Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Alhamdulillah atas nikmat sihat yang Allah SWT kurniakan kepada kita. Sihat itu datangnya sebelum sakit. Nikmat yang sering kali kita lupa untuk mengucap syukur padaNya.
Tapi, sakit pun boleh jadi nikmat. Saya pernah merasakan situasi sakit sebagai nikmat ini. Sakit akibat kemalangan dalam rumah beberapa tahun lepas semasa di Tingkatan Lima. Sehingga diberi cuti selama dua minggu oleh doktor. Dua minggu MC. Whoa! Sakit tu memang sakit. Tak terucap dengan kata-kata tapi sungguh, saya merasa tenang dan gembira akan kesakitan tersebut. Cikgu-cikgu dan kawan-kawan pun ada datang melawat kat rumah masa tu, hehe. Sayang jugak cikgu-cikgu kat saya ye. Hee.
Ok. Bukan itu sebenarnya saya ingin perkatakan. Em, pagi tadi Mak, Ayah, Nenek dan saya ke Changkat Jering, Perak. Melawat Mak Su sebelah Ayah yang kini menghidap barah. Semasa bersalaman dengan Mak Su, saya dapat rasakan tangan beliau sangat-sangat sejuk dan beliau kelihatan sangat pucat. Mengalir air mata Mak Su sewaktu Nenek saya mengambil tempat, duduk di sebelah Mak Su. Barangkali Mak Su terharu mengenangkan Nenek saya yang sanggup datang dari jauh hanya untuk menjenguk Mak Su. Syafakillah Mak Su. Semoga kuat dan sabar dalam menghadapi ujianNya. Mohon doakan kesembuhan Mak Su saya. Allahumma Amin.
p/s: rumah Mak Su, ada kucing-kucing comel.:)

