Reality Hurts, Truth Bites.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Sudah terlalu lama rasanya tidak meng'up-date' blog azraq ini. Sibukkah?

Kesibukan kamu adalah apa yang kamu rancangkan.

Sungguh saya bukan pengatur masa yang baik.T.T 
Masih sedang belajar mengaturkannya. Biidznillah insha Allah. Man jadda wajada.

Hari-hari berlalu. Datang dan pergi. 

Dua minggu lepas, batuk dan selsema. Diikuti dengan demam. Dan keesokkannya pula hampir pitam di dalam kelas Biologi. 

Tapi, petang tu boleh lagi attend meeting dengan PERKIM MKIM. Hehe.

Jumaat lepas, sertai program anakanda biro BLP. Uhuk. Ziarah Kasih ke Masjid Jamek. Memberi makan golongan gelandangan. Memang suatu pengalaman yang sangaaat menarik.

Sempat berukhuwah dengan Arina. Macam-macam cerita yang dikongsikan sahabat yang seorang itu. Kata Arina, Pak Cik yang dihampiri oleh beliau pada malam itu mengatakan   bahawa sebelum program seperti ini dijalankan oleh NGO Islam, Pak Cik tersebut biasa ke gereja untuk mengambil makanan. Malah katanya lagi, mudah sekali kalau ingin menumpang tidur di gereja. Hanya perlu masuk dan terus tidur. Lain kisahnya di masjid-masjid. Ouch.

Teringat cerita yang dikongsikan oleh seorang sukarelawan yang turut ikut serta. Beliau pernah menyamar menjadi gelandangan dan cuba meminta makanan di gereja. Bukan sekadar makanan, apabila beliau meminta sejumlah wang, gedebuk! Cash paderi tersebut beri tanpa banyak soal. Teringat lagi cerita yang dikongsikan oleh seorang senior kepada seorang sahabat, seorang lelaki pernah menghampiri senior tersebut, mengatakan semua orang Islam yang dihampirinya dengan tujuan meminta duit menolak permintaannya, sedangkan dia sudah sangat-sangat memerlukan. Lelaki tersebut kemudiannya meminta pendapat, bolehkah untuk dia ke gereja meminta duit? Ouch.

Juga kisah yang dikongsikan oleh salah seorang daripada NGO program tersebut. Kata kakak tersebut, dia pernah menegur salah seorang gelandangan Melayu yang baru keluar daripada sebuah gereja. Kakak tersebut terkejut kerana lelaki tersebut memakai rantai berbentuk salib yang agak besar dan jelas kelihatan. 

"Assalamualaikum. Nama siapa?"

"Nama aku Mansur."

"Kenapa pakai rantai salib nih? Orang Islam kan tak boleh pakai salib nih."

"Eh, aku Kristianlah."

Dalam erti kata lain, beliau m-u-r-t-a-d. Ouch.

Reality hurts, truth bites.


::hari ini aku mendongak ke langit, mencari-cari sinar harapan, aku yakin dan pasti saatnya akan datang, menjulang kembali kegemilangan Islam yang telah hilang::

p/s: islah nafsak. peringatan untuk diri. 

Leave a Reply

Powered by Blogger.
Super Kawaii Cute Cat Kaoani