu Ayyub tidak sekadar mengikuti dan bertabarukkan dengan Nabi SAW tetapi beliau juga cuba menghidupkan sunnah Nabi SAW yang lainnya. Allahu 'alam.
***
Pagi tadi sudah dihantar borang itu ke Department of Arts Programme. Tinggal menanti dipanggil untuk temuduga. Kalau ada rezeki, Insha ALLAH adalah. Kalau betul baik, insha ALLAH dipermudahkan. Semoga ALLAH makbulkan. Amin. Mohon didoakan yang terbaik.^^





Fatin, apply counseling ke islamic?