A Rose Among The Thorns

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah sudah selamat sampai di Kepala Batas. Semester panjang akhirnya berlalu. Singkat sungguh rasanya waktu. Allahu Allah. Semester yang panjang dan banyak memberi pengajaran kepada diri. Belajar daripada kesilapan. Bangkit dengan harapan. Semoga semester baru yang tiba, diri ini lebih bersedia. Jangan ulangi kesilapan lama. Insha Allah. 

Tidak sampai dua puluh empat jam di rumah, saya dan Ayah bergerak ke Kedah. Ke sekolah adik. Untuk bacaan Yasin dan Solat Hajat. Adik bakal menduduki peperiksaan SPM. Mohon doakan. 

Entahlah, terasa nak pergi. Walaupun kepenatan baru selesai perjalanan panjang, walaupun tahu bakal keseorangan di ruangan muslimat, namun entah, tetap terasa nak pergi. Demi sebuah pengalaman dan juga demi adik sorang nih. Huhu. 

Tiba di sekolah Adik, terpaksa berpisah dengan Ayah. Ayah masuk ke ruangan muslimin dan saya ke ruangan muslimat. Bersendirian tanpa teman. Saya kekok. Saya kemudiannya mengambil tempat di tepi surau. Di hadapan saya adalah wajah-wajah teruja ibu-ibu yang turut hadir buat mendoakan anak-anak mereka. Sekali lagi kekok. Tak tahu nak buat apa. Senyap semata. Terasa diri diperhatikan. Saya bergerak sedikit ke belakang. Merapati dinding. Bersebelahan dua orang Mak Cik yang sudah agak berusia. Saya menyalami mereka. 

"Duduk mana?" salah seorang Mak Cik bertanya.
"Kepala Batas." Jawab saya ringkas. 

Erk! Bukan ke Kedah pun ada Kepala Batas juga. Em, saya tinggal di Kepala Batas, Pulau Pinang Mak Cik. Bicara sekadar di hati cuma. Tatkala lidah kelu untuk berkata-kata. Huhu.  

"Adik ka kat sini?" tanya Mak Cik itu lagi.
"A'ah, adik," Sekali lagi jawab saya ringkas. 
"Kursus apa? Ngaji apa?" Mak Cik itu melanjutkan pertanyaan.

Blurr sekejap..kursus? Em course kat CFS kot. 

"Sains Hayat." Jawab saya yakin. 

Blurr lagi. Eh kejap, kenapa jawab course saya sendiri, tadi kan tanya adik, jadi3 mesti Mak Cik tu...

"Owh, adik eh, em adik Elektrik/Elektronik," huhu malunya. Ambil kain langsir tutup muka cepat! Mak Cik tersebut sekadar mengangguk. Mesti dah terkantoi kekekokkan Fatin Nuradilah. Aiyark! 

Fatin, jadi macam Iguana lah. Adapt. Adapt.
Pesan daripada sahabat sayang supaya berlagak biasa, cool saja katanya. Erk, baiklah. Cool Fatin, cool.

Majlis bermula. Mengambil tempat untuk menunaikan solat hajat. Saya bergerak ke saf yang paling  hadapan. Di belakang saya seorang ibu bersama anak kecilnya. Seorang bayi yang masih lagi sangat-sangat kecil. Hebatnya Mak Cik nih, demi anak sanggup mengendong bayi datang dan hadir majlis hari ni. Sebab ramai saja yang ibu bapa mereka tidak turut hadir kerana hari itu merupakan hari bekerja. Sedang dalam solat, tiba-tiba bayinya menangis. Inginkan ibunya barangkali. Namun, si ibu masih tetap dalam solatnya. Berdoa demi kakaknya si bayi tersebut. Semoga kakakmu beroleh kejayaan nanti ya.:) 

Seusai solat, bacaan Surah Yasin dimulakan. Selesai bacaan, ada beberapa pelajar perempuan seakan tertanya-tanya dengan kehadiran saya. Ketara reaksi mereka. "Siapa tu?" Bertanya salah seorang daripada mereka kepada sahabat di sebelah. Erk. Obvious sangatlah dik. Huhu. Tak kurang senyuman daripada beberapa orang adik-adik. Tak lepas-lepas memandang ke arah saya. Sungguh, sangat obvious. Huhu. 

Semasa Puan Pengetua memberikan ucapan, saya menghampiri ibu hebat sebentar tadi. Senyum kepada bayinya yang comel. Dan wahh! Si bayi turut membalas senyuman saya. Comel gelak dan senyum tawa bayi tersebut. Tidak ubah seperti si kecil Farah Diyana di rumah. 

"Nama apa?" Saya bertanya kepada si ibu.
"Nur Kasih," si ibu senyum.
"Wahh, sedapnya nama," saya membalas senyuman. Seketika mengacah bayi kecilnya itu. 
"Berapa bulan dah ni? saya bertanya lagi. Wah, dah adapt nampak. Hoho.
"Empat bulan," jawab si ibu sambil memakaikan baju kepada bayinya itu. Barangkali tadi bayi tersebut panas, maka bajunya ditanggalkan. 

Selesai ucapan, bacaan ikrar oleh pelajar-pelajar menyusul. Semangat mereka membacakan ikrar tersebut. Daripada kejauhan, nampak adik di ruangan muslimin. Woha! 

Kemudian, semua pelajar beratur bagi menyalami dan meminta restu daripada ibu bapa dan guru-guru. Erk! Em, nak lari mana nih. Huhu. Saya bergerak ke belakang surau. Tetapi ditegur oleh seorang adik pelajar.

"Akak akak pelajar kat sini eh?" Dia bertanya.
"Em......" buat muka blurr.
"Akak akak siapa?" sekali lagi dia bertanya.
"Hehe, akak akak oranglah," sengaja berseloroh, mengelak untuk menjawab soalan tersebut. 
"Owh, hehe, memanglah akak akak orang, huhu," dia menarik muncung. Hee. Terlebih adapt nih. 
"Akak nih akak siapa kak, akak nih cantik..." Erk! Apakah ini? Saya senyum dan menyambung langkah.

Tapi kemudian, rasa bersalah sikit, terus pergi kepada adik tadi,

"Faridzuan. Akak akak Faridzuan. Kenal tak?" kata saya.
"Owh, kenal," jawabnya ringkas.

Beransur keluar surau. Saya berada dalam kalangan ibu-ibu. Menanti adik dan ayah yang masih di dalam surau barangkali. 

"Beruntunglah budak-budak sekarang," salah seorang Mak Cik bersuara.

"Haa, dulu zaman kita tak ada pun semua nih. Mak Pak pun tak dak nak tanya bila periksa pa suma, budak la (la=sekarang),  macam-macam buat kat depa," sambung Mak Cik tersebut. Ibu-ibu yang lain mengangguk-angguk mengiakan kata-kata beliau. 

Owh. Huhu. Bersyukur jadi budak zaman la.  

Untuk adik, selamat menghadapi peperiksaan SPM. Lagi 10 hari bak kata Puan Pengetua tadi, tolak raya, tidur, makan, berapa hari je yang tinggal. Kekalkan prestasi cemerlangmu. Kalahkan rekod straight A's. Doaku tadi, bukan sekadar kecemerlanganmu yang kupohonkan, namun ku doakan juga semoga dirimu bakal menjadi seorang mujahid yang membela tauhid suatu hari nanti. Amin ya Allah. 

Untuk Abang Faiz, Raya Aidilfitri lepas, Pak Su dan lain-lain semua tegur dah semakin putih. Yela, dulu gelap sebab banyak main bola apa semua. La ni, dah kerja, duduk dalam hospital tu ja, makin putih dia. Tapi dua hari lepas sempat singgah jumpa abang Faiz kat Kajang, makin gelap dah. S.a.n.g.a.t. Bertukar kerja. Kerja luar. Di bawah terik mentari. Allahu Allah. Ya Rabb, pelihara abangku ini. Semoga dia menjadi hamba-Mu yang komited dengan agamu-Mu. Jagalah dia sebagaimana Kau menjagaku selama ini. Peliharalah dia, lindungilah, sayangilah, rahmatilah, berkatilah ya Allah, kerana dia adalah sebahagian daripada kecintaanku. 

Untuk Abang Firdaus, esok dah nak raya, mana tak balik-balik lagi nih? Hurm. Jauh sangat lah USM tuh. Hehe. Cuba kalau Kak Una ada kat rumah, pecut motor laju je dia. Hoho. Sorry bro, tak ada nak sentimental sangat dengan abang yang sorang nih. Hehe. Asif jiddan 'ala kulli hal. Semoga tercapai hasrat dan impianmu.^^

They will never read this but just in case they do, please do know that I love all three of you. My  heroes. Now and forever. Insha Allah. Uhibbukum fillah. Semoga Allah redha. 

p/s: Proud to be the one and only princess among the three princes of Encik Ismail. Bukan lagi thorn among the roses. Tapi a rose among the thorns nih. Whoa! 






Leave a Reply

Powered by Blogger.
Super Kawaii Cute Cat Kaoani