DIY.:)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Rabu dan Khamis tanpa si kecil Farah Dayana. Ada rasa kosong dalam hati. Hari Rabu ke Wisma Persekutuan perbaharui IC dengan Adik. IC Adik masuk mesin basuh. IC kakak dia pulak tak pernah diperbaharui sejak Darjah Enam dulu. Berdua dengan Adik. Emak dan Ayah tidak ikut bersama. Hantar setakat pintu depan Pejabat Pendaftaran tuh. Masing-masing mula belajar mengurus diri sendiri. Berdikari. Mandiri. Dah dewasa bukan. Lebih tepat lagi, awal dewasa. 

Hari Khamis sibuk membuat burung. Atau swan. Atau apa-apa sajalah namanya. Uhuk. Hari Sabtu ini kami ramai-ramai akan ke Gombak. Atas urusan kenduri kahwin anak Tok Chik. Emak nak buatkan burung-burung atau swan-swan ini sebagai buah tangan. Hantaran mungkin. Entah. Huhu. Balik je dari kedai, Emak bagi banyaaaaak cawan kertas dan suruh saya dan Adik buat. Berdasarkan contoh yang Adik dapat semasa Adik pergi kenduri kahwin mana entah. Tiru je. Ok. Saya tiru. Dan ini hasilnya. Tadaaa~

Eheh. Comel tak? 
Adik agak struggle nak siapkan. Eheh. Nak buat kepala burung/swan tu saja dia dah garu kepala. Part yang anyaman tu boleh pulak. Saya mula agak lambat. Sebab sebelum tu saya tengah uruskan sesuatu. Bila start buat, saya dapat siapkan lagi banyak dari Adik. Dua kali ganda daripada dia. Hee. Pastu, pandang dia buat muka bangga sambil angkat kening 'double jerk'. Ahaa. 

Tak sampai berapa jam, dia masuk bilik tidur. Ehh. Tapi lepas tu, Ayah pulak datang join. Mula-mula tolong guntingkan. Tengok saya buat macam best, Ayah pun try buat. Bila jadi dan agak cantik dan kemas, Ayah pandang Emak dan buat muka bangga sambil angkat kening 'double jerk'. "Haa, cantik elok ja". Ehh. Uhuk. Ada dalam gene ke apa nih.  

Tak lama lepas tu, Emak pun buat. Kami tiga orang depan ruang tamu menganyam cawan kertas. Emak pun agak struggle masa memula. Lawak je tengok gelagat Emak dan Ayah. Ayah cakap kat Emak, "Nanti habaq kat Mak Chik (Tok Chik saya), kami bawak mai burung Bertam Perdana". Eheh. Pandai beburung nih terbang ke Gombak sana. 


Wahh, sekumpulan burung-burung comel.
Huaa, segerombolan burung datang menyerang. >.<!
Lepas solat Asar, Emak dan Ayah dah stop. Saya masih menganyam. Dari duduk bersila di bawah, naik ke atas sofa, turun semula duduk di bawah sampai ke Maghrib. Lepas Isyak, saya sambung menganyam. Adik pesan, "Sudah-sudah la tuh, nanti demam". Eheh. Ada ke orang demam buat benda alah nih. Sampai ke tengah malam siap semua, habis cawan kertas yang Emak beli. Nak tidur, pejam je mata nampak burung/swan cawan kertas. Adehh. Pejam mata lagi, nampak anyaman badan burung/swan tuh. Huhu. 

Mudah je cara nak membuatnya.:) Memula, gunting cawan kertas. Saya gunting dalam 20 gitu. Pandai-pandai bajet. Kalau terlebih terkurang masih boleh adjust. Don't worry be happy. Hehe. Lepas gunting, lipatkan dua bahagian yang kita dah gunting tadi dan staple jadi paruh si burung comel.



Comel tak? Hee.
Lepas tu, ambil beberapa bahagian dan anyam. Saya biasanya ambil empat bahagian di sebelah kiri dan kanan. Anyamkan macam kita belajar anyaman dalam Pendidikan Seni masa kat sekolah dulu. Hehe. Kalau nak bagi kemas, gunakan staple supaya anyaman tu tak terbuka sendiri. Kalau cukup kemas dan cantik, tak staple pun dia kekal dalam anyaman dia. Yang tu memang cantik! Hee. 


Taraaa~ Dah siap dan badan dia. Hehe. 
Next, anyam lagi macam tadi. Cuma kali ni, saya ambil tiga bahagian di kiri dan kanan. Kurang sikit dari yang pertama tadi. Selesai anyam yang kedua tuh, lentikkan ekor dia sikit dan siap! Tu je. Huhu. 


Letak mata hitam, mulut merah kat dia. Haa, siap. 

Em, apa fungsi burung nih? Soalan yg bagus. Untuk letak cokelat bak kata orang utagha.  Letak gula-gula dalam perut dia. Masukkan melalui ekor dia tuh. Pastu boleh bagi kat tetamu dalam kenduri kahwin dan sebagainya. Nak letak telur rebus pun boleh. Tak payah bazir duit beli segala macam benda yang mahal. Huhu. 


Cara ini lebih praktikal, mudah dan menjimatkan kos. Dan yang paling penting, hasil buatan tangan sendiri. Hehe. Tapi, em penatlah kot nak buat beribu-ribu untuk bagi pada tetamu kenduri kahwin. Nanti sampai termimpi-mimpi lak. Cukuplah semalam, asal pejam nampak burung anyam. Huhu. 


Bagi siapa-siapa yang dah nak makan nasi minyak atau ada keluarga atau kengkawan yang dah nak kahwin tuh, haa, bolehlah try buat. Hehe. Mudah je. Adik saya ada cara lain untuk buat. Bagi dia lebih mudah guna cara dia. Eheh. Lelaki. Pandai dia mereka cipta. 


Hari ini, Jumaat. Sollu 'ala Nabi. Si kecil Farah Dayana datang. Rasa hati terisi. Masa tengah kat ruang tamu dengan Farah, masa tu tengok Al Hidayah TV3. Farah main remote control dan tupp, dia tukar siaran lain. Main tekan-tekan gitu. Siaran muzik video Nasyid. Entah lagu apa tajuknya. Tapi sangat terkesan di hati. Bergenang air mata. Huhu. Farah. Farah. Saya cuba search lagu tersebut dan sertakan di bawah ini. Cubalah dengar. Renung-renungkan liriknya dan selamat beramal.:)




p/s: Surah Al Kahfi dah baca? Kalau dah, thumbs up! Kalau belum, jom! 

6 responses to “DIY.:)

  1. Anonymous

    Al Kahfi...

  2. Anonymous

    fuyooo! nt blh la buatkan sy 10! ^^

    -dr inche rahsia yg comel :P

  3. Magnet! Tak payah nak berahsia sangat lah ye Cik Puan.:P
    Boleh3. Nanti saya buatkan. Insha Allah. Hee.
    Asif xreply mesej awak, xada kredit. Hee.

  4. nanti ajaq kami tau fatin..nak swan byk2 :P hehe..kami suka lagu zikir terapi ni!! :)

  5. hee.Insha Allah, boleh3 ukhti.:) nanti kita buat sesama nah.XD

Leave a Reply

Powered by Blogger.
Super Kawaii Cute Cat Kaoani